Pages

Friday, January 28, 2011

Tolong..Tolong...

PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya ternampak MYVi PUtih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut pjg atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yg ade didalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery baru sebentar tadi diarea Puchong..keprihatinan anda amat dihargai ni berita benar..sila sebarkan..

Sumber : Masa tengah baca blog Mat Gebu

Kalaulah Aku Ada Empat Mata

Aku bukanlah dibesarkan dalam keluarga yang suka membaca. Bahan bacaan paling koman pun kat rumah masa kecik2 dulu hanya lah surat khabar, paling tidak pun majalah Keluarga ke Famili ke untuk mak aku tengok resepi kat dalam tu.

Bahan bacaan aku pulak hanya lah buku teks sekolah. Itu pun sebab kena baca untuk buat homework. Perpustakaan pulak bukanlah tempat kelaziman malah dah macam tempat yang sungguh alien bagi aku. Percaya atau tidak..aku sendiri pun macam tak percaya...seingat aku cuma 2 kali je aku jejakkan kaki ke library sekolah masa aku Form 5 ..padahal nak SPM tahun tu. Dah lah library tu paling hujung dan kat tingkat paling tinggi sekali....(alasan baek punya). First time pergi aku sampai sesat..sesat dalam sekolah sendiri..boleh gitew???

Tapi sekarang, sejak usia semakin dewasa..cewah..aku mula berusaha dengan gigih..eh..ok..untuk rajin membaca. Tapi sebab aku ni kira late bloomers kan..ye lah..orang dah lama suka membaca, aku baru nak start enjin...aku masih dok tercari-cari bahan bacaan apa yang aku nak baca. Kalau ikut pepatah..Membaca Jambatan Ilmu..mesti lah aku kena baca buku2 ilmiah kan? Tapi bab nak membaca buku2 ilmiah ni yang den lomah ni. Kalau baca buku cerita Fiksyen pulak, adakah ia akan menambahkan ilmu di dada atau buat aku jadi orang yang lagi kuat berangan ????

Tapi setelah aku duk perati orang-orang dan kengkawan di sekeliling aku yang memang suka membaca ni, aku dah buat satu kesimpulan, tak kisah lah apa jenis pun bahan bacaan yang kita baca, kalau tak banyak, sikit mesti akan menambah ilmu tertentu. Kalau suka baca buku fiksyen, mungkin bukan lah ilmu alam semesta yang bertambah, tapi boleh memperbaiki kita punya tatabahasa, gaya penulisan, daya imaginasi dan macam2 lagi lah. Benda ni aku cuba praktikkan untuk anak2 aku jugak.

Okeh, ini adalah bahan bacaan terbaru dan ada yang dah suam-suam kuku dalam list bacaan aku. Buku Malaysian Maverick tu aku masih gigih membacanya..walaupun kengkadang dah baca page yang sama 2 kali pun aku rasa macam belum baca lagi..camno tu? Buku purple tu buku persediaan untuk aku buat Master tahun ni. Dah lama aku beli tapi aku belum usik lagi. Pada masa yang sama aku teringin sangat nak baca buku Dr. Jekyll & Mr. Hyde tu, tapi tu lah orang tamak kan. Asal nampak semua nak beli, pastu terbiar lah buku tu macam anak terbuang. Pastu ada hati lak beli buku The Undomestic Goddess tu...hai..boleh ke aku nak baca semua ni???

Aku rasa ulat dalam buku pun tak tamak macam aku lah. Apapun, moral cerita yang aku nak sampaikan ialah marilah kita memupuk sikap suka membaca ke dalam diri sejak dari kecil lagi. Supaya sikap tu akan menjadi satu cara hidup bila dewasa. Bila dah jadi cara hidup, tak de lah jadi orang tamak macam aku yang rasa sangat ketinggalan. Jadi asal nampak, semua aku nak tapi sebenarnya aku ada masa yang cukup terhad, dan hanya sepasang mata untuk membaca dan memperhati kan benda2 lain yang di buat oleh anak-anak aku pada masa yang sama. Korang dapat ke message ni???


