Pages

Friday, November 26, 2010

PEMENANG TERMENANG

Jeng..jeng..jeng.. lepas penat menerjah..actually tak lah penat mana sebab tak banyak sangat pun..propa je lebih..Sebenarnya penat sebab banyak sangat aktiviti utama dan sampingan yang kena buat dalam minggu ni. Kepada peserta akhir, tima kacih sebab sabar menunggu ye. Ye lah, nak tunggu orang bagi hadiah, kenalah sabar sikit tak gitew kita?


Okey lah, demi menghargai mereka2 yang sabar itu dan supaya blog ni tak di banned pada masa hadapan sebab melengah2kan masa, maka pemenang bagi Stoberri Coklat 1st GA kali ni jatuh kepada ...eh sebelum tu nak bagi tau sikitlah cara pengadilan di buat. Setiap blog memang diterjah dan dinilai berdasarkan jawapan dan kreativiti. Tak pakai khidmat En. Random.org sebab rasa kejam sangat melainkan GA setakat suruh tinggal blog address sesuai lah. Since ada yang memang rajin dan kreatif, maka kita shortlistkan dan pilih yang terbaik. So pemenangnya ialah:-

1. tiefazatie - barangan Avon
2. mama zharfan - Barangan Cosway
3. Imanmom - Saguhati
4. tengkuizzahfarahana - Saguhati
5. haszuraidah - Saguhati


So, kepada pemenang silalah melapor diri di pondok kawalan dengan kadar segera. Tapi hadiah, cek pos minggu depan ye. Weekend baru nak pi beli hadiah. 


Kepada yang tak berjaya, tetap diucapkan terima kasih sebab sudi gak singgah blog ni dan join GA kali ni. Cuba lagi di GA yang akan datang. Adios amigos!! Chows !!


Monday, November 22, 2010

Senarai Akhir Peserta GA

Okies, ini adalah senarai akhir peserta bertuah GA kali ni..jeng..jeng..jeng.:

1. anin
2. nurezzat
3. ekinashikin
4. nana
5. deqlis
6. jeeha
7. miza yusof
8. nadratul
9. nursufi81
10. tiefazatie
11. suzie rahman
12. ieyza
13. lynn azlina
14. mama zharfan
15. atie
16. nikadilafiziani
17. huda
18.s@hb@nu_mulaan
19. imanmom
20. mien
21. izzah farahana
22. haszuraidah

Kepada yang tak join tapi tinggal kan jejak, terima kasih sebab sudi singgah yer. Next time, kalau ada GA lagi boleh lah join. Anyway, sekarang masih duk menerjah sebab nak tengok gak komen2 peserta ni. Nanti kita tengok sapa yang kena.

Sunday, November 21, 2010

Terima Kasih Cikgu (Sambil lompat macam upin & ipin)

He..he..toche..toche..(betul ke eja cam tu?), terima kasih cikgu! Eh cikgu pulak, kira cikgu lah jugak. Tapi sebenarnya terima kasih kat Cleo yang bagi 1 seat untuk gi Za Essential Beauty Makeover semalam. Banyak gak ilmu kecantikan yang ditimba. Tapi yang best part tu boleh main mekap2. Boleh colour2 muka sendiri, memang best. Tapi sebab terlampau concentrate menyonteng muka, terus lupa nak ambik gambar, camno?
Sempat lah snap sekeping. Mula2 dia panggil sorang untuk di mekap sebelah muka je, pastu yang lain kena buat sendiri.



Part ni yang paling den suka, dapat goodie bag barang Za. Ada facial wash, lotion, mask, lipstick dan lipgloss. Suka..suka..suka...:)
 Last but not least, rupa2 yang dah kena conteng. Masa datang sume muka pucat lesi.

Terima Kasih Daun Keladi

Salam semua,

Memula nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi gak nak join give away kali ni. Walaupun mula2 suam2 kuku je, tapi lama2, ramai gak yang singgah n join. Kepada yang dah join tu, tunggu ye sebab ambik masa gak sesi terjah-menerjah ni. Apapun, jangan risau, lepas habis sesi terjah, baru lah boleh umumkan pemenang. Jadi..TUNGGU !

STOBERRI COKLAT 1ST GIVEAWAY - BLOG VS FB


Ok, ini my first Giveaway. Actually GA kali ni kira ala2 survey lah, nak tau platform mana yang lebih popular dan relevan sekarang, Blog ke atau FB. Since most of us yang ada blog at the same time ada akaun FB gak kan. So just nak tau, korang lebih suka berblogging ke atau berFB?

Syarat2 untuk GA ni senang je:

1. Jadilah Follower Blog ni, my Twitter (optional - kalau ada) dan my Networked Blog (Bagi yang ada FB dan yg ni optional - kalau buat lagi ok - Icon kat sidebar blog ni);
2. Include blog ni dalam uolls punya Blog List;
3. Buat entry pasal GA ni  dan citer samada orang suka berblogging, atau sebaliknya. Nak dua2 pun boleh jer;
4. Oh ye, tajuk GA macam kat atas lah yer;
5. Jangan lupa tinggalkan jejak di ruangan komen untuk tujuan penilaian.

Hadiah akan disediakan untuk 2 pemenang UTAMA dan 3 hadiah saguhati. 

Ni untuk Hadiah Utama : Barangan AVON bernilai RM40.00

Hadiah Utama Kedua : Barangan Cosway bernilai RM30.00

Hadiah Saguhati : Special Edition Tissue Pouch and additional hair accessories from Dalissa Craft

Ok, GA ini akan berlangsung dari 6/11/2010 sampai 20/11/2010.


 

Thursday, November 18, 2010

Beauty Makeover Terover

Huish..tengah syok2 wat keje pagi tadi.(syok ke?) tetiba dapat phone call dari nombor yang tak de dalam list. Aku memang malas nak layan nombor2 yang pelik2 ni tapi pagi tadi jiwa murni lak nak angkat. Tetiba minah kat dalam tepon tu cakap "Hye, I'm from Cleo Magazine, just to let you know that your seat for ZA Beauty Makeover have been confirmed, congratulation. See you this Saturday".

Yay!!! Dapat main mekap-mekap! Tak sia2 hantar borang awal2. So nanti aku tepek ler kat sini gambo event tu nanti untuk tatapan umum :) Pompuan kan emang suka benda2 cam ni. Kalau tengok artis2 barat tu tak ler lawa mana tapi bila dah tepek ngan mekap 4, 5 inci lawa le jadi nya. Tak caya? Cuba tengok ni.

Korang kenal ke sape minah ni? 

Tapi kalau minah ni misi mustahil le kalau tak kenal kan?

Jadi, kita tunggu lah outcome hari Sabtu ni ye. Adakah beauty makeover boleh menjadikan 2 makhluk yang berbeza ini sama tapi tak serupa??? Sapa tahu?




Monday, November 15, 2010

Jom Kita Ganyang Dia

Jangan terkujat, bukan nak ganyang orang, tapi ganyang nyamuk aedes pembawa penyakit denggi ni. Bila baca Blog Pak Nil yang tengah sibuk ganyang mengganyang nyamuk ni, terpanggil lak nak wat entry pasal nyamuk durjana ni.
Ini le rupa ko yang perasan cantek lah sebab belang2 hitam putih kan. Walaupun aku suka gak kaler belang2 gini tapi dengan dia ni aku tak suka. Kalau jumpa menatang kaler cam ni, cepat2 ler gi sembur bagi mati sebelum kita yang m... Nauzubillah.

Meh kita tengok kat bawah ni langhak2 nak cegah eades bedebah ni. Erk..yang ni kopi pes yer sebab berilmiah sikit :)


Perlindungan dari gigitan nyamuk
 
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elak dari melawat kawasan yang berisiko

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang. Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.
Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.


 Jom kita sama-sama Ganyang Aedes untuk kesihatan kita bersama.

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU :: EDISI TERHANGAT

Salam semua, kali ni nak buat entry khas macam tajuk kat atas.  

Kalau dah nama pun jom berkenalan, maka sila lah singgah ke blog yang tak seberapa ni untuk menambah kenalan sesama kita. Blog ni baru je wujud. Walaupun namanya Stoberri Coklat, tapi isi kandungannya bukan sekadar citer makanan. Semua benda pun ada dalam ni. Kalau nak tau, rajin2 le singgah ye.

Kepada Blogger lain : Jom join kat SINI ye - masyuk ni :)





Sunday, November 7, 2010

Holiday Lunch Mesti Cuba

Resepi ketam yang sungguh lah mudah, tak letih nak masak dan sangat lah enak ;) Tak caya boleh cuba. Sumber reseopi dari kawanku Tina tapi dah ku modify ikut kesesuaian tekak ku hi..hi.

Ketam 3 Rasa

Bahan-bahannya:-

3 ekor ketam potong 4 (boleh mintak tukang jual tu potongkan kat pasar ye)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 biji bawang putih cincang
1/2 inci halia (agak2 sebesar ibu jari sendiri)
1/4 biji nenas (Kalau nak senang beli je nenas kiub dalam tin tu, guna sikit je, balance boleh buat air nenas)
Sos Cili (Ikut suka nak letak banyak mana)
6 -7 tangkai cili padi (Nak lagi pedas, letak banyak sikit)
2 biji cili merah (Ni pun ikut suka)
2 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Memula goreng ketam tanpa minyak dalam kuali sampai agak kemerahan, angkat dan ketepikan;
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia tadi sampai naik bau;
3. Masukkan sos tiram, tumis dan masukkan pula sos cili dan terus tumis;
4. Boleh masukkan garam dan gula sekarang;
5. Masukkan cili merah,nenas dan cili padi;
6. Masukkan ketam tadi dan gaul sebati;
7. kalau nak berkuah sikit, boleh masukkan sikit air.
8. Dah sebati dan masak ketam tu, bolehlah angkat dan hidang.

Lauk ni, makan ngan nasi panas memang masyuk. Makan cam tu je pun masyuk jugak. Selamat mencuba.

Kalau Ada Kat Malaysia Kan Best

Selalunya kita jumpa mesin jahit kat kedai jahit baju atau kat rumah je kan. Tapi kat Paris, pemandangan ni macam satu fenomena baru ler. Paris kan kota fesyen, sesuai lah tu ngan namanya. Kat Paris, kita boleh jumpa Sewing Cafe ni. Kat sini, sambil duk hirup Latte dan yang sewaktu dengannya tu, kita boleh gak lah nak trim skirt ke seluar ke atau nak menjahit yang simple2 ke. 

Kepada sesapa yang nak guna mesin jahit ni, kena lah bayar $7.50 untuk 1 jam atau $69 untuk 10 jam. Huh, lama tu, boleh siap sepasang baju tu. Ada 10 mesin jahit cap Singer yang disediakan. Pastu, pemilik cafe ni turut sediakan 5 jenis kursus yang berlainan setiap minggu dan diajar oleh tenaga pengajar professional ya. Ok sangat ler tu. Bilalah nak ada kat Malaysia ni ye.




Friday, November 5, 2010

"SHOW YOUR TEETH BABY!" CONTEST 2010!


Okies, hari cuti adalah hari yang paling sesuai nak join contest / giveaway. Contest kali ni anjuran Blog Rich Mom Diary. Tajuknyer "Show Your Teeth Baby Contest". Kalau nak join boleh tengok syarat2 penyertaan  kat SINI.

 Ha, kat bawah ni pulak gambar baby Aliff yang tengah tersengih tunjuk gigi dia.


Nama Penuh : ALIFF FIKRIYY BIN MOHD FAIRUZ
D.O.B dan umur : 20.10.2009 / 1 TAHUN
- Hobby bayi/kanak-kanak tersebut: SUKA TENDANG BOLA
- Berapa batang giginye yang dah ada sekarang..jangan lupe kire betul-betul ye! =) : 6 BATANG

Ok, harap2 baby Aliff boleh menang ye.

Marriage Therapy Part 4 - My Bali Story

Hari keempat kitorang check out dan menuju ke destinasi yang lain pulak. Sebelum balik, sempat gak meninjau spa yang ada kat hotel ni. Hmm..not bad gak servis dia dan quite cheap.





Sebelum check in, gi makan dulu kat Discovery Mall yang betul2 menhadap pantai Kuta ni. Discovery Mall ni antara shopping complex yang terbesar kat sini dan memang jadi tumpuan pelancong.


Masa tengah pusing2 tu tetiba diorang pasang lagu Jai Ho dan tak semena-mena semua staff kat dalam Sogo ni joget2 ikut rentak lagu tu. Memang unik dan happening lah jugak.




Jalan2 di sepanjang pantai Kuta




Ok, dah boleh masuk bilik. yay, ini lah tempat persinggahan kitorang untuk 2 hari lagi kat sini. Resort ni terletak kat tengah2 kawasan sawah padi sebenarnya. memang best giler duk kat sini.

Tempat makan kat luar bilik.






Cakap je lah nak mandi kat mana, nak mandi berbumbungkan langit, bawah pancuran, dalam tab, dalam kolam, semua ada.













Ini ler part yang paling best, our private pool. Pergh..rasa cam orang kaya kejap, maklumlah Jutawan Rupiah lah katakan :)















Since bilik ni begitu canggih dan best, kitorang tak gi mana2 :) sampai checkout the next day.




Sebelum balik, Pak Suryana bawa ronda sekali lagi kat Kuta dan gi melawat Tugu Peringatan orang yang mati kena bom dulu tu.





Lepas tu sempat singgah lagi kat Monumen Perjuangan Rakyat Bali. Ini ala2 muzium tapi lebih kepada sejarah perjuangan rakyat bali menentang penjajahan Belanda.






Ini lah Ngurah Rai, pejuang rakyat Bali. Lapangan terbanga kat sini pun bersempena nama pejuang Bali ni.






Ini pemandangan dari atas tower (ala2 macam naik KL Tower lah jugak)







Sebelum balik, kitorang sempat lagi pergi spa untuk 3 jam sebelum bertolak balik ke Malaysia. Selamat tinggal Bali, semoga aku tak serik nak datang lagi. Eh..memang tak serik, seronok sebenarnya tapi bak kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,..tapi aku tak nak kena hempap hujan batu, sakit..salji ok lah  hi..hi..