Pages

Thursday, September 30, 2010

What's for dinner?

Okie, dinner malam ni makan chicken n beef skewer with black pepper sauce. Wah...menu omputeh gitew.

Ini rupa black pepper saucenya ye. Menu ni menu baru aku jumpa kat Pasar Malam rumah aku kat Taman Prima Saujana, Kajang. Kalau nak rasa kenalah gi kat sini every Thursday ye.

Ha, dah makan makanan omputeh, kita makan pulak makanan tradisional. Lemang ngan rendang ayam ni memang fabulous okay. Lemangnya cukup semua rasa and lembut gitew. Menu ni pun boleh dapat kat Pasar Malam ni. Dah macam promoter lak aku ni. Harga sepotong lemang RM2.00 and rendang sebungkus RM3.00.

Wednesday, September 29, 2010

Yay..dah lulus

Yay..Alhamdulillah, yang ditunggu dah dapat. Alhamdulillah sekali lagi, lulus jugak aku akhirnya. Tak payahlah aku keluar lagi RM570 kalau kena repeat IELTS ni. With a score band of 7, bolehlah aku proceed with University Application after this.

Penantian Satu Penyeksaan Part 2

Hu..hu..hu..

memang lah penantian tu satu penyeksaan. Aku dah mula rasa nak demam ni. Pagi2 lagi rama-rama dah berterbangan dalam perut aku nih. Apa lagi yang aku tunggu ni? Result IELTS ler. Ari tu masa ambik test dia kata result boleh check kat Internet on 29 September 2010. Pagi2 tadi aku dah check tapi tak do lagi. Apa tak start keje lagi ke? Hm.. makin lama tunggu makin saspen aku ni....

Berapa lama lagi nak tunggu da?

Sunday, September 26, 2010

Baby Raya Baby Bergaya Contest

Okie, another contest to join. Kali ni contest anjuran Ibu Batrisyia. Kepada kengkawan yang nak turut sama memeriahkan majlis boleh tengok syarat2 penyertaannya kat SINI ye.

Hadiah bagi contest ni pulak di sponsor oleh :-

Tarikh tutup contest pada 15 Oktober ni ye.

Inilah gambo anakku..actually gambo yang sama gak cuma kali ni emang sesuai ngan tema contest ni suh pakai baju raya.

Nama : Aliff Fikriyy bin Mohd. Fairuz
Umur : 11 Bulan
Tarikh Lahir : 20 Oktober 2009
email : mummymodern@yahoo.com

Okie Aliff, semoga Aliff berjaya.

Thursday, September 23, 2010

Cute Baby Contest 2010

Okie, kali ni nak try masuk contest ni pulak. Contest ni anjuran Kedai The Happy Baby Shop.
Selalu tengok orang je joint contest, kali ni apa kata kita cuba nasib pulak. Kalau berminat nak sertai contest ni boleh tengok syarat-syarat penyertaannya di SINI

 

 Nama Penuh Bayi : ALIFF FIKRIYY BIN MOHD. FAIRUZ
Nama Panggilan: ALIFF
Umur Bayi: 11 Bulan
Jantina Bayi: LELAKI
Bangsa: MELAYU
Nama Penuh Ibu: ZULIANA BINTI ZAINOL ABIDIN
Nama Pengirim: ZULIANA ZAINOL ABIDIN
E-Mail Adress:mummymodern@yahoo.com


Saya suka Happy Baby Shop adalah kerana terdapat pelbagai seleksi pakaian berjenama yang menarik, berkualiti dengan harga yang amat berpatutan dan suasana kedai yang penuh keceriaan.


Nak tag 5 orang lagi kengkawan:-

4. Tina


   

Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidilfitri

Aidilfitri datang lagi. Tak terasa sebulan berpuasa dibulan Ramadhan yang mulia. Tenyata banyak sungguh dugaan yang datang sepanjang tahun ni. Alhamdulillah semuanya dapat di atasi dengan ihsanNya jua. Semoga dengan kedatangan bulan yang mulia ini membawa seribu rahmat dan keberkatan.

Monday, September 6, 2010

Dugaan

Ya Allah, hari ini Kau hadiahkan aku satu dugaan yang sungguh berat. Tak tertanggung rasanya bahu ini membawa beban yang Kau letakkan ya Allah. Sesungguhnya kerdil sungguh rasanya diriku ini. Hiba sungguh hati ku memikirkan segala yang terjadi. Apa yang harus aku lakukan. Pada siapa hendak ku curahkan segala yang terpendam melainkan di paparan putih ini yang menjadi saksi betapa hancur hatiku tika dan saat ini.  Tangisan dah tak bererti lagi sekarang. Hari depan menanti dengan penuh tanda tanya. Sesungguhnya benar janjiMu, apa yang direncanakan tidak akan menjadi melainkan dengan izinMu jua.

Ternyata tangan kecilku tak mampu lagi menekan butang keyboard untuk meluahkan apa yang terbuku di dada.Setiap patah kata yang ditaip disulam tangisan. Ya Allah, kuatkan semangatku ya Allah.