 

Thursday, January 27, 2011

Mari Berteater

Jom kita gi tengok teater kat Istana Budaya. He..he..tak silap aku, first teater yang aku tengok ialah teater lakonan Sofea Jane "Malam Ini Penyu Menangis". Masa tu baru lepas SPM, pergi ramai-ramai ngan kengkawan. Pastu yang tukang bawa park keta punya lah jauh, berpeluh jugak lah menapak. Tapi sebab nak tengok Sofea Jane punya pasal, sanggup meredah malam ngan kasut tinggi..siap beli kasut tu nak tengok taeter. Yelah, budak sekolah, mana pernah pakai kasut tinggi. Dah tu dress code nak tengok teater kan strict. Nasib baik tak terkehel kaki akak.

Tapi sekarang dah senang, Istana Budaya punya parking pun agak luas dan tak payah lah nak menapak jauh2 nak tengok teater. Btw, kat sini aku tepek siap2 jadual tayangan teater kat Istana Budaya untuk tahun ni. So, boleh lah boked date yang berkenaan awal2 untuk tengok persembahan mana yang berkenan di hati.















 
 





 


Wednesday, January 26, 2011

Kisah Sedih Yang Gemilang


Dah tengok ke drama Gemilang ni? Aku tengok pun secara kebetulan, bila nak sampai setengah tu rasa tak sanggup pulak nak tengok...sedey lah. Tersentuh sungguh naluri keibuan aku. Ish...memang best lah. Drama ni arahan Khabir Bhatia, so boleh agaklah citer ni akan meletops macam drama Nur Kasih dulu tu.

Budak2 tecik tu pun memang pandai berlakon. Sedih betul bila adik-beradik terpaksa dipisahkan sebab kesempitan hidup kan. Tapi itu lah realiti yang terjadi pada masyarakat kita.

Sinopsis Cerita:-

Kisah berkisar tahun 1976. Sekolah swasta yang pertama di pedalaman yang diusahakan oleh seorang anak muda yang berwawasan. Matlamatnya mudah – untuk mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran – tapi perjalanannya masih belum pasti. Saifullah membuka Institut Gemilang supaya dia boleh memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolahnya. Dia tahu dia mampu untuk mengubah hidup pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripda mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri. Saifullah, Umar, Asma dan Ruhana adalah guru-guru yang pertama di sekolah itu di mana mereka akan bekerja sebaik mungkin untuk masa depan pelajar-pelajar mereka. Konflik, permusuhan, cinta dan benci akan hadir antara cikgu-cikgu ini. 

Sinopsis Episod 1:-

Saifullah berumur 10 tahun dan seorang yang budak yang bijak. Pada suatu hari, dia pulang ke rumah dan mendapati ayahnya, Ali, sedang menangis. Lah bersembunyi supaya ayahnya tidak sedar akan kehadiran Lah. Sejenak kemudian, apabila dia masuk ke rumah, ayahnya memberitahu berita buruk mengenai kematian ibunya. Ibunya meninggal dunia semasa melahirkan adik kepada Saifullah. Ayah Lah menyuruh Lah berhenti dari belajar dan menjaga tiga lagi adik beradiknya. Lah mengangguk dan akan berbuat begitu tanpa ragu-ragu. Lah sedia memikul tanggungjawab itu. Tetapi tuaian sawah padi tidak menentu menyebabkan ayah Lah tidak dapat menyara keluarganya. Ali terpaksa membuat keputusan yang agak sukar, iaitu melepaskan anak-anaknya pergi. Lah dan adik-beradiknya merayu supaya tidak dilakukan sedemikian tetapi Ali nekad dengan keputusannya. Lah hanya mampu melihat satu demi satu adik-adiknya dibawa pergi oleh keluarga angkat masing-masing. (Wa..mak nangis berbaldi-baldi ni..)


