Pages

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Simple Buka Puasa

Huh..pejam celik pejam celik, pejam lagi tup tup dah masuk 15 hari rupanya kita puasa kan. Rasanya tahun ni memang masa makin cepat berlalu. Selalunya aku sempat lagi nak menghitung hari, kali ni tau2 je dah setengah bulan puasa. 

Anyway, bulan2 puasa ni teringat masa puasa kat London last year. 1st time puasa selama 17 jam. Berbuka dekat pukul 9 malam, sahur pulak dalam pukul 2 ke 3 pagi. Walaupun macam tu, suasana puasa kat sana still meriah, walaupun takdelah Bazar Ramadhan atau jualan baju2 raya ke apa, tapi majlis buka puasa tetap ada. Kengkadang tu dah macam kenduri pun ya. Again, masa tu aku kira full time house wife, so every time nak berbuka macam2 lah masakan yang aku nak masak. Maklumlah, waktu puasa panjang sangat, sampai ke malam, maka banyak lah makanan yang boleh di masak. Tapi yang peliknya, masa kat sana, hari2 nak masak masakan Malaysia, tapi bila dah duduk Malaysia ni, hari2 nak masak omputeh je sebab mudah dan ringkas. Macam-macam lah kan.

By the way, bila masuk bulan puasa ni, ramai lah umat manusia yang berduyun-duyun balik time yang sama, maka semakin sesaklah jalan nak balik ke rumah. Kalau aku keluar office pukul 5 tepat, dalam pukul 6.50 petang baru sampai rumah. Hazabnya lah menempuh jem bulan2 puasa ni. So for the 1st 1 week memang makan lauk Param je lah (Pasar Ramadhan). Tapi lepas pihak PLUS buka laluan kontra setiap petang ni, barulah bernafas sikit. So, kalau keluar office pukul 5, paling cepat aku boleh sampai rumah pukul 5.50 petang. Lepas ambik bebudak kat nursery, mandi dan siap itu ini bagai, boleh lah start masak pukul 6.30 petang. Disebabkan cuma ada kurang dari sejam je nak masak, maka lauk yang paling cepat mestilah lauk2 omputeh ni kan. Lagipun, ah kak bukannya ada maid nak tolong pesiapkan segala rencah bagai, semua nak kena buat sendiri, maka kita makan ala kadar je lah. Nasib jugak bulan2 puasa ni en. hubby memang tak mau makan nasi..diet katanya and anak2 of courselah memang jenis kurang sangat bab2 makan ni, so, senanglah sikit nak mencarakan menunya. Diorang ni kalau dapat minum air satu jag pun dah ok.

Hokay, kat sini kita selitlah sikit menu2 ringkas yang boleh di cuba kalau berminat.


Fried Seafood Fettuccini

Ni kalau ikut resepi asalnya guna spaghetti, tapi sebab stock fettuccini je yang ada, belasah je lah. Kalau nak pakai pasta jenis lain pun boleh je.

Fried Seafood Fettuccini (Nama Asal: Spaghetti Semarak Cinta.....boleh gitew..awww)
Sumber : Buku Makan Malam Romantis (Haha..tajuk buku tak hengat) 

Bahan-Bahan:-

Sedikit minyak zaitun (minyak biasa pun boleh tp kurang kick)
4 ulas bawang putih di cincang
1 labu bawang holand di hiris
5 kuntum cendawan butang (yang dlam tin)
1 sudu teh herba thyme (boleh je ganti dengan apa yang ada ie. oregano, basil, etc)
3 biji cili merah dicincang (ai buang bijinya)
1 sedu teh serbuk pati ayam
1 tun tuna mayonis
1/2 paket spaghetti direbus (ikut kadar keramaian rakyat jelata dlm rumah masing2)
1/2 biji lemon
1 pokok daun saderi atau daun sup di hiris

Cara :

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan cendawan butang, herba thyme dan cili merah, kacau rata.
3. Masukkan serbuk pati ayam, kacau hingga cendawan layu. Padamkan api dan ketepikan.
4. Gaulkan tuna mayonis dengan spaghetti dalam mangkuk berasingan hingga sebati. Kemudian, masukkan bahan tumisan tadi, kacau rata.
5. Perahkan lemon dan hias dengan daun saderi.

Ok, dah siap untuk di makan. Kalau nak tambah udang ke sotong pun boleh je. Macam aku masak ni letak segala udang ngan sotong. Cara sama je, tumis udang ngan sotong dulu, baru masak cendawan.

Hokay, esok2 kita share resepi lain pulak ek. Ai nak masuk tido dulu, kejap lagi nak bangun pulak bersahur.


Tuesday, July 23, 2013

The Arrival of Little Prince of Cambridge


 

Silver is a traditional present for a newborn as it's supposed to bring the baby good luck and good fortune and, with the arrival of the little Prince of Cambridge, the Royal Mint is going to share the historical event with other mums and dads around the UK.

The Royal Mint has commissioned 2,013 silver coins which will be given to babies born on the 22nd July 2013, the same date as the Duke and Duchess of Cambridge's little boy. Each of the coins is presented in a blue or pink pouch and inside there's a card, saying: 'Solid sterling silver good luck penny'.

What an amazing gift for a newborn - a lucky silver royal penny!

If you, or someone you know, gave birth on July 22nd, then visit Facebook.com/theroyalmint to set a Virtual Penny reminder so that if they do give birth on that date, they can claim their lucky penny!

Sumber :  http://www.goodtoknow.co.uk/family/538551/newborns-sharing-royal-birthday-to-get-silver-gift

Pergh..untunglah kalau ada baby yang lahir sama dengan tarikh lahir anak Duke and Duchess of Cambridge ni kan. Rasa macam cerita dongeng si pari-pari pulak hihi....

Tak Sudah Sudah

Ish...malas betul nak citer tapi kalau tak citer rasa berbuku je dalam hati. Nak pulak time bulan2 posa ni, lagi lah menduga tahap kesabaran aku yang lagi nipis dari kulit bawang tu. 

Anyway, ni bukan cerita pasal orang, tapi pasal gajet.  Baru bulan lepas aku beli handphone baru sebab phone Nokia N70 aku tu kira dah obsolete ler kan. Memory pun cukup2 makan je, nak download apps, memanjang tak cukup space. Tapi still boleh guna sampai ke hari ni, dah dekat 3 tahun lebih dah pun umurnya. Sebenarnya phone hunting ni dah lama dah cuma tak jumpa lagi phone yang sesuai. Akhirnya setelah bermacam review aku baca, aku decide nak beli S4. Bila sampai kat kedai, mulalah rambang mata lagi sekali. Kejap nak S4, kejap nak Note II, kejap nak iPhone 5, aku pun dah naik pening. Tetiba nampak lah Sony Xperia Z ni. Huh, memang nampak lebih mantop dan mengancam compared to S4. Comparatively pun tak ler banyak beza sangat features2 deme berdua ni. Last2, aku jatuh hati gak kat Xperia Z ni.

Canggih kan, very slim and physically macam iPhone 5 sikit2. Tapi yang paling aku suka, gambar dia memang terbaek. Sangat2 sharp dan kalis air lagi hihi...

Ni kalau nak bawak mandi pun kira boleh, janji ko tutup semua lubang2 yang patut di tutup. Semua apps pun sangat user friendly. Sekejap je dah boleh master.

So bermulalah episod hidup aku yang baru bila guna smartphone ni. Ha..barulah semua informasi di hujung jari kan. Kalau tak, nak tengok FB ke email ke, gi lah mengadap laptop atau iPad..haha...gila kampung. Tapi rupanya panas tak sampai ke petang. Minggu lepas, phone ni tetiba mampus, diam. Aku dah cuba power on macam instruction dalam manual tapi still tak boleh nak on. Nak pakai balik Nokia lama tu, sim card aku dah kena potong kecik sebab phone2 zaman moden ni semua pakai micro sim. Adus....rasa terhenti dunia maya aku kejap. Itulah penangannya bila hidup duk bergantung kat teknologi. Bila rosak sekejap, habis semua jadi jem.

Anyway, esoknya jugak aku gi hantar repair kat Sony Service Centre, PJ. Dia kata kalau software je rosak ambik masa satu hari. Since aku sampai sana dah kul 4, soheh lah takkan dapat itu jam. Kena lah tinggal. Huhu...lagi lah berat. Nak ke PJ tu pun dah lah satu hal jauh, dengan jemnya. Itupun aku gi naik motor ngan en. hubby. Sempat lagi bershopping karpet ngan baju sebelum balik (tetiba..gila besar punya nafsu) and yet still sempat round Pasar Ramadhan kat rumah. Kalau naik kereta rasanya mau aku buka togok air liur je dalam kereta.

Now, dah hari Rabu. Last aku call tadi diorang kata software and battery ok, so diorang akan tukar motherboard. Tu dia. Apakah kesnya sampai motherboard yang rosak. So aku rasa ni factory defect lah, bukan salah aku sebab aku belum lagi rasanya bawak phone tu gi mandi dalam bilik air walaupun ala2 kalis air kan. Tak pun download apps yang tak senonoh ke, semua yang berilmiah je hihi....Neway, diorang kata by today motherboard sampai, so paling awal hari Khamis baru siap. Huuuu......jeran2. Soheh kena ambik cuti pulok kalau nak gi ambik phone tu. Tapi ok gak, boleh repeat lagi shopping kat Amcorp Mall tu, banyak baju kurung cantik2 and harga pun boleh tahan gak, murah..hihihi.......



Wednesday, July 17, 2013

Pricey Lesson

Hmm....lesson learned..lesson learned. Padahal bukannya kali pertama pakai pun, anak dah masuk 4 pun, tak pandai2 lagi. Hik..hik...mungkin yang dulu2 tu cap ayam je so kena yang mahal pun pakai bedal je. Actually I'm talking about my Medela Freestyle yang sakit hari tu. Sekarang dah tak sakit. Dah pulih sepenuhnya sebab dah ganti spare part baru. What I mean by pricey lesson is the price for spare part je RM850 (bateri plus litar motor). Huhu....nanges keluar duit. Tu lah next time I will make sure that all part are dry before start pumping. If not air akan masuk thru tubing dan masuk ke dalam motor dan merosakkan motor and the battery.

Actually very simple cuma dulu2 pakai pump manual so memang tak de hal sangat. Lepas tu pakai Avent walaupun electric tapi takde tubing2 macam Medela ni. Again, dulu tak power pumping macam sekarang. Bila pakai Medela ni aku pun belasah je macam pakai pump yang lain, habis ler dah masuk air rupanya motor pump tu. 

Okay, setelah RM800 melayang, barulah pandai nak jaga betul2, kalau masuk hospital lagi huh..parah, rabak lagi poket. Itupun untunglah akak yang jual tu ada after sale service yang baik. Kalau tak, kena bayar lagi mahal kalau hantar kat Medela Service Centre sebab beli tak thru diorang kan.

Hmmm......kuranglah sikit bajet Raya tahun ni..:(

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan Al Mubarrak




Salam Ramadhan,

Alhamdulillah, tahun ni Ramadhan bertandang lagi dan syukur pada Allah kerana memberi kesempatan kