Pages

Saturday, January 1, 2011

Tension Jadi Budak Sekolah

Isnin lepas ada taklimat untuk mak bapak dan anak2 yang nak masuk Tahun Satu tahun depan. Taklimat mula jam 8.30 pagi. Sampai je kat sekolah, anak2 dah kena masuk kelas sebab ada Ujian Pengesanan bagi mengasingkan murid2 yang dah boleh membaca dan menulis ke dalam kelas yang excellent sikit lah. Tapi nanti bila dah mula belajar akan ada lagi Ujian Saringan yang akan di buat 3 kali untuk 1 tahun. Perghh...masa aku masuk sekolah dulu tak de pun benda2 ni. Kesian aku tengok bebudak sekarang. Kalau aku yang duk kat tempat anak aku tu, uih..pressure gak rasanya.
Aku suruh anak aku duduk depan, sebab tahap pemalu nya tu agak boleh tahan gak walau pun dah 2 tahun pergi Pre-School. Sambil berdiri depan kelas tu aku tengok bukan anak2 je yang pressure, mak bapak yang lebih. Ada parents sebelah aku tu, duk bisik dari luar kelas suruh anak dia keluarkan pencil box lah, tulis nama atas kertas lah...heloo..kat kertas tu dah ada nama pun. Tak payah lah sibuk2. Last2 aku cabut, sebab aku pulak yang rasa pressure berdiri sebelah diorang. Aku tengok anak dia pun dah konpius, nak buat apa ni, nak keluar pencil box ke nak tulis nama ke nak buat apa???

Ok, duk jauh sikit. Pressure..pressure..


Lepas tu mak bapak semua kena halau gi duk dengar taklimat kat Kantin. Ishh..nasib baik zaman aku sekolah dulu tak macam ni, kalau tak mau haru jadinya. Ye lah, sah2 masa Darjah Satu lah baru nak belajar membaca dan menulis. Ada yang tak pergi Tadika pun but still aku survive gak sampai sekarang :)

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment