Tuesday, February 15, 2011

Tak Tercapai Hasratku Tapi...

Hari ni pepagi aku dah mengajak En. Hubby teman aku ke IOI Mall. Hajat hati nak gi Daiso dan mencuci mata sikit hari2 cuti ni. Dah memang asal kejadian jenis tak reti nak duk diam kat rumah..padahal..kain segunung tak lipat lagi, baju sekolah anak aku tak gosok lagi...tapi kaki gatal je nak berjalan.

Ok, dipendekkan citer..*tak nak citer panjang sebab ada barang yang dihajati tak dapat gak nak di beli*, ini ler barang yang aku beli masa kat Daiso. Daiso ni style kedai lima hengget tu je tapi barang dia cumel2. Orang Jepun kan suka benda cumel2 ni. Aku pun suka jugak.



Ini acuan aiskrim. Comel kan.

Ini pulak food pick namanya.

Yang ni pulak baran ..bukan panas baran ye. Baran ni ala-ala food separator lah kiranya.

Ini pulak food cutter ngan bekas sos.
Ini lak container untuk aku isi barang-barang aku yang macam-macam tu.

Apa hal lah aku pi beli sume menatang ni? Ha..aku ada projek besar-besaran ni. Menatang ni semua perkakas nak wat Bento. Aku teringin nak wat Bento untuk anak aku. So, esok kita tengok ler, menjadi ke tak Bento aku ni nanti. Tunggu.... 

*Update Terkini : Sudah boleh tengok kegunaan benda2 ni kat SINI.




Thursday, February 10, 2011

Yay..Boleh Conteng Muka

Yay, akhirnya sampai jugak peralatan menconteng muka yang baru. Walaupun aku cuma pakai benda ni sekali-sekala je bila datang angin nak melaram, kalau datang angin malas tu, mau aku pakai bedak Johnson anak aku je gi opis.

Btw, aku beli Victoria Secret Ultimate Make up Kit ni kat SINI. Bukanlah niat nak jadi mak andam pun, tapi saje..sebab dah memang jenis yang pantang nampak...tak gitew?




Set ni ada 30 kaler untuk menyonteng mata;
5 kaler untuk conteng bibir dan 5 kaler gloss untuk bagi effect bibir bersinar dan terjuih seksi..kononnya..
4 kaler untuk conteng pipi
Yang 3 lagi tu luminuous powder, transluscent powder dan bronzer (aku pun tak tau bila nak guna)
1 mascara, lip liner, eye liner dan 5 brushes

Menarik kan??? Kan..kan..kan???


Sunday, February 6, 2011

Jom Main Matematik

Jom tengok what I bought for Lissa recently masa jejalan menghabiskan masa ..again ..kat ToysRus yang baru bukak kat Alamanda that day.

Ok, mainan ni ada 2 type, satu yang ajar bebudak macamana nak sambung ayat dan yang lagi satu mengajar bebudak simple mathematic operations macam yang ni. Rege pun cuma RM39.95.




Mainan ni ada 3 set kat dalam dia. First set ajar basic Math macam gambar kat atas. 

Second set pulak ajar operasi tambah.

Set yang last ajar operasi tolak.

Tapi mainan ni kenalah mak bapak tolong sekali. Kalau biar lepas bebudak tu main sendiri, memang jadi mainan puzzle semata lah.

Friday, February 4, 2011

Beli Satu Dapat Tiga

Aku ni memang tak boleh gi window shopping sorang2, sebab bila aku teringin nak jalan sorang2, paling tidak pun dengan anak2 aku mesti aku sangkut membeli barang, lagi banyak dari aku gi shopping ngan kengkawan atau ngan Mr. Hubby (langsung tak beli punya lah).

 Alkisah masa gi Jusco sebelum Raya Cina hari tu, niat asal nak beli buku cerita si Dalea je kat Popular, lepas tu teringat lak nak tengok Heavy Duty Mixer sebab mixer kat rumah tu macam dah nak demam je ku tengok. Walaupun belum tahap boleh masuk ICU tapi risau jugak kalau tetiba je shut down, pengsan aku jadinya. 
Aku pun heret ler Dalea gi kat Jusco punya Electrical Shop tu..tup2 ada promotion pulak barangan Kenwood. Usha punya usha..hati sudah berkenan ngan satu HD Stand Mixer ni. Harga asal agak ribu riban jugak tapi lepas discount jadi RM899. Bila teringat Kitchen Aid yang ku idam2kan tu, memang sampai tahun depan pun aku tak terbeli (padahal kalau campur2 semua benda yang aku borong selama ni..dah nak dekat sama rege ngan Kitchen Aid tu sebijik).

Maka dipendekkan citer, aku pun sambar le mixer tu. Tapi yang bestnya, beli satu aku dapat 3 sekaligus sebab stand mixer ni ada 2 adik beradik lagi. Aku dapat Food Processor (Kalau beli FP tu saja dalam RM300 +) dan blender. Hmm..amacam? Pelaburan yang bijak? Bijak..bijak...


Ini ler rupa mixer plus food processor yang tenggek kat atas tu dan blender. Bila nak pakai salah satu just tenggekkan atas motor yang kat atas mixer tu je.

Balik rumah, tak menyempat-nyempat terus aku try test tengok...pergh..cantek...siap cupcake aku. Kebetulan pulak mixer lama tu macam tau2 je aku dah cari pengganti dia, terus terkulai, tak mau dah melekat dia punya paddle tu. Hai mixer..ko pun ada perasaan ye..tapi aku tak buang mixer tu.banyak jasa dia kat aku. Aku basuh, polish, simpan dalam muzium (aku punya).

Tuesday, February 1, 2011

Pengembaraan Bermula


Status terkini - sedang cuba menenggelamkan diri ke alam fantasi bersama TUJUH buah buku yang dah lama jadi perangkap habuk di atas rak buku. Boleh ke ni? Alah, bukannya ada orang nak check pun tapi just for my own satisfaction. 

Minggu ni kepala dah berat dengan macam2 benda yang tunggang terbalik kat opis, cuti panjang ni lah masa untuk ringan2kan beban kat kepala dan menyahtoksikkan semua masalah negara buat sementara. Cewah, sapa lah ko ni nak pikir masalah negara....hmm..only me and you know who know the best!