Thursday, January 27, 2011

Mari Berteater

Jom kita gi tengok teater kat Istana Budaya. He..he..tak silap aku, first teater yang aku tengok ialah teater lakonan Sofea Jane "Malam Ini Penyu Menangis". Masa tu baru lepas SPM, pergi ramai-ramai ngan kengkawan. Pastu yang tukang bawa park keta punya lah jauh, berpeluh jugak lah menapak. Tapi sebab nak tengok Sofea Jane punya pasal, sanggup meredah malam ngan kasut tinggi..siap beli kasut tu nak tengok taeter. Yelah, budak sekolah, mana pernah pakai kasut tinggi. Dah tu dress code nak tengok teater kan strict. Nasib baik tak terkehel kaki akak.

Tapi sekarang dah senang, Istana Budaya punya parking pun agak luas dan tak payah lah nak menapak jauh2 nak tengok teater. Btw, kat sini aku tepek siap2 jadual tayangan teater kat Istana Budaya untuk tahun ni. So, boleh lah boked date yang berkenaan awal2 untuk tengok persembahan mana yang berkenan di hati.















 
 





 


1 tengah makan stoberri:

bighagenjo said... [Reply to Comments]

aishh~ teringin nak pg tgk teater.

Post a Comment