Pages

Monday, August 30, 2010

CHECKLIST

Ini lah tempat yang aku nak gi next year. University of East London, UK. JPA suh aku gi belajar kat sini wat Risk Management. Tapi sebelum gi sana, banyak benda nak kena settle kat sini. Pening jugak. Memula sekali aku gi sini untuk daftar IELTS exam aku yang dijadualkan pada 16 September 2010 (Cuti Hari Malaysia dan dalam mood raya lagi tu).

Lepas daftar, ambik exam, tunggu result. Aku kena pastikan aku lulus dengan cemerlang, kalau tak aku kena repeat dan bayar lagi RM570.00. Huh, sengkek lah gua cam nih.

Lepas tu aku dah start survey rumah untuk disewa kat sana. Mahal gak kos nak sewa rumah kat sana. Ada few option yang aku rasa aku mampu nak bayar.

Rumah ni kosnya GB210 per week. Kalu sebulan dalam GB840.00. Ala2 harga rumah kat sini gak cuma nak ditolak dari elaun yang aku akan dapat nanti rasa macam cukup2 makan je. Tambah lak my hubby nanti tak keje, so aku je lah source of incomenyer.

Yang ni pun harga lebih kurang. Aku rasa benchmark harga rumah yang aku mampu bayar cuma GB200 ke GB210 je seminggu. Kat sini sewa rumah kira minggu tapi agreement still kira bulan.

Ok, lah rumah tu kira settle lah kan. Lepas tu nak cari sekolah untuk anak-anak aku pulak. Memang ada macam2 jenis sekolah kat sini, cuma bab bayarannya je yang aku tak sure. Tapi aku dah email a few school just nak tanya berapa kos untuk 2 orang anak aku nanti.

Apa lagi ek? Rasa macam banyak je. Oh, ye, lepas dapat result IELTS dan surat tawaran JPA, aku boleh proceed untuk check registration Uni for next year dan apply for Student Visa. Duit Visa pun dah GB199 sorang. Kalau campur 1 family kira GB199 x 5 orang. Perghh....habis bajet handbag aku.Itu tak kira nak buat diapunya medical checkup for the whole family dan apa2 lagi lah kan.

If everything yang kat atas tu dah settle, kena simpan duit lagi untuk prepare nak buka akaun kat sana supaya JPA boleh masukkan elaun aku cepat2. Pastu nak kena settle hutang piutang yang kat sini sikit2 supaya tak le  sengkek aku kalau kat sana nanti. Ya Allah, aku harap sangat dipermudahkan semua urusan aku ni. Amin.

Tuesday, August 24, 2010

Yang di tunggu dah tiba...yay

Yang di tunggu dah tiba. Tepat jam 4.15 petang semalam aku check website JPA again for the HLP Result and jeng..jeng..jeng... yay..Alhamdulillah syukur pada Allah, aku berjaya dapat tawaran HLP untuk next year. Cuma surat tawaran aku tu very specific - aku ditawarkan Ijazah Sarjana Pengurusan Risiko Luar Negara di University of East London, United Kingdom. Apa-apapun, aku amat2 bersyukur. Alhamdulillah.

Sunday, August 22, 2010

Lempeng Omputeh

Bulan posa ni memang pening pikir nak masak apa. Bukan apa, time dah lah limited tak campur ngan macam2 urusan kerja, rumah, anak2 n extra..extra..extra lagi. Satu lagi bab malas, masyaAllah memang tahap gaban tul. Pagi tadi sian lak tengok anak daraku yang sorang tu asyik minum susu je. Nak masak nasik, kena lak masak lauknya kan.  Bab nak masak lauk awal2 ni yang malas. Since nak buka lambat lagi ingat petang2 sikit le baru masak. Apa lagi supaya tak kebulur anak aku tu, masak lah lempeng omputeh ni (pancake le tew). Resepinya pun simple je. Kalau nak cuba boleh aje sebab resepi ni pun aku google je kat tenet.

Bahan :-

3 sudu besar butter dicairkan
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula kastor
1 cawan susu segar atau bancuhan susu tepung pun boleh

Caranya :-

Campur semua bahan dalam 1 bekas dan gaul sebati guna ballon whisk je.
Biarkan jap selama 10 minit pastu dah boleh goreng dlm frying pan sampai masak.
Hidanglah dengan maple syrup ke or any jem ikut suka.

Selamat memasak.

Wednesday, August 18, 2010

Penantian Satu Penyeksaan






Tik..tok..tik..tok..
Urgh..betul lah kata orang penantian tu satu penyeksaan. Memang terseksa bonar aku ni.
Apa yang aku tunggu sebenarnya????
Apa lagi, bilalah nak keluar result HLP ni? Dapat ke aku sambung study? Kalau dapat kat mana? Kalau dalam Malaysia, senang citer tapi kalau kat luar, banyak benda nak kena prepare ni....

Thursday, August 12, 2010

Confession of a Baggaholic

Aku memang giler bag. Aku tak tau samada semua pompuan memang suka beli bag atau tak semua spesis yang sepesen ngan aku. Tahun ni je aku dah beli 4 bag. Tu pun masih ada lagi wishlist aku yang belum tertunai. Memula aku beli beg niLV Multicolour Ursula.

Memang bag idaman dan pojaan hati lah ni. Kononnya aku nak beli 1 bag for all ocassions. Boleh bawak gi opis, gi jalan-jalan. Tapi perasan aku je lah. Sah2 aku ni anak dah 3, kalau setakat gi opis tu tahan lagi lah, tapi kalau kuar jalan2 dengan 3 askar tu, tak ke calar beg aku ni. Dah le rabak poket aku nak beli beg ni. Sejak beli aku rasa baru 3 atau 4 kali je aku guna. Sayang beb. Pastu aku pikir, aku kena beli satu beg yang sesuai untuk gi opis je. Bag yang ni aku bawak gi jalan-jalan. So aku pun beli lah beg ni pulak:-

Pergh...santek kan? Kagum aku dengan diriku sendiri :)
Sejak dapat bag ni, aku pun belasah lah bawak gi opis. Tapi aku masih tak dapat beg yang sesuai untuk aku bawak kuar during weekend dengan 3 askar ku itew. So, aku beli bag ni pulak. Lama jugak dah mengidam bag ni:-

Ini kira beg idaman hati lah ni and kira pueh hati tul dapat memenuhi nafsu aku yang keberapa entah tu. Beg ni ada semua ciri2 yang aku nak. Tahan lasak, chic, modern, stylish dan bermacam-macam lah lagi kriteria yang aku sendiri tetapkan tuh. Tapi aku memang tak pernah puas. Yang ni fresh from oven, baru kuar nih. Beg ni dah lama aku usha tapi tak beli, tetiba ari tu gatal tul tangan mengorder from 1 of the online store di alam maya ni.

Oh tidak..., habis lari bajet aku tahun ni. Camana ni? Dalam pada tu, aku masih lagi menyimpan senarai beberapa ketul bag yang menjadi idaman kalbu:-

Adakah aku akan berpuas hati kalau aku dapat beli semua beg ni?????Aku pun tak tau.

Wednesday, August 11, 2010

Artikel Menarik Pasal Yahudi



Actually artikel ni dah banyak kali aku dapat dan aku baca cuma tak ikut je. Oh, don't get me wrong, what I mean by ikut tu bukan apa. Actually apa yang dipraktiskan oleh Yahudi ni memang benda yang baik cuma deme ni suka putarbelitkan fakta tu yang buat orang jadi konpius tu.

Kat bawah ni as usual aku cut n paste balik artikel yang aku baca tu.

Selama 8 tahun Dr. Stephen Carr Leon mengumpul data-data mengungkai jawapan kenapa bangsa Yahudi lebih bijak berbanding bangsa lain. Beliau membuat perbandingan antara bangsa Yahudi dengan bangsa dan kaum- kaum lain dari aspek kaedah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya Antaranya;

1. Ketika mengandung Janin, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano, menyelesaikan matematik bersama suami sehinggalah anak tersebut dilahirkan. Bertujuan mengasuh dan melatih otak anak dalam kandungan agar ia menjadi genius apabila dewasa kelak.

2. Selain daripada itu, sejak awal mengandung Sang ibu akan memilih diet yang menjana perkembangan otak anak dalam kandungan dengan mengambil pil minyak ikan, kurma, susu roti, isi ikan ataupun fillet (mereka percaya kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan), salad yang digaul dengan badam, kacang badam dan berbagai jenis kekacang

3. Elakkan daripada memakan ikan di samping daging kerana menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.

4. Mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. (mereka pulak yang Ikut Sunah Nabi)

5. Meskipun Yahudi pengeluar rokok terbesar tetapi mereka tidak merokok dan sangat dilarang kerana menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (bilangan perokok umat Islam sering meningkat dari tahun ke tahun)

6. Di tadika mereka, Pemakanan anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan kod (code oil lever) dari pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan biola, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat merangsang otak (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

7. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Kerana telah diasuh dari dalam kandungan anak- anak Yahudi dengan mudah menerima apa yang diajar. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, sukan sebegini melatih otak memfokuskan sesuatu perkara (tumpuan)di samping sebagai persiapan untuk perkhidmatan negara. (di Malaysia, sukan rempit amat popular di luar bandar dan banda di kalangan anak-anak Melayu)

8. Ketika di sekolah menengah, murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institusi tinggi di Politeknik dan Universiti.

9. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta reka bentuk Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti perniagaan dan fesyen.

10. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! (kebanyakan orang Melayu yang gagal dalam hidup adalah /jarang tidak menunaikan solat)

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan perniagaan jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell komputer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah.

Fikir-fikirkanlah....

Keajaiban Dunia

Sedang sibuk aku men"google" tetiba aku terjumpa artikel ni. Apa bendenya ni ek? Memang cantik dan menakjubkan tapi agak creepy sebab benda ni di panggil "Great Blue Hole" dan merupakan lubang dalam laut yang terbesar di dunia.

Kat bawah ni aku cut n paste je dari artikel tu :-

Jika anda pernah datang ke pantai Belize, tidak lengkap sekiranya anda tidak mengambil kesempatan tersebut untuk melawat Great Blue Hole. Great Blue Hole merupakan salah satu keajaiban alam semulajadi. The Great Blue Hole terletak di Belize Barrier Reef Reserve System, jaraknya kira-kira 60 batu dari Belize City. Ia merupakan lubang di dalam lautan yang paling besar di dunia! Kedalamannya sekitar 125 meter dan lebarnya sekitar 300 meter. Lubang ini dibuat disebabkan peningkatan paras air laut 65,000 tahun yang lalu.
Great Blue Hole menjadi tarikan pelancong yang meminati aktiviti scuba. Terdapat beberapa buah gua di bawah lubang ini. Para penyelam juga tertarik dengan haiwan-haiwan dan juga hidupan-hidupan yang tidak terdapat di tempat lain. Hanya terdapat di tempat ini sahaja.
 Huh, memang menakjubkan ciptaan Tuhan ni. Kalau pun satu hari nanti aku pandai menyelam, tak berani aku nak menyelam kat sini. Apa pun, inilah ciptaan Tuhan yang tiada tolok bandingnya.