Pages

Monday, January 10, 2011

AJL25

Hari ni rata-rata semua orang duk bercakap pasal keputusan AJL25 malam semalam. Kebanyakannya tak puas hati dengan kemenangan mengejut Ana Rafalli. Ramai yang harap Faizal Tahir atau Yuna atau Black yang jadi juara.

Tapi terlupa kah kita yang pertandingan ni kan untuk memilih Juara Lagu terbaik, walaupun pada masa yang sama hadiah tetap di berikan kepada persembahan dan vokal yang mantap. Memang lah kalau nak dibandingkan suara Ana Raffali ngan Yuna, memang jauh berbeza, apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Faizal Tahir yang rawk dan superb tu.

Entry ku yang lepas, aku ada upload kan VM lagu-lagu nyanyian dan ciptaan Ana ni. Bagi aku, Ana Raffali dan Yuna ni datang dari species yang sama. Dua2 jenis yang pandai mencipta lagu dan menterjemahkan lirik yang baik. Mungkin Ana ni masih baru dan pendedahan tak sehebat Yuna. Kalau ikutkan dulu sebelum Yuna jadi glemer macam sekarang pun, orang tak kenal dia jugak. Sama lah macam si Ana ni.Dia ni pun artis2 Indie yang di beri peluang untuk beraksi di pentas mainstream. Mungkin dari segi vokal, dia tidak lah sehebat Yuna. Tetapi for the sake of Juara Lagu ni, bukan vokal sahaja di nilai tetapi kehebatan susunan muzik dan olahan lirik yang memberi maksud tu yang di nilai oleh juri.

Juri2 malam tadi pun bukanlah calang-calang orang, semuanya otai2 muzik belaka. Walaupun aku ni tak ada pendidikan muzik yang formal, tetapi kalau di halusi alunan muzik dan lirik lagu Ana tu, memang tepatlah pilihan juri tu.

Apapun, apa lah yang kita nak susah2, best ke tak best ke, si Ana tu tetap bawa balik RM35,000. Kita dapat apa? We should give way kepada bakat2 baru yang akan jadi pelapis kepada otai2 macam Dato' Siti, kak ZZ dan yang lain-lain tu.

Kepada Yuna, walaupun tak menang, kau tetap menang di hatiku....baju meletops gitew (he..he).

Pic : Credit to Redmummy.com

Kepada Ana Raffali...semoga terus sukses dan menghasilkan muzik yang vast....akan datang.

Pic : Credit to Redmummy.com

Untuk Dato' Siti yang tetap mantap..wa caya lu lah. Memang tiada pengganti..eh, tudung mana Dato' ????

Pic : Credit to Redmummy.com

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment