Pages

Thursday, July 28, 2011

Lebih Selesa Makan Kat Luar Sekarang

Sponsored Post #2
Salam semua,

Oh tidak, rutin hidupku semakin sibuk sekarang ni. Lagi-lagi bila dah nak dekat sangat tarikh nak ke London ni, macam-macam benda nak kena di uruskan. Neway, life has to go on as usual walaupun sibuk kan.
 
Well as you know kalau ada bebudak kecik ni memang mencabar kalau nak gi  makan kat luar. Kengkadang ada kedai makan yang memang dah sediakan Baby Chair, ada jugak yang takde. Kalau ada pun tengok tempat jugaklah, kengkadang tu yang tinggal cuma kerusi je, semua peralatan lain dah habis tertanggal. Ada pulak tu yang rasa macam nak tolong basuh je kerusi tu dulu sebelum bagi anak kita duduk kan?

Tapi dengan Fisher Price Healthy Care Booster Seat ni, you all don't have to worry  about hygene  ke or function or even space anymore coz it is really portable and surely safe for your little one.

FP Healthy Care Booster Seat ni didatangkan siap dengan tray yang memudahkan kita nak letak makanan dan minuman anak-anak kecik kita. Kalau dah besar sikit dan rasa tak nak guna tray tu pun boleh, so dia akan jadi seat je lah untuk anak-anak yang dah besar dan dah boleh makan kat meja sendiri.



 See, siap boleh sangkut2 je macam bawak handbag pulak dan ringan je sebab plastik kan. Strap ni pelbagai guna, bila nak gunakan seat ni, strap tadi boleh digunakan oulak untuk ikat seat ni kat kerusi biasa pulak.

Ini kira rupa asal dia ler bila dilipat gitew.
Bila nak pakai kita bukak je dah siap macam kerusi and it is really user friendly. Tak baca manual pun boleh je operate sendiri.
Siap ye dengan tali pinggang keledarnya supaya budak tecik tu tak gerak2 dengan ganasnya dalam seat tu.
Ada extra untuk ikat kat kerusi kedai makan yang biasa tu jugak dan strap yang panjang sikit tu actually guna untuk sangkut kat bahu kalau nak carry tapi boleh jugak ikatkan kat kerusi.

Okay dah siap, dah boleh menikmati hidangan dan pemandangan sekitar restoran hee....
Seat ni boleh di adjust kedudukannya up to 3 point, kalau nak tinggi sikit sama paras dengan meja makan pun boleh, nak rendah sikit pun boleh.
Boleh menenangkan suasana yang selalunya tegang kalau makan kat luar cam ni tau.
Dah habis makan boleh lipat balik dan carry to the car or anywhere sebab memang ringan je pun.

Secara keseluruhannya features yang ada pada FP Healthy Care Booster Seat ni macam kat bawah ni:-


  • Healthy Care™ feeding tray with snap-on lid keeps feeding surface clean wherever you go
  • Booster folds for easy portability
  • With the plastic snap-on lid in place, your child’s tray stays clean until you’re ready to use it
  • Easy-clean seat with no crevices to trap crumbs
  • Back & tray remove for older child
  • Three height adjustments
  • Three-point harness adjusts to hold growing child securely
  • Front & rear seat straps adjust to fit virtually any chair
  • Adjustable shoulder straps make it easy to carry 
  • Weight limit 45 lbs.

Menarik kan? Sekarang nak makan kat mana pun dah tak kisah dah....Kalau nak menang hadiah dari Fisher Price, tunggu contest yang akan diadakan tak lama lagi. Memang banyak giler hadiah dari FP ni....Tungguu.....

Friday, July 15, 2011

Semakin Bertuah Nampaknya

Wah nampaknya salah lah tekaan aku dulu. Lately ni macam semakin bertuah lah pulak aku ni. Baru je rasanya 2 minggu lepas aku collect hadiah yang aku menang peraduan Women's Weekly tu tup..tup..dapat message dari Women's Weekly lagi yang kata aku menang hadiah peraduan Biore pulak.

Aku pun tak ingat berapa banyak peraduan yang aku masuk tapi rasanya selagi ada borang dalam megazine tu semua aku hantar. Ala-ala macam menjala ikan lah, paling koman dapat lah sekor dua. yang sangkut kan....kira memang betul lah teori aku tu..hee...

Ok.as usual en hubby adalah mangsa paling sesuai untuk tolong collect hadiah sebab jauh lah pulak nak ke Menara Citibank tu nak collect. Tq..en hubby ..hee...

Inilah rupa barangan Biore yang aku dapat hari ni. Banyak jugak isi perut paper bagnyer kali ni....

Ada whitening shower scrub. Ok..2 bulan tak payah beli sebab hari tu punnya Shower Gel pun tak pakai lagi.

Ini pun kira boleh buat stock gi London nanti sebab yang hari tu punya pun tak pakai lagi, ni dapat lagi 2 facial foam/wash pulak.
Ini pulak sun block cum make up base and wet tissue untuk remove make up. Yang ni memang aku selalu guna especially bila travel..sungguh mudah..eceh..promo sikit.

 Ini untuk hilangkan bintik hitam ke putih ke atau apa2 bintik lah yang ada kat hidung....

 Dan yang paling aku suka make up remover...baru je ingat nak beli hari tu, tapi dah dapat free....save duit aku..hee...

Akhir sekali kenalah bergaya dengan duta produk yang awal2 lagi sibuk nak menggayakan semua benda 2 tu....amacam..boleh???

Monday, July 11, 2011

1 Kerusi Pelbagai Guna

Sponsored Post

Menjaga anak2 yang ligat nak membesar ni memang banyak sangat cabaran kan. Before this aku dah ada 2 orang anak perempuan. Seligat2 budak pompuan ni kalau nak compare ngan budak lelaki sorang ni memang tak terkejar lah jugak. neway, Aliff is moving from infant to toddler this year. Sekejap je rasanya masa berlalu. Macam baru je tengok dia lahir, meniarap, merangkak, bertatih, sekarang dah boleh berlari..tu yang lagi tak terkejar tu..hehe..

Baru2 ni aku dapat Aliff's new gadjet sponsored by Fisher Price / GO Communications. Actually benda ni memang dah ada dalam senarai Wish List aku masa mengandungkan Aliff hari tu tapi sebab banyak sangat benda nak beli, terus tak terbeli yang ni.

Ini lah Fisher price Newborn To Toddler Rocker. Memang dah lama aku usha nak beli because it's very functional. Ini kira ala2 Kerusi Malas lah tapi boleh vibrate sendiri sebab pakai bateri. So kalau baby nak tidur ke nak kasi dia relax2 ke, letak je dalam kerusi ni and on kan vibrator tu, dia akan gerak2 sendiri and at the same time kalau nak goyang kan dia pun boleh jugak.

menurut Fisher Price ni, 3 tahun pertama adalah masa yang paling vital bagi otak bayi ni nak berkembang. Waktu2 macam ni biasanya baby akan banyak tidur sebab dia nak mengembangkan akal dia supaya bertambah cerdik. Tapi pada masa yang sama waktu bermain pun antara penyumbang kepada perkembangan otak bayi ni. That's why semua product keluaran FP ni biasanya ada fungsi play and relax.

Kalau baby, boleh lah letakkan mainan gantung2 ni so that dia akan leka tengok benda tu bergoyang2. Semua produk FP ni ni memang direka khas untuk membantu perkembangan anak2. So kajian yang terperinci dah dibuat sebelum sesuatu produk tu dikeluarkan. Toybar yang didatangkan khas ni boleh membantu perkembangan otak bayi melalui 3 cara :-

1. Koordinasi Tangan dan Mata - Alat mainan yang bergantungan tu ada fungsi yang berlainan dan ini akan membantu bayi kita menggunakan mental skill dan kebolehan visual dia setiap kali dia tengok pergerakan mainan tu.

2. Stimulasi Visual - Mainan yang bergantungan tu pun didatangkan dalam pelbagai bentuk dan warna supaya bayi kita dapat membezakan bentuk, warna dan pergerakan.

3. Stimulasi Pendengaran - As parents, kita boleh membantu kemahiran mendengar bayi kita bila kita sama-sama bermain dengan dia sambil menggerak-gerakkan mainan tu yang ada bunyi2 tertentu supaya bayi kita dapat menajamkan lagi kemahiran mendengar dia.

Tapi kalau baby dah besar sikit macam Aliff ni, tak payah letak pun takpe, boleh tanggalkan je, senang je pun nak bukaknya dan barangan FP ni biasanya very user friendly.
Kalau baby macam ni ler rupa dia tidur kat dalam kerusi ni. 

Tapi kalau dah besau sikit, macam nilah rupa dia pulak. Kaki pun dah panjang, sampai terkeluar dari kerusi tapi still nyenyak tidur.

Ini pulak antara fungsi keselamatan produk ni. Bagi baby yang kecil lagi, bolehlah ikatkan seat belt ni supaya kalau dia pusing2 masa tidur pun, masih intact lagi kat dalam kerusi tu..heehee...Ini jugak boleh memudahkan masa nak bagi baby makan supaya dia tak banyak bergerak.




Ini lah pulak antara kelebihan Newborn To Toddler Rocker ni. Bukan saja baby, malah kakak2 dan abang2 baby pun boleh join sama. Jangan risau, memang kukuh kerusi ni. Lissa is already 4 and Dalea is already 7 but still diorang tu yang lebih berebut nak duduk kat kerusi tu. The seat can be adjusted accordingly. Kalau untuk baby tidur, boleh turunkan dia punya bed frame tu untuk keselesaan baby nak tidur. Tapi kalau nak jadikan kerusi, boleh tinggikan pulak tempat duduk tu jadi macam kerusi. So far, this is one of the best product and di jamin boleh tahan lama dan boleh turun temurun dari generasi ke generasi. Memang tak rugi kalau beli. 

Kalau nak bawa ke mana2 pun mudah sebab dia agak ringan dan portable. Cuma lipat and you are ready to go.

Kepada yang berminat nak beli, harga di pasaran dalam RM349.90. Tapi kalau nak FREE pun boleh jugak. Just wait for my next Contest dan hadiahnya akan ditaja oleh FP dan GO Comm. Tunggu.....

Sunday, July 3, 2011

1Murid 1Sukan

Semalam pepagi semua warga rumah ni dah bangun sebab ada acara Larian Serentak 1Murid 1Sukan kat sekolah Dalea. Walaupun aku of course lah tak lari sebab si tecik Aliff duk mengamuk ler sebab pepagi hari Sabtu dah kena kerah bangun pagi. Tapi terpaksa jugak ku gagahkan sebab lepas acara larian tu ada sesi perjumpaan dengan cikgu (kira macam open day ambik report card lah).

Apa yang aku nak story kat sini mungkin lah boleh jadi panduan pada mak bapak yang ada anak2 yang akan mula sekolah Darjah Satu tahun depan sebab tahun ni adalah tahun pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan batch Dalea ni kira batch perintis. Eh..so cliche..zaman aku sekolah dulu, batch aku pun batch perintis KBSR (kira batch aku lah yang first sekali ambik exam UPSR and batch En. Hubby batch last yang ambik exam Penilaian Darjah 5) and now, it's Dalea's time pulak jadi batch perintis KSSR.

Ok, lepas habis larian semua mak bapak yang anak2 darjah 2 sampai 6 boleh gi jumpa cikgu macam biasa ambik Report Card, tapi mak bapak budak Darjah 1 which is batch perintis KSSR ni semua kumpul kat Dewan and Cikgu Besau dia bagi penerangan pasal PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah. PBS ni kira one of the elemen untuk penambahbaikan UPSR. From my view, kira macam Kerajaan tak nak anak2 zaman akan datang ni di nilai melalui exam semata2 macam sekarang ni lah.

Kalau ikut sistem KBSR, lepas exam pertengahan tahun ngan akhir tahun mak bapak akan dapat Report Card anak memasing kan. Kat dalam tu kira ada lah semua markah periksa, peratus kedatangan, kurikulum and nombor berapa anak2 kita dapat dalam kelas. Kalau pandai, dapatlah nombor sikit, kalau terlebih pandai, dapatlah nombor lagi banyak kan?? Hee..teringat zaman dolu2....aih...Okeh...okay, ikut sistem KSSR sekarang ni semua mak bapak akan di bagi 1 folder macam kat atas ni  (tapi tak leh bawak balik pun, tengok masa kat situ je) Tapi ni ikut sekolah memasing lah, macam sekolah Dalea dia letak dalam Folder cam ni. Dalam Folder ni ada semua particular pasal anak kita dan pencapaian diorang dalam setiap mata pelajaran. Contohnya, memula ada detail pasal anak2, lepas tu ada separator untuk subjek BM. Dalam separator tu ada kertas periksa pertengahan tahun and setiap test yang cikgu dia buat pada setiap akhir setiap sukatan mata pelajaran BM tu. So akan ada 2 jenis laporan iaitu laporan formatif dan sumatif. Laporan Formatif ni kira ujian yang cikgu buat setiap akhir sukatan mata pelajaran dan laporan Sumatif tu pulak kira peperiksaan pertengahan dan akhir tahun anak2 kita. Setiap mata pelajaran ni pulak, anak2 ni akan dinilai berdasarkan band. Band ni ada dari Band 1 - 6 dan berbeza ikut setiap subjek. Contohnya untuk BM, Band 1 - Menguasai ayat ringkas, Band 2 - Menguasai Tatabahasa (ini contoh je sebab aku tak ingat dah penerangan band2 ni. Sebab each subject lain dia punya kriteria). Contoh lagi macam untuk subjek BM ni Dalea dapat Band 2. Setiap Band ni pulak ada evidence tertentu yang setiap murid ni kena capai, baru cikgu boleh luluskan dia untuk sesuatu Band. Contohnya kalau dalam Band 1 ni ada 7 evidence, tapi anak kita dapat kuasai 5 je, dia takkan dapat sebarang band. tapi tak bermaksud dia tak tau apa2, cuma tak cukup syarat untuk dapat band 1. tapi kalau dah ke band 2, maksudnya dia penuhi evidence/syarat untuk dapatkan Band 1 dan 2 tadi.

Ha, nampak macam complicated kan. In the end, takkan ada sebarang peratusan atau nombor pun. So takyah lah mak bapak sibuk nak tayang kat jiran sekampung kata anak dia dapat nombor 1 ke 2 ke 10 ke. Kebaikannya aku rasa tak delah pressure kat bebudak bila akhir tahun kalau tak dapat nombor 1. Sistem ni lah yang dipanggil PBS tu dan PBS ni dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah masing2. PBS ni akan dikumpul sampai anak kita Darjah 6 nanti dan akan dijadikan Carry Mark sebanyak 40%. Macam budak Universiti pulak kan. Lagi 60% tu pulak baru lah diambil dari markah peperiksaan UPSR, ditambah lagi dengan beberapa ujian macam Aptitude Test, Social, Sports dan macam2 lagi. 

As I said before, Dalea punya batch ni kira batch perintis, so kebanyakan cikgu2 dan sekolah2 masih tak jelas lagi pelaksanaan sistem ni. Every now and then, pihak Kementerian akan bagi taklimat pada cikgu2 macamana nak implement sistem ni. Oh ya, lagi satu, semua data anak2 kita thru PBS ni akan di simpan dalam satu pengkalan data yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. So, from there, diorang boleh monitor anak2 kita punya performance dari darjah 1 sampai 6 nanti.

So kepada new parents yang ada anak nak start sekolah tahun depan, just be prepared with the new system. Sistem ni masih baru dan dalam proses pengenalan so masih banyak loophole here and there. But overall, aku rasa this is quite a good system so that anak2 kita tak lagi dinilai berasaskan nombor dan peperiksaan je. banyak aspek lain yang diambil kira untuk menentukan tahap pencapaian diorang. Hopefully anak2 ni tak lagi rasa terbeban untuk puaskan hati mak bapak yang so perfectionist nak anak dapat nombor 1 je padahal kalau tak dapat nombor 1 tak semestinya diorang tu tak pandai. Maybe they have other hidden talent that cannot be expressed thru paper examination. As for me, I have no problem with the new system cuma risau sikit coz we all dah nak ke UK for 1 year, means that data untuk Dalea for next year kira kosong lah sedangkan data tu semua akan dikumpul sampai dia darjah 6 nanti and knowing that this is a  new system....lagi lah poning ahkak...haih....

Friday, July 1, 2011

Selamat Jalan Intan

Oh sudah hari Jumaat? Cepat betul masa berlalu walaupun hari-hari adalah hari Jumaat bagi aku dan yang sewaktu dengannya tapi Jumaat kali ni adalah Jumaat terakhir bagi kami berempat. ish..sambil eksyen2 kesat air mata....Hari ni kira cukup lah korum kitorang merambu dan kira minggu terakhir lah sebab Intanur Suria a.k.a Anggerik Sofea sudah mau terbang ke Australia. Seronot ko ye Intan, ah kak kena tunggu lagi 2 bulan baru boleh hooray...

Neway, minggu ni tak de plan nak ke mana2 pun, just nak lepak je so Thank God It's FRIDAY again lah jawabnya sebab kedudukan tapak yang agak cozy gitew. Okeh, masih memilih lokasi tempat duduk yang sama seperti minggu lepas tapi kali ni nak makan lite2 je sebab memasing dah kenyang (especially aku yang dah melantak pepagi tadi sebab ada jamuan yang aku sendiri buat lak tu). Lagi pong, niat asal Tina nak ajak makan kek Opera yang dia order dari aku tu je, so kenalah makan yang ringan2 jer. 


Tapi, kalau dah datang ke sini, apa bendelah sangat yang ringan. Orang suh makan Appertiser je lah yang ringan, tapi mata duk mandang ke Main Course..memang nafsu gajah tul..siapa itew orangnya???

Okeh, Tina berjaya dengan misi Lite Lunch dia, so dia order Chicken Parmesan Quasedallas yang aku dah order minggu lepas..hee..kena sebut tu...

Ni pulak Zura Jelita punya, apa ke nama dia aku tak ingat lah, berbelit lidah ah kak nak menyebutnya. Ringkasnya kira kuah cheese makan ngan Nachos lah. Lite nih...

Jeng..jeng..jeng..yang ini ah kak ler yang punya Tenesse Burger. Ni semua gara-gara duk tengok Man Vs Food malam tadi, terus berjangkit..okeh..ayat cover..padahal nafsu gajah...baru je pepagi tadi melantak tak hengat...ish..ishh..ish..sapa ni???
Huh..sangatlah richnya burger itew....silalah tengok kelazatannya....

Akhirnya, minggu ni TGI dah restock stock mangga dia, maka dapatlah ah kak merasa Manggo Margarita yang tak dapat minggu lepas. Ok, well recommended drink..sangat sedap...


Last but not least, Mac and Cheese Intankiut punya. Tolonglah jangan muntah tengok nama2 kitorang ni. Ni semua nama syok sendiri. nak suruh orang bagi, azab lah nak dapat nama gediks cam ni kan....Neway, thank you to Intankiut (kena sebut nih sebab dia belanja ni semua ) sebab sudi belanja kitorang makan hari ni walhal ekau yang sepatutnya diraikan, tapi dah terbalik pulak. Nasib baik aku pergi nanti lepas Raya..selamat sikit..jamu ketupat je lah..hee....