Majulah Sukan Untuk Negara

Sejak kebelakangan ni aku dan kengkawan geng bas sekolah ku mula berjinak-jinak nak bersukan pulak. Almaklumlah asyik sibuk kerja je, badan memasing macam di pam-pam (walaupun aku agak terkecuali ya..he..he..jangan marah ee..). Tapi bagi kitorang yang gediks ni, bukan reti nak pilih satu jenis sukan je, dalam list ada 4 sukan sekaligus baik di darat mahupun di lautan..ops..laut tu over lah ..mahupun di dalam air. Nasib baik tak campur sukan udara sebab bajet tak cukup.
Ok..alkisahnya memula nak main tenis, lepas tu terbabas pulak nak main golf (dengan tujuan nak masuk tournament - cita-cita kena tinggi ya walaupun bayang tournament pun tak nampak lagi ni). Pada masa yang sama ada hati lagi nak berenang dan alang2 main tenis, sangkut pulak nak main squash. Tak ke haru biru jadinya. Dalam seminggu ada 7 hari je, sukan buat masa ni ada 4 jenis. Aku tak tau lah sampai mana riwayat aktiviti bersukan ni. 

Kisah seterusnya berkisar kepada kegediks..an (ada ke perkataan ni? Tak kisah lah) memasing yang tak mau kalah gaya. Untuk setiap sukan tu harus di beli attire yang baru dari hujung rambut sampai hujung kaki termasuk yang dalam2 sekali. Maka bermulalah aktiviti menabung di setiap kedai sukan dari hari ke hari, minggu berganti minggu. Maka lengkaplah sekarang segala aksesori yang diingini walaupun inilah pes taim pegang raket tenis dan bola pun harus selalu terlepas dari kandang, nasib baik tak kena kepala orang. Anyway, gaya mesti ada..itu falsafah yang kitorang sendiri bikin lah. kalau tak caya cuba tengok budak ni, ada gaya pemain professional tak??? Hm...



Gaya dah ada lah kan. Ala-ala Maria Sharapova. Tapi Tina ni memang kaki sukan jadi praktis lama sikit boleh le jadi macam Maria Sharapova tu.

Aku lak...boleh ke jadi  Anna Kournikuva? Hi..hi..tak dapek ler nak nolongnya. 


Setakat nak menang gaya boleh lah kut....Tapi minah ni seksa sangat ku tengok.


Apa pun jadi lah diri sendiri. Kalau dah tau tak pandai, mari lah kita berguru dengan Cikgu Diana ni (yang siap offer diri nak jadi coach kitorang sebab tak sanggup aku rasa dia nak tutup mata tengok kitorang main tenis. Hmm...)


Tuesday, January 18, 2011

Mari Kita Tengok Siapa Yang Kena..

Tengah syahdu bermelankolik melayan lagu di YouTube (cewah..jiwang karat seyhh...tak pernah de nya aku cam tu. Tak sempat nya aku nak melankolik ke, melentuk ke apa ke..itu hanya lah imaginasi terlampau). Ok..ok..back to the real world. Sebenarnya masa tengah sibuk mengemas email dalam inbox dan boxbe (ini baru betul lah), tetiba terbaca email kawan ku ini yang buat aku senyum sorang-sorang. 

Email ni sangat sesuai dengan gosip liar yang kata Facebook akan ditutup pada Mac tahun ni. Bukan lah email ni bagi tau kenapa FB akan atau tidak di tutup tapi membuat kan aku terpikir2 gak, aku ni masuk dalam kategori apa bila berFB ni ek...

9 TYPES OF ANNOYING PEOPLE ON FB



Aku akan masuk kategori ni sebelah kaki je lah, sebab bila time rajin dan dah tak de benda nak buat, memang suka buat perangai ni. Tapi tu yang buat orang seronot berFB kan sebab asal letak status je, orang komen, letak gambar je, orang komen. Terus rasa macam artis fofular..walaupun tak berapa nak popular..
 Yang ni paling jarang aku buat, sebab benda ni senang berjangkit. Kalau dah buat 1 kuiz, pastu keluar lak senarai kuiz-kuiz lain..tangan tu gatal je lah nak cuba kan, lama2 tak jadi keje lah aku.


Wa..ini di tujukan khas untuk kengkawan yang suka suki tag gambo zaman dolu2 waktu muda remaja...ish..takmo-takmo. 



 Yang ni jenis yang baru nak berkawan kut, tak pun baru buka kedai.


Ini paling femes. Sah-sah kalau kawan baik aku atau yang rapat ngan aku, boleh ler aku kenal muka anak2 diorang tapi kalau kawan yang dah berpuluh tahun tak jumpa, tiba2 nak add aku, tengok profile, muka budak tecik...tak confirm kang kata sombong, nak confirm..sapa lak dia ni???



No comment..no comment...

 Invitation thru FB ni makin fofular..tapi aku prefer cara lama, baru lah ada human touch kan...



Ini ala2 baling batu sembunyi tangan..konon2 nak hentam tapi tak berani nak cakap sapa..tak pun memang nak lepas geram tapi suruh orang tu faham2 sendiri..last2 kalau orang memang betul2 salah paham??? Tak ke hilang ingatan jadinya...



Yang ni masa mula2 berFB je, sekarang tak larat dah nak join. Tapi ada jugak yang jadi addicted dengan game kat FB ni. 

Tengok macam mana alam siber ni dah menguasai hidup kita. Mula2 tak boleh hidup tanpa henpon..lepas tu tak boleh hidup tanpa internet..tak boleh hidup tanpa FB..jangan sampai tergadai hidup sebab asyik ber FB dah le....*something to ponder*....

Saturday, January 15, 2011

Gadis Semasa

Hmm...satu lagi drama realiti muncul kat TV3. Selalunya aku tak layan sangat drama-drama ke rancangan2 realiti ni, tapi bila tengok citer ni, macam best pulak. Simple dan tak berat dan tak over. Tak tau lah pulak sebab baru episod pengenalan kan. Anyway kat bawah ni sinopsis citer ni:-

Dalam pencarian Gadis Semasa Sunsilk, Sunsilk menemui seorang gadis berbakat yang sedang menuntut di dalam jurusan muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seperti mana-mana gadis biasa, Melda adalah seorang individu yang pemalu dan daif tetapi dengan semangat membara dalam bidang muzik.

Pada masa lapangnya, Melda gemar membuat apa yang diminatinya iaitu mencipta lagu. Beberapa karya Melda yang dimuat naik dalam laman web YouTube telah mendapat perhatian ramai termasuk pihak Sunsilk yang sedang dalam proses mencari bakat baru sebagai calon Gadis Semasa mereka.

Tidak pernah terlintas dalam fikiran Melda bahawa lagu nukilannya, Putus akan menjadi sensasi di laman sosial itu malah akan menarik perhatian pihak Sunsilk. Sunsilk sebuah jenama yang sinonim dengan pakar penjagaan rambut kebetulan pula ingin mencari seorang gadis yang biasa untuk projek Gadis Semasa Sunsilk, supaya dapat membimbing dan melatihnya di dalam perjalanan transformasi untuk mencapai impiannya dengan keayuan dan penuh keyakinan. Sunsilk percaya bahawa dengan bantuan pakar, setiap wanita boleh menyerlah dan mengecapi impian mereka.

Kesungguhan dan keikhlasan Melda tampak luar biasa. Jamal seorang penerbit yang berjaya dan penolongnya Sham telah ditugaskan oleh pihak Sunsilk untuk mencari Melda. Dapatkah Sham menjejaki Melda? Adakah Melda Ahmad, Gadis Semasa yang dicari yang akan menjadi inspirasi kepada semua wanita di Malaysia?

Apa yang menarik drama realiti ni turut melibatkan  pakar vokal, Ajai; pakar personaliti , Wardina dan pakar dandanan tempatan, Bambang Soteto yang akan jadi pembimbing  untuk menggilap bakat dan memberikan keanggunan, kekuatan mental serta pembawaan sempurna untuk mengembangkan impian serta keyakinan setiap gadis. (Ayat skema lagi standard untuk promosi yang aku kopipes dari laman gosip artis terkenal..apa dah..hilang lak link nya..wakaka..)

Jom layan...




Tapi yang best of course lah lagu temanya kan...Gadis Semasa by Yuna.

Friday, January 14, 2011

Apple Tak Lebam Lagi


An apple a day keeps the doctors aaway..shoh..shoh..eh, cam tu boleh ke? Tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal khasiat buah apple ni sebab rasanya ramai yang dah tau kebaikan buah apple ni kan kalau tak tak wujud lah pepatah tu tadi.

Cuma nak berkongsi petua nenek kebayan yang simple ni je. Cuba kita potong applel, susun cantik-cantik dalam pinggan pastu lepas 20 minit baru makan. Macam mana rupa apple tu? Ceh..macm teka teki lak. Mesti rupa dia jadi cam ni kan?

Ha, meh sini nak bagi petua camana nak bagi apple tu maintain je kejelitaannya. Memula ambik semangkuk air dan tabur sedikit garam. Jangan banyak2 kang kena darah tinggi lak. Lepas tu rendam le apple kat dalam air tu dalam beberapa minit. Lepas tu boleh lah dihidang. Nescaya apple tu akan sentiasa muda remaja. Paling koman pun, tak lah baru 10 minit dah jadi kuning macam gambar di atas. At least tahan lah sikit jangka hayatnya. 

Sila cuba...jangan tak cuba :)

Thursday, January 13, 2011

Manusia Memang Tamak

Aku memang suka buat kek dan apa saja bentuk makanan yang manis2, comel2, kiut-miut, warna-warni dan macam-macam lagi lah.

Ini orang lain buat ek..pic from google.
Yang aku buat bleh tegok kat SINI

Sebab tu tahun 2011 ni aku berazam dengan semangat nya untuk mengumpul barang-barang yang dah lama ku idam-idamkan. Adakah azam aku akan tercapai tahun ni? (he..he..macam serius sangat azamnya kan). Eh..memang serius..ini betul2 kejadian..bukan cobaan. Walaupun aku sedia maklum, barangan yang cantik ini tidak lah menjanjikan makanan yang aku hasilkan akan jadi lebih sedap dari biasa (ok mengaku sangatlah yang kek aku buat tu sedap...sila masuk bakul dan gigih angkat sendiri..), tapi..tak de sebab musabab lain pun, aku memang nak jugak...
Ini memang idaman kolbu..paling mahal dan paling cantekkk.... Walaupun mixer aku sekarang tidak secantik ni tapi dah banyak menabur jasa...tu pun aku nak jugak yang ni..camno?





Aku nak apron pink gambar cupcake ni - baru semangat nak bakar kek.




Tak pun yang ni..hmm..seksi je walaupun di dapur :)

Nak mangkuk kaler ni jugak. Walaupun ia tidak akan mengubah rasa kek aku, tapi..aku nak jugak.
Nak mitten ni - sangat comel.
Tak pun yang ni, sangat shweett..

Nak cupcake mould ni banyak2..sungguh tamak kan manusia ni...
Nak measuring tools macam ni, menambah kecintaan pada setiap bancuhan..erk..ye ke?
Nak semua baking tools kaler ni..suka..suka..suka

Nak yang ni jugak, walaupun tak de kena mengena sangat lah dengan bab2 membaking ni. 
Tapi dah memang sifat manusia yang tamak haloba kan, semua benda nak, walaupun tak selalu guna, yang penting ada depan mata. Selagi tak dapat, selagi tu teringat2....Macam mana nak bagi lupa...

Mari lah Kita Saling Menghargai

While went out for blog walking yesterday...(ceh intro macam keluar gi exercise lah kan), terbaca artikel yang menarik ni kat Blog Nadia. This is something for us to ponder, no doubt, please read it entirely :) 

 
One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company.

He passed the first interview, the director did the last interview, made the last decision.

The director discovered from the CV that the youth's academic achievements were excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research, never had a year when he did not score.

The director asked, "Did you obtain any scholarships in school?"  The youth answered, "None".

The director asked, "Was it your father who paid for your school fees?"  The youth answered, "My father passed away when I was one year old, it was my mother who paid for my school fees."

The director asked, "Where did your mother work?"  The youth answered, "My mother worked as clothes cleaner. The director requested the youth to show his hands. The youth showed a pair of hands that were smooth and perfect.

The director asked, "Have you ever helped your mother wash the clothes before?"  The youth answered, "Never. My mother always wanted me to study and read more books. Furthermore, my mother can wash clothes faster than me."

The director said, "I have a request. When you go back today, go and clean your mother's hands, and then see me tomorrow morning."

The youth felt that his chance of landing the job was high. When he went back, he happily requested his mother to let him clean her hands. His mother felt strange, happy but with mixed feelings, she showed her hands to the kid.

The youth cleaned his mother's hands slowly. His tear fell as he did that.

It was the first time he noticed that his mother's hands were so wrinkled, and there were so many bruises in her hands. Some bruises were so painful that his mother shivered when they were cleaned with water.

This was the first time the youth realized that it was this pair of hands that washed the clothes everyday to enable him to pay the school fee. The bruises in the mother's hands were the price that the mother had to pay for his graduation, academic excellence and his future.

After finishing the cleaning of his mother hands, the youth quietly washed all the remaining clothes for his mother.

That night, mother and son talked for a very long time.

Next morning, the youth went to the director's office.

The Director noticed the tears in the youth's eyes and asked. "Can you tell me what have you done and learned yesterday in your house?"

The youth answered, "I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes"

The Director asked, "Please tell me your feelings."

The youth said, "Number 1, I know now what is appreciation. Without my mother, there would not the successful me today. Number 2, by working together and helping my mother, only I now realize how difficult and tough it is to get something done. Number 3, I have come to appreciate the importance and value of family relationship."

The director said, "This is what I am looking for to be my manager. I want to recruit a person who can appreciate the help of others, a person who knows the sufferings of others to get things done, and a person who would not put money as his only goal in life. You are hired.”

Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates. Every employee worked diligently and as a team. The company's performance improved tremendously.

A child, who has been protected and habitually given whatever he wanted, would develop "entitlement mentality" and would always put himself first. He would be ignorant of his parent's efforts. When he starts work, he assumes that every person must listen to him, and when he becomes a manager, he would never know the sufferings of his employees and would always blame others. For this kind of people, who may be good academically, may be successful for a while, but eventually would not feel sense of achievement. He will grumble and be full of hatred and fight for more. If we are this kind of protective parents, are we really showing love or are we destroying the kid instead?*

You can let your kid live in a big house, eat a good meal, learn piano, watch a big screen TV. But when you are cutting grass, please let them experience it. After a meal, let them wash their plates and bowls together with their brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love them in a right way. You want them to understand, no matter how rich their parents are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young person. The most important thing is your kid learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learns the ability to work with others to get things done.

You would have forwarded many mails to many and many of them would have back mailed you too...but try and forward this story to as many as possible...this may change somebody's fate!


Generasi muda yang macam mana kah yang ingin kita bentuk? Melentur buluh, biarlah dari rebungnya, sebab kalau dah jadi buluh kasap...hanya boleh dibuat pencungkil gigi...(hmm...ada kaitan ke???)

Tuesday, January 11, 2011

Kurikulum Standard Sekolah Rendah a.k.a KSSR


Seminggu dah berlalu dan minggu ni Dalea memulakan hari-hari persekolahan on her own. Tahun 2011 ni merupakan perintis kepada sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR. Kalau zaman aku kecik2 dulu, aku lah batch perintis untuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah atau KBSR. Tahun ni giliran anak aku pulak. Hm..so ironi. Memandangkan diorang ni kira perintis, yang untungnya setiap tahun diorang ni akan dapat buku teks yang baru2 je.

Anyway, ramai lagi parents dan even cikgu-cikgu yang agak kabur dengan KSSR ni. Walaupun aku bukan cikgu, tapi dari taklimat yang aku dengar hari tu dan info dari kengkawan, aku mula faham sikit2 KSSR ni. KSSR ni merupakan penambahbaikan kepada sistem KBSR. KSSR ini akan dijalankan secara berperingkat dan dimulakan dengan Tahun 1, 2011. So bebudak yang Darjah 2 tahun ni akan ikut sistem KBSR.

Melalui KSSR ni, jumlah masa yang di peruntukkan untuk pengajaran / pembelajaran ialah 1380 minit seminggu iaitu 30 minit untuk setiap satu waktu. Pada masa yang sama, setiap sekolah perlu memilih untuk melaksanakan pembelajaran Bahasa Asing contohnya Bahasa Arab, Mandarin, Tamil, etc dan sekolah Dalea ajar Bahasa Arab sebagai Modul Elektif mengikut kepakaran sekolah masing2 disamping Modul Teras dan Modul Teras Tema iaitu Muzik, Sains & Teknologi dan Seni Visual. 

Kalau zaman KBSR kita hanya diperkenalkan kepada sistem 3M iaitu membaca, menulis dan mengira tapi melalui KSSR ni ada tambahan 1 M lagi iaitu menaakul. Bukan cangkul ya, menaakul ni macam berfikir secara kritis dan logik.

Mengikut pemahaman aku, (kalau salah..Tolong Ingatkan Aku!..eh, silap tolong betulkan) setiap modul yang diajar kepada bebudak ni akan di terapkan elemen 4 M ni beserta elemen merentas kurikulum (EMK) iaitu keusahawanan, kreativiti dan inovasi dan teknologi maklumat & komunikasi serta aspek kerohanian, sosioemosi dan nilai murni. Secara idealnya, KSSR ni seumpama long life learning, penyediaan asas di peringkat awal (early stage) sebagai persiapan mental untuk menjadi anak bangsa yang sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran dan berani melontarkan idea yang kreatif dan inovatif serta mempunyai jati diri yang unggul sebagai rakyat Malaysia..cewah.. 

Apapun, semoga setiap usaha murni ini akan membuahkan hasil yang menguntungkan kepada semua pihak dan tidak terhenti di tengah jalan.


Monday, January 10, 2011

AJL25

Hari ni rata-rata semua orang duk bercakap pasal keputusan AJL25 malam semalam. Kebanyakannya tak puas hati dengan kemenangan mengejut Ana Rafalli. Ramai yang harap Faizal Tahir atau Yuna atau Black yang jadi juara.

Tapi terlupa kah kita yang pertandingan ni kan untuk memilih Juara Lagu terbaik, walaupun pada masa yang sama hadiah tetap di berikan kepada persembahan dan vokal yang mantap. Memang lah kalau nak dibandingkan suara Ana Raffali ngan Yuna, memang jauh berbeza, apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Faizal Tahir yang rawk dan superb tu.

Entry ku yang lepas, aku ada upload kan VM lagu-lagu nyanyian dan ciptaan Ana ni. Bagi aku, Ana Raffali dan Yuna ni datang dari species yang sama. Dua2 jenis yang pandai mencipta lagu dan menterjemahkan lirik yang baik. Mungkin Ana ni masih baru dan pendedahan tak sehebat Yuna. Kalau ikutkan dulu sebelum Yuna jadi glemer macam sekarang pun, orang tak kenal dia jugak. Sama lah macam si Ana ni.Dia ni pun artis2 Indie yang di beri peluang untuk beraksi di pentas mainstream. Mungkin dari segi vokal, dia tidak lah sehebat Yuna. Tetapi for the sake of Juara Lagu ni, bukan vokal sahaja di nilai tetapi kehebatan susunan muzik dan olahan lirik yang memberi maksud tu yang di nilai oleh juri.

Juri2 malam tadi pun bukanlah calang-calang orang, semuanya otai2 muzik belaka. Walaupun aku ni tak ada pendidikan muzik yang formal, tetapi kalau di halusi alunan muzik dan lirik lagu Ana tu, memang tepatlah pilihan juri tu.

Apapun, apa lah yang kita nak susah2, best ke tak best ke, si Ana tu tetap bawa balik RM35,000. Kita dapat apa? We should give way kepada bakat2 baru yang akan jadi pelapis kepada otai2 macam Dato' Siti, kak ZZ dan yang lain-lain tu.

Kepada Yuna, walaupun tak menang, kau tetap menang di hatiku....baju meletops gitew (he..he).

Pic : Credit to Redmummy.com

Kepada Ana Raffali...semoga terus sukses dan menghasilkan muzik yang vast....akan datang.

Pic : Credit to Redmummy.com

Untuk Dato' Siti yang tetap mantap..wa caya lu lah. Memang tiada pengganti..eh, tudung mana Dato' ????

Pic : Credit to Redmummy.com