Pages

Saturday, January 15, 2011

Gadis Semasa

Hmm...satu lagi drama realiti muncul kat TV3. Selalunya aku tak layan sangat drama-drama ke rancangan2 realiti ni, tapi bila tengok citer ni, macam best pulak. Simple dan tak berat dan tak over. Tak tau lah pulak sebab baru episod pengenalan kan. Anyway kat bawah ni sinopsis citer ni:-

Dalam pencarian Gadis Semasa Sunsilk, Sunsilk menemui seorang gadis berbakat yang sedang menuntut di dalam jurusan muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seperti mana-mana gadis biasa, Melda adalah seorang individu yang pemalu dan daif tetapi dengan semangat membara dalam bidang muzik.

Pada masa lapangnya, Melda gemar membuat apa yang diminatinya iaitu mencipta lagu. Beberapa karya Melda yang dimuat naik dalam laman web YouTube telah mendapat perhatian ramai termasuk pihak Sunsilk yang sedang dalam proses mencari bakat baru sebagai calon Gadis Semasa mereka.

Tidak pernah terlintas dalam fikiran Melda bahawa lagu nukilannya, Putus akan menjadi sensasi di laman sosial itu malah akan menarik perhatian pihak Sunsilk. Sunsilk sebuah jenama yang sinonim dengan pakar penjagaan rambut kebetulan pula ingin mencari seorang gadis yang biasa untuk projek Gadis Semasa Sunsilk, supaya dapat membimbing dan melatihnya di dalam perjalanan transformasi untuk mencapai impiannya dengan keayuan dan penuh keyakinan. Sunsilk percaya bahawa dengan bantuan pakar, setiap wanita boleh menyerlah dan mengecapi impian mereka.

Kesungguhan dan keikhlasan Melda tampak luar biasa. Jamal seorang penerbit yang berjaya dan penolongnya Sham telah ditugaskan oleh pihak Sunsilk untuk mencari Melda. Dapatkah Sham menjejaki Melda? Adakah Melda Ahmad, Gadis Semasa yang dicari yang akan menjadi inspirasi kepada semua wanita di Malaysia?

Apa yang menarik drama realiti ni turut melibatkan  pakar vokal, Ajai; pakar personaliti , Wardina dan pakar dandanan tempatan, Bambang Soteto yang akan jadi pembimbing  untuk menggilap bakat dan memberikan keanggunan, kekuatan mental serta pembawaan sempurna untuk mengembangkan impian serta keyakinan setiap gadis. (Ayat skema lagi standard untuk promosi yang aku kopipes dari laman gosip artis terkenal..apa dah..hilang lak link nya..wakaka..)

Jom layan...




Tapi yang best of course lah lagu temanya kan...Gadis Semasa by Yuna.

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment