Wednesday, January 26, 2011

Majulah Sukan Untuk Negara

Sejak kebelakangan ni aku dan kengkawan geng bas sekolah ku mula berjinak-jinak nak bersukan pulak. Almaklumlah asyik sibuk kerja je, badan memasing macam di pam-pam (walaupun aku agak terkecuali ya..he..he..jangan marah ee..). Tapi bagi kitorang yang gediks ni, bukan reti nak pilih satu jenis sukan je, dalam list ada 4 sukan sekaligus baik di darat mahupun di lautan..ops..laut tu over lah ..mahupun di dalam air. Nasib baik tak campur sukan udara sebab bajet tak cukup.
Ok..alkisahnya memula nak main tenis, lepas tu terbabas pulak nak main golf (dengan tujuan nak masuk tournament - cita-cita kena tinggi ya walaupun bayang tournament pun tak nampak lagi ni). Pada masa yang sama ada hati lagi nak berenang dan alang2 main tenis, sangkut pulak nak main squash. Tak ke haru biru jadinya. Dalam seminggu ada 7 hari je, sukan buat masa ni ada 4 jenis. Aku tak tau lah sampai mana riwayat aktiviti bersukan ni. 

Kisah seterusnya berkisar kepada kegediks..an (ada ke perkataan ni? Tak kisah lah) memasing yang tak mau kalah gaya. Untuk setiap sukan tu harus di beli attire yang baru dari hujung rambut sampai hujung kaki termasuk yang dalam2 sekali. Maka bermulalah aktiviti menabung di setiap kedai sukan dari hari ke hari, minggu berganti minggu. Maka lengkaplah sekarang segala aksesori yang diingini walaupun inilah pes taim pegang raket tenis dan bola pun harus selalu terlepas dari kandang, nasib baik tak kena kepala orang. Anyway, gaya mesti ada..itu falsafah yang kitorang sendiri bikin lah. kalau tak caya cuba tengok budak ni, ada gaya pemain professional tak??? Hm...



Gaya dah ada lah kan. Ala-ala Maria Sharapova. Tapi Tina ni memang kaki sukan jadi praktis lama sikit boleh le jadi macam Maria Sharapova tu.

Aku lak...boleh ke jadi  Anna Kournikuva? Hi..hi..tak dapek ler nak nolongnya. 


Setakat nak menang gaya boleh lah kut....Tapi minah ni seksa sangat ku tengok.


Apa pun jadi lah diri sendiri. Kalau dah tau tak pandai, mari lah kita berguru dengan Cikgu Diana ni (yang siap offer diri nak jadi coach kitorang sebab tak sanggup aku rasa dia nak tutup mata tengok kitorang main tenis. Hmm...)