Pages

Wednesday, January 5, 2011

There Is Always First Time

 Bag lagi besau dari orang he..he..

Hmmm..dah besar rupanya anak aku ni (walaupun dari segi fizikal masih antara yang paling kecil). Dulu tengok orang sibuk2 hantar anak gi sekolah sampai  berkampung kat sekolah, tahun ni giliran aku pulak (tapi tak lah sampai berkampung). Aku rasa sebenarnya mak bapak yang lebih penat dari anak2 bila mula sekolah ni. Ye lah, mak bapak lah yang ke hulu ke hilir, sekejap hantar lepas tu datang balik waktu rehat, pastu ambik pulak sebelah petang. Rehat kejap, hantar pulak sekolah Agama. balik rumah, mak bapak dah melepek, bebudak ni rileks je, siap boleh main lari2 lagi...

 Anyway, tahun ni Dalea dah mula sekolah Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian. Macam orang lain jugak, aku ambil 1 week block leave untuk menguruskan semua hal2 pasal sekolah anak2 aku kali ni. First sekali kena uruskan kakaknya yang sekolah Darjah Satu ni lah. Sekolah Dalea ni antara Sekolah dalam kategori Sekolah Cemerlang. Banyak lah anugerah2 yang sekolah ni dapat dalam pelbagai bidang baik pendidikan mahupun kokurikulum. Memandangkan sekolah jenis yang banyak menang anugerah ni, pressure nya pun agak hebat kepada guru2 dan tempias lah kepada murid2.

Memang lah impian semua parents nak yang terbaik untuk anak masing2, tapi seboleh2nya, biarlah berpadanan dengan kemampuan budak2 tu. Aku harap Dalea tak pressure sangat.



 Sementara tunggu anak2 keluar rehat, mak bapak soru dulu kat Kantin. Teringat lak zaman sekolah2 dulu. Tapi makanan sekarang ni mak aih mahal nya. Air milo cair macam kurang milo tu pun secawan 50 sen. Belum benda2 lain lagi.

 Monyok je Dalea. Mengantuk lagi ni. Ini tempat duduk hari pertama. Sekarang Dalea dah duduk paling depan. Maklumlah comel sangat, duduk belakang nanti cikgu tak nampak pulak.


Lepas makan, kena beratur kat kantin ikut kelas masing2 dan baca doa selepas makan. Lepas tu baru boleh masuk kelas.


Ha ni Cikgu Besar dia..Puan Hajjah Ruslina tengah nak bagi lencana menandakan minggu ni adalah minggu Integrasi bagi bebudak Tahun Satu ni.

So, dalam seminggu ni, ini lah tempat aku berulang alik. Lepas ni kena uruskan adik dia pulak, Khalissa yang masuk pre-school tahun ni.

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment