Pages

Friday, April 29, 2011

Dapat Hadiah

Ni entry tertangguh lagi sebenarnya.


To cut short, terima notis dapat parcel ni kira2 1 minggu 5 hari yang lepas (nak jugak letak detail sebab kalau tak nanti cam tak logik sebab kalau dah 2 minggu parcel ni kira dah pulang balik kat pengirim sebab tak tuntut). Tapi sebab banyak je agenda tersendiri maka asyik tertangguh je nak ke Pejabat Poslaju kat Bangi tu untuk ambik parcel ni. So at last berkesempatan gak gi ambik and dah tau sapa yang kirim sebab dah di beritahu nak hantar barang so tak surprise tapi apa isi barangnya memang surprise.

Dapat je barang, tak sempat toleh kiri kanan terus bukak parcel..memang pompuan, jenis over excitedkan bab2 dapat benda free ni.

Hadiahnya ialah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Perfume Woman of Earth Avon dari Blogger Ardini Humaira. Thank you lah Dini sebab berjaya membaca isi hatiku yang tengah berkira-kira nak beli perfume sebab stok dah nak habes. 

Sedap jugak bau perfume Avon ni. lagipun free kan, mesti wangi punya, yang penting tak payah beli sebab banyak lagi benda yang kena menabung nih.....

A Picture Is Worth A Thousand Words



In this case...I'm speechless.

Tuesday, April 26, 2011

2 Kangaroo

Semalam En. Hubby cuti, so turn dia lah ambik the girls from nursery dan aku straight ambik Aliff. Dalam perjalanan tu kepala otak duk berkira-kira nak wat apa untuk potluck farewell Intan esok. Sampai rumah MIL tetiba dapat lampu nak buat Red Velvet Whoppie Pie tapi tetiba teringat shortening tengah duk mengeras dalam fridge. Tu kalau lambat keluarkan, alamatnya memang esok pagi lah baru boleh buat whoppie pie. 

Since En. Hubby dah ada kat rumah so aku text dia:

Aku : Tolong keluarkan shortening dari dalam fridge tu. Bungkusan dalam plastik ada tulis shortening kat depan bungkusan tu..(explaination kena bagi full, karang benda lain yang keluar..)

Hubby : Ok. (Ok je...macam tu lah kan ...)

Tetiba....

Hubby : Ada 2 Kangaroo.

?????? Kangaroo?? Apakah? Adakah sesapa nak hantar barang misteri kat aku, sekali dua pulak tu..(sebab kan ada kurier servis jenama Kangaroo...so aku tak lah ingat benda lain..kan mak suka nau belanja online ni..tapi aku tak ingat pulak aku ada beli apa2)

Aku : Apa tu?

Hubby : Hahaha..ada 2 kan?

Aku: Ya, keluarkan 1 je (pastu message tak go thru sebab line Celcom bengong tak bagi aku top up...urgh..jiwa kacau terus)

Balik rumah aku tanya dia apa yang 2 kanggaroo?

Hubby: Hehe..I nak taip 2 kan? Tapi BB ni terus automatik eja kanggaro and I pun terus send kat you.

Aku : Ler....

Itulah masalah nya guna tepon pintar yang tak berapa nak pintar ni. Asal kita baru nak taip je, dia pulak sibuk2 nak eja kan untuk kita. Ingat kita tak tau eja ke? Kan dah mengkonpius kan aku kejap. Musnah harapan ingat dapat hadiah free ke tadi..cis..potong betul.

Monday, April 25, 2011

Aku Bukan Orang Minyak


Aku malas sebenarnya nak citer pasal minyak ni sebab menyakitkan hati je bila tengok nombor yang mencanak2 je lajunya ala2 orang main jackpot je kalau isi penuh tank. Kalau dulu full tank baru RM80 bagi tanki kereta Nabira aku tu. Tapi masa tu, aku rasa aku tak ingat pulak ada Ron 95 ke Ron 97 ke yang aku tau Bangla tu akan tanya "Baru ka lama?". Itu kalau kat Shell atau Petronas, tapi kalau Caltex "Biru ka Ungu" Aiyak...lagi kelabu asap aku jadinya...itupun kalau tak silap akulah kaler2 minyak kat Caltex tu.

Tapi akhir2 ni sejak subsidi minyak dikurangkan dan timbul pulak Ron95 lah 97 ni, full tank keta aku kalau pakai Ron97 boleh cecah RM160 kalau betul2 kosong. Tengok tu..gila punya naik, double tu. Tapi kalau aku pakai minyak Ron95 mungkin kurang sikit. Aku pulak memang tak suka pakai Ron95 ni ..bukanlah nak berlagak, tapi kalau pakai Ron95 ni keta aku jadi berat dan slow giler. Tapi kalau pakai Ron97 ni baru berdesup poinye....

Baru2 ni hubby suruh cuba pakai Ron95 yang baru. Aku memula malas nak cuba tapi masa singgah Petronas hari tu, memang ada minyak Ron95 je, so nak tak nak, kena gaklah isi sebab lampu merah dah menyala tak berenti-renti. Silap2 mau aku kena tolak keta balik rumah pulak..itupun kalau selamat sampailah. Anyway, aku nak citer kali ni Ron95 ni tak mengecewakan aku. Apa yang aku jangka meleset sama sekali..cewah. Masa start keta aku dah jangka yang keta aku akan jadi berat dan slow macam biasa bila pakai Ron95, tapi kali ni aku rasa sama macam aku isi Ron97. Tak ada beza...keta aku power ranger macam biasa..cewah..powerlah konon. Main point is, betul lah ada improvement pada minyak Ron95 yang baru ni. Nak baca lebih lanjut, aku dah kopipes berita kat bawah ni.


KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Berhad memperkenalkan petrol terbaharu di pasaran iaitu Primax 95 Xtra bagi menggantikan petrol RON 95 yang menjanjikan pemanduan lebih kilometer dan berkuasa unggul.Produk bahan api terbaharu daripada Petronas itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis meriah yang turut diserikan dengan konsert Twin Towers @ Live 2011 yang diadakan khusus untuk pemegang tiket perlumbaan Formula Satu (F1) di pekarangan Menara Berkembar Petronas di sini malam tadi.Minyak petrol Primax 95 akan menggantikan RON 95 di pasaran mulai hari ini di lebih 955 stesen minyak Petronas di seluruh negara.Antara keistimewaan minyak tersebut ialah ia berupaya memacu kenderaan lebih jauh bagi setiap liter berbanding penggunaan petrol RON 95 yang lama.
Petrol yang berasaskan teknologi perlumbaan kereta F1 itu juga bakal memberi lebih kuasa kepada kenderaan serta membersihkan enjin pada setiap masa.Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Amir Hamzah Azizan berkata, produk itu merupakan hasil kajian dan penyelidikan dua tahun Petronas berdasarkan penglibatan syarikat itu dalam perlumbaan F1 selama ini.

So sekarang baru boleh senyum isi minyak sebab full tank dengan Ron95 baru RM100. Berbaloi? Memang berbaloi.
Nota kaki:-Harga lama – Petrol RON 95 – RM1.85 seliter. Naik 5 sen Berkuatkuasa 4 disember 2010.
Harga lama – Petrol RON 97 – RM2.15 seliter. Naik 15 sen < harga baru RM 2.30 > berkuatkuasa 1 disember 2010.

Sunday, April 24, 2011

Halal Logo



Shopping with the kids nowadays are more challenging yet educative experience. Last night I went to Giant with the kids to buy some preparation for their lunch box tomorrow. As we walk the row, I started with Heinz Barbecue Sauce. Suddenly lil Lissa shouted "Umi..takde Halal logo". Ooops...ok my mistake. (She learn this after her Montessori Class asked the students to bring food from home with halal logo to promote halal food).

This Halal Logo thing continue for every food that I pick. In the end all our food in the trolley has the Halal Logo on it. Everybody "puas hati". At the counter, suddely Dalea asked me " Umi, baju Dalea pakai ni ada Halal Logo tak?" Aiyak...baju mana ada Halal Logo. Hmmm...something to ponder.....



Saturday, April 23, 2011

Sedapnya Donut

Semalam aku buat kunjungan hormat ke Jusco Balakong. Nasib baik pukat aku berlubang kalau tidak mau berbakul hasil tangkapan. sementelah gaji pun belum lagi, tapi sempat lah mengira-ngira apa yang nak dirembat bila dapat gaji nanti...keji sungguh..bila lah nak insaf aku ni.

On the way balik singgah jap kat J.Co. Aku memang jarang makan donut J.Co ni lagipun kat Kajang ngan Putrajaya ada Dunkin Donut ngan Big Apple je.  Tapi sejak ada Big Apple ni kunjungan ke Dunkin Donut pun makin kurang. Aku pun tak ambik pot sangat flavour donut J.Co ni sebab aku tengok menu dia lebih kurang je ngan Big Apple cuma nama je lain sikit.



Aku beli 6 biji as usual sebab rakyat jelata tak ramai kat rumah kan. Pastu aku beli dia punya Mocha Ice Blended.


Yang stawberry dengan white choc tu pun sedap sebab dalam dia ada cream cheese.

Rupanya kalau beli air dia bagi free donut and donut yang dia bagi nama dia Glazzy. Dalam kepala aku duk pikir dapat pulak lagi seketul, berapa banyak nak makan donut ni. Dalam keta aku terus ngap si Glazzy ni. Pergh...rasa satu macam lah. Heaven giler..macam makan Cotton Candy, rangup kat luar, hilang je bila masuk dalam mulut. Serius lembut and serius sedap giler. Aku rasa lagi sedap dari yang  letak macam2 topping tu. Terus rasa menyesal sebab tak ambik si Glazzy ni tadi.

Rupa paras memang simple, natural beauty tak mekap pun. Tapi rasa memang bang..bang..boom.

Paling tak boleh blah dia punya tag line.. memang mengancam kolbu. Terus buat aku rasa nak repeat order. Macam dah kena mandrem lah pulak, macam terasa-rasa je kat tekak ni. Haih..esok mau menjadi ni.

Friday, April 22, 2011

Ini kerja kau ye...

Raising my two girls I never have to worry about my wall being the canvas of their artistic imagination. But with this little boy....look what he did quietly while we thought he was playing with the toys upstairs and never answered when I called him so many times..(usually he did make some sound)


l/./


Hye lah Aliff, cat kat dinding ni bukan jenis yang boleh lap2 tu nak oii...nasiblah nak kena tinggal pun rumah ni, jawabnya tahun depan lah baru boleh cat.

Nak Bagi Free Ni..Cepat-Cepat

Salam pagi Jumaat semua,

Di pagi Jumaat yang mulia ni nak buat sikit sedekah amal jariah yang tak seberapa. Sesapa yang ada anak dan nak beli mainan Fisher Price, silalah melapor diri di kaunter pengawal (di ruangan komen) untuk dapatkan baucer RM50 untuk beli barangan Fisher Price ni di mana-mana outlet Mom's Care ye. 

Cepat2, validity voucher until 31st May 2011 sahaja.


Wednesday, April 20, 2011

Wordless Wednesday #3




Tuesday, April 19, 2011

Relax Kejap

Aku banyak keje, tapi otak aku kena direhatkan sekejap dari berlari mencecah 180km sesaat. Wah..dahsat...
Cara nak rehatkan otak....kita baca email jap. Eh, tetiba terbaca email Rita dan aku gelak sorang2 depan PC macam orang gila. Nasib baik pon duduk sorang2, kalau ada roomate mau lari dia dibuatnya.

Ok, peringatan, sila jangan baca kalau bladder tengah penuh dan makcik tandas tengah sibuk mencuci lantai toilet tu, mau ada yang tersungkur karang....



The following questions were set in last year’s GCSE examination in England.
These are genuine answers from 16 year olds, not very bright, but entertaining.


Q. Name the four seasons
A. Salt, pepper, mustard and vinegar

Q. Explain one of the processes by which water can be made safe to drink
A. Flirtation makes water safe to drink because it removes large pollutants like grit, sand, dead sheep and canoeists

Q. How is dew formed
A. The sun shines down on the leaves and makes them perspire

Q. What causes the tides in the oceans
A. The tides are a fight between the earth and the moon. All water tends to flow towards the moon, because there is no water on the moon, and nature abhors a vacuum. I forget where the sun joins the fight.

Q. What guarantees may a mortgage company insist on
A. If you are buying a house they will insist that you are well endowed

Q. In a democratic society, how important are elections

A. Very important. Sex can only happen when a male gets an election

Q. What are steroids
A. Things for keeping carpets still on the stairs

Q. What happens to your body as you age
A. When you get old, so do your bowels and you get intercontinental

Q. What happens to a boy when he reaches puberty
A. He says goodbye to his boyhood and looks forward to his adultery

Q. Name a major disease associated with cigarettes
A. Premature death

Q. What is artificial insemination
A. When the farmer does it to the bull instead of the cow

Q. How can you delay milk turning sour
A. Keep it in the cow

Q. How are the main 20 parts of the body categorised (e.g. The abdomen)
A. The body is consisted into 3 parts – the brainium, the borax and the abdominal cavity. The brainium contains the brain, the borax contains the heart and lungs and the abdominal cavity contains the five bowels: A, E, I, O and U
Q. What is the fibula?
A. A small lie

Q. What is the most common form of birth control
A. Most people prevent contraception by wearing a condominium

Q. Give the meaning of the term ‘Caesarean section’
A. The caesarean section is a district in Rome - Ini memang tak boleh blah.

Q. What is a seizure?
A. A Roman Emperor.

Q. What is a terminal illness
A. When you are sick at the airport - Apakah???

Q. What does the word ‘benign’ mean?
A. Benign is what you will be after you be eight

Q. What is a turbine?
A. Something an Arab or Shreik wears on his head - Turban lah ngok

Girls Day Out

Ini kira entry tertangguh. Hari kejadian adalah masa cuti sekolah yang lepas. Time tu aku tengah berhempas pulas di pulas dek Puan X untuk Kursus jangka pendek yang agak panjang tu. Memandangkan kursus tu aku tak boleh cuti maka ayahnya je lah yang cuti bawak budak dua orang tu berjalan. Si tecik Aliff of course kena tinggal sebab ayahnya tak boleh nak handle 3 orang sekaligus.

Since cuti pun tak panjang, so diorang gi Pusat Sains Negara je. Hm..cuti pun kena buat benda yang berilmiah kan bebudak sekarang. Tapi ok lah Pusat Sains ni quite interesting, ala2 Petrosains jugak cuma lebih murah...hehe....
Menarik jugak kalau tengok pemandangan kat sini. Aku pun belum pernah lagi jejak kaki ke situ.





Ni mesti kena paksa berposing dek ayah dia. Si Dalea memang susah di ajak bergambar. Yang si Lissa pulak ikut mood.

Kalau zaman aku sekolah dulu benda2 ni boleh jumpa kat makmal sekolah je lah. Sekarang ada banyak alternatif kalau nak belajar.








Overall, kira happy lah bebudak dua orang ni. Ada lah aktiviti nak report kat sekolah bila cikgu tanya..."Cuti sekolah buat apa?"  Kalau dulu2 mesti jawab.."Balik kampung". Tak pun main masak2 je. Bebudak sekarang yang lebih advance "Saya pergi holiday kat Disneyland". Paling koman bole lah jawab "Pergi Pusat Sains". Hm..kecik2 dah kena compete kan.


Monday, April 18, 2011

The Power of Play




Sabtu lepas adalah hari sibuk sedunia....hehe..aku lah yang buat-buat sibuk. Pepagi aku dah ke Empire Hotel Subang sebab nak attend Fisher Price 'Power of Play' Parenting Workshop Press Conference. Aku dapat invitation dari Advertlet. Time kasih lah Advertlet sebab sudi jemput aku.

Bagi mak-mak macam aku ni mesti lah kenal jenama Fisher Price ni kan. Bagi yang tak tau, meh nak citer sikit. Fisher Price (FP) ni diasaskan oleh Herman Fisher, Irving Price dan Helen Schelle. Diorang bertiga ni memula produce 16 jenis permainan dari kayu (wooden toys lah) dan diorang bawa ke International Toy Fair kat New York. Sejak tu, barang permainan ciptaan diorang ni kira femes lah serata dunia.

So, hari Sabtu lepas, FP buat satu workshop untuk parents gunakan pendekatan melalui permainan untuk develop or stimulate the brain of their children, especially untuk bebudak dari 0 - 3 tahun. 

Yang tengah berucap ni, Ms. Wong Lai Kwan, Brand Manager of Mattel Southeast Asia Pte. Ltd.
Tahun 1969, FP ni dibeli oleh The Quaker Oats Company (Macam takde kaitan kan Oats dengan FP ni tapi lama gak diorang ni bersama, dekat 20 tahun lah sampai FP ni jadi public listed company) Tapi sekarang FP ni dah bergabung dengan Mattel, jadi subsidiari milik penuh Mattel dan jadi leader dalam produk permainan kanak-kanak.


Ha, pompuan mat saleh rambut blonde yang comel ni Ms. Carrie Lupoli, founder of Live & Learn (Singapore).
Dia lah yang lead workshop ni. Workshop ni start at 1.00 pm until 4pm. Yang ni aku tak dapat attend sebab aku ada workshop aku sendiri pulak. Cewah..orang buat workshop, aku pun sibuk jugak. Nak info lanjut pasal workshop aku boleh tengok kat SINI.

 Anyway, Carrie ni memang pandai bebenor lah bercakapnya..udah itupun kerja dia kan. Tapi memang banyak lah info berguna yang dia sampaikan hari tu. Among all dia cakap, kita ni selalu sangat terikat dengan teori  dan bukan praktikal. Sampaikan nak ajar anak 1,2,3 pun kita cuma guna flash card (which is sort of memorizing), tapi kita tak pernah nak ajar anak 1,2,3 in a more fun way...sort of like playing (contoh instead of showing the flash card, why not we put the real say apple in few numbers so that they can at the same time learn to touch the texture, the colour and the taste of a real apple). Sebab dia kata pada usia 0 - 3 tahun adalah tahun-tahun kritkal otak anak-anak ni berkembang dan connected dengan surrounding. Setiap baby yang lahir, dia punya brain is just like a hard disk but the software tu kita yang kena install progessively.

At this age, our kids job is actually playing cuma sometimes our education system lebih kepada teori. Kalau di Barat, untuk bebudak umur macam ni or even older, their approach is more relax and fun. Almost everyday is a playtime but they learn things logically.


Ini pulak staff FP tengah demo each and every toys punya kegunaan untuk setiap peringkat umur kanak-kanak.


Sesi soal siasat. Aku ada gak tanya soalan time ni.



Last but not least, kenalah bergambar ngan speaker ni kan, bukti ni. Tapi apasal lak baju aku macam senget sebelah ni..musykil pulak. FP / Mattel dalam perancangan nak buat lagi workshop macam ni in the future, so to all mommy out there, kalau ada workshop macam ni jangan lepaskan peluang. Memang banyak yang kita boleh belajar. At least we know how to spend quality time with our kids selain duk supervise diorang dengan homework..homework..homework.. lama2 anak pun jadi macam robot.

Boleh check updates and info kat SINI jugak.





Another best part is the goodie bag from Fisher Price lah. 

Wednesday, April 13, 2011

Wordless Wednesday #2


Wednesday, April 6, 2011

Wordless Wednesday