Pages

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday # 9


Episod Pertama di London

Salam,
Lama betul tak mencoretkan sesuatu kat sini. Bukan sebab tak de masa, padahal masa tersangatlah freenya kat sini cuma proses pindah randah ngan connection internet dan macam2 lagi, maka asyik tertangguh je nak cerita pasal pengalaman pertama jejak kaki ke London ni.

 Kalau betul2 nak cerita,memang tak tertulis rasanya, tapi biarlah gambar2 ni je yang menceritakan segala2nya.

 
Ni pepagi masa sampai kat KLIA, tengah sibuk menguruskan pertukaran seat anak2 aku, tapi tak berjaya sebab seat dah fully booked so cuma boleh berdoa dapat tukar masa dalam flight nanti. (Ini pun satu cerita sensasi tapi malaslah nak citer lagi benda yang menyakitkan hati ni kan)
Sebahagian barang yang kitorang bawak.Macam nak balik negeri kan?? Yelah, kalau selalu kitorang travel seminggu pun bawak 1 beg besar, ini kan pulak nak duduk setahun :)
Wajah2 yang bakal ditinggalkan..huhu..sedey..tapi tak larat nak nangis sebab mata ku sangat mengantuk. Mengemas rumah sampai tak tido.
En hubby lagi kesian, 2 hari straight tak tido mengemas rumah yang nak ditinggalkan. 

Muka anak omak ni hee..

Last bergambar sebelum naik train. Sebenarnya ni kawasan larangan bergambar, nasib baik lah kat Malaysia lagi, kalau kat London, mau dah kena hantar balik.
Hii..akhirnya dapat jugak arrange bebudak ni duduk sekali. Nasib baiklah passenger yang nak tukar tu pun jalan sorang2 je.
Oh ya, memang sangat best lah Business Class ni, layanan ngalahkan Raja, makan tak berhenti, tidur pun rasa macam tidur kat rumah. Nasib baik 18 jam perjalanan ,merasa lah semua facilities tu.

Mana tak jet lagged, journey 18 jam. Bertolak kul 10 pagi tapi sampai London kul 3.30 petang, padahal kalau kat Malaysia dah nak dekat tengah malam.

First gambar lepas jejak kaki kat Heathrow. Tapi ini Terminal berapa tah, so tak lah really kat Heathrow yang sibuk tu. Tu yang terus rasa KLIA lagi hebat..Malaysiaku terchenta :)

Ini rumah persinggahan pertama kat London.

Bangun tido terus gi jalan ke Oxford Street, cuci mata je.

Ni pulak tempat persinggahan kedua dekat Canning town East London. Hotel ni dekat ngan Sungai Thames,so tersangat lah sejuk especially petang ke malam.
 Mulai saat ni kira misi mencari rumah pun bermula. Ingat senang je nak dapat rumah kat sini tapi banyak tul prosesnya, Kitorang duduk kat sini 8 hari je, so makin nak dekat tarikh checkout tu memang makin gelabah sebab rumah still tak dapat2 lagi.

Dalam duk pening2 tu still sempat lagi berjalan ke Legoland kat Windsor ni. Tapi sebab hati duk gundah gulana, pastu sampai pun dah nak petang dan nak hujan so sekejap je lah dapat berjalan. Next time memang nak kena repeat lagi.
Bebudak memang paling seronok lah kalau bawak ke sini. Bapak budak pun seronok jugak :)

Walau apapun,jadi bebudak jugak yang senang, tak pikir apa pun, happy je. Mak bapak yang berpusing kepala otak memikir mana nak tinggal lepas ni.

Dalam pada tu urusan nak register University still kena buat. So ni lah rupa tempat belajar aku yang baru. Docklands Campus ni kira campus baru, yang lama kat Stratford. So serba-serbi memang baru kat sini.

Yang bestnya dia betul2 sepanjang Sungai Thames, so angin memang kuat tak ingat punya. Walaupun panas tapi sejuk giler kat sini. Kalau tetiba time angin kuat, boleh tergolek jugak ni.
So berakhirlah episod pertama kitorang kat London. At the time this picture was taken, kitorang ni masih berkelana lagi tapi still boleh lagi berjalan merata. Next episod kira dah dapat rumah lah tapi panjang gak sifir2nya tu.


Monday, August 29, 2011

Last Update

Sayu...hati ini makin sayu..rindu terkenangkan desa permai....wajah ayah bonda jelas terbayang di mata...Isk.isk..isk..sedih lak bila dengar lagu Cik Siti pepagi last Ramadhan ni. Ye lah, esok kita semua akan menyambut ketibaan fajar Aidilfitri dan Aidilfitri kali ini aku sambut serba sederhana kerana banyak lagi persiapan untuk berangkat ke London perlu dibereskan. Tahun depan pulak, pertama kali aku akan menyambut Aidilfitri di perantauan..waa....makin sedey...

Minggu ni kira minggu terakhir aku sekeluarga kat Malaysia. Minggu depan, aku akan memulakan profession baru sebagai pelajar dan juga suri rumah tangga sepenuh masa. Seronok memang seronok, tapi sedih pun ada jugak. Perasaan tu bercampur baur. Sedih nak tinggalkan tanahair ku yang terchenta ini, sanak saudara, rakan taulan yang akan di rindui dan macam-macam lagi. Tapi pada masa yang sama tak sabar nak rasa menjadi pengembara di bumi yang cukup asing bagi aku, menjadi pelajar di tempat yang baru (selama ni aku cuma kenal Uitm je..hee..) dan boleh melepak di rumah dengan jayanya sebab dah tak kerja lagi.

Hari ini aku masih lagi menjejakkan kaki ke pejabat. Satu sebab aku memang dah tak de cuti so kenalah gi opis kan. Kedua, waktu orang dah tak de ni baru rasa sayu nak tinggalkan opis ni. Tahun ni merupakan tahun keenam aku dalam service dan selama 6 tahun tu lah aku dah menyumbang baktiku yang tak seberapa ni di Kementerian Kewangan. Aku dah mengenali ramai insan-insan yang hebat selama aku berada di sini dan aku harap aku akan dapat jadi seperti mereka malah lebih baik lagi. Di sini jugak aku berjumpa sahabat-sahabat yang sangat senada dan seirama yang pasti akan buat aku gelak sorang2 kalau teringat benda pelik2 yang kitorang dah lalui selama ni.

Neway, lagi lama aku celoteh, makin kabur lak pandangan mata aku ni. Sebelum air jernih laju mengalir, baik aku stop dulu. Next week aku akan hapdet pengalaman aku kat negara atas angin pulak..hee....

 Ni ler rupa kawan sedana seirma ku itew. Will miss u guys and our great times together...

 Iftar terakhir sebelum semua bercuti raya. Kat mana lagi kalau bukan feberet spot -TGIF.





 Makan biasalah mana pernah nak kalah walaupun posa. Biar senak perut janji senang hati..hee..

Muka control sebab nak posing sakan. Ini kira feberet spot di feberet spot. Meja separa bulat sebelah patung Marilyn Monroe. Tapi tak de lak dalam ini gambar.
Ini pulak Iftar cum Farewell opis En. Hubby @ Grand Dorset.


 Ini pulak rupa bos ngan anak-anak buah yang bakal ditinggalkan. Hee..lepas dah seksa korang ngan seksa aku sekali..wakaka...Sedey gak, baguih sebenornyer bebudak ni, tambah baguih dapat bos cam aku..boleh?





Hee..ingat gak diorang ni kat aku. Tq lah uolls....


 Opis yang akan ku tinggalkan...yehaa...

 Kerja dah clear ya, tengok outray yang menggunung tu.


 Oh ya, lastly..specially dedicated to En. Hubby, Happy 8th Anniversary - 29/8/2011.


Thursday, July 28, 2011

Lebih Selesa Makan Kat Luar Sekarang

Sponsored Post #2
Salam semua,

Oh tidak, rutin hidupku semakin sibuk sekarang ni. Lagi-lagi bila dah nak dekat sangat tarikh nak ke London ni, macam-macam benda nak kena di uruskan. Neway, life has to go on as usual walaupun sibuk kan.
 
Well as you know kalau ada bebudak kecik ni memang mencabar kalau nak gi  makan kat luar. Kengkadang ada kedai makan yang memang dah sediakan Baby Chair, ada jugak yang takde. Kalau ada pun tengok tempat jugaklah, kengkadang tu yang tinggal cuma kerusi je, semua peralatan lain dah habis tertanggal. Ada pulak tu yang rasa macam nak tolong basuh je kerusi tu dulu sebelum bagi anak kita duduk kan?

Tapi dengan Fisher Price Healthy Care Booster Seat ni, you all don't have to worry  about hygene  ke or function or even space anymore coz it is really portable and surely safe for your little one.

FP Healthy Care Booster Seat ni didatangkan siap dengan tray yang memudahkan kita nak letak makanan dan minuman anak-anak kecik kita. Kalau dah besar sikit dan rasa tak nak guna tray tu pun boleh, so dia akan jadi seat je lah untuk anak-anak yang dah besar dan dah boleh makan kat meja sendiri.



 See, siap boleh sangkut2 je macam bawak handbag pulak dan ringan je sebab plastik kan. Strap ni pelbagai guna, bila nak gunakan seat ni, strap tadi boleh digunakan oulak untuk ikat seat ni kat kerusi biasa pulak.

Ini kira rupa asal dia ler bila dilipat gitew.
Bila nak pakai kita bukak je dah siap macam kerusi and it is really user friendly. Tak baca manual pun boleh je operate sendiri.
Siap ye dengan tali pinggang keledarnya supaya budak tecik tu tak gerak2 dengan ganasnya dalam seat tu.
Ada extra untuk ikat kat kerusi kedai makan yang biasa tu jugak dan strap yang panjang sikit tu actually guna untuk sangkut kat bahu kalau nak carry tapi boleh jugak ikatkan kat kerusi.

Okay dah siap, dah boleh menikmati hidangan dan pemandangan sekitar restoran hee....
Seat ni boleh di adjust kedudukannya up to 3 point, kalau nak tinggi sikit sama paras dengan meja makan pun boleh, nak rendah sikit pun boleh.
Boleh menenangkan suasana yang selalunya tegang kalau makan kat luar cam ni tau.
Dah habis makan boleh lipat balik dan carry to the car or anywhere sebab memang ringan je pun.

Secara keseluruhannya features yang ada pada FP Healthy Care Booster Seat ni macam kat bawah ni:-


  • Healthy Care™ feeding tray with snap-on lid keeps feeding surface clean wherever you go
  • Booster folds for easy portability
  • With the plastic snap-on lid in place, your child’s tray stays clean until you’re ready to use it
  • Easy-clean seat with no crevices to trap crumbs
  • Back & tray remove for older child
  • Three height adjustments
  • Three-point harness adjusts to hold growing child securely
  • Front & rear seat straps adjust to fit virtually any chair
  • Adjustable shoulder straps make it easy to carry 
  • Weight limit 45 lbs.

Menarik kan? Sekarang nak makan kat mana pun dah tak kisah dah....Kalau nak menang hadiah dari Fisher Price, tunggu contest yang akan diadakan tak lama lagi. Memang banyak giler hadiah dari FP ni....Tungguu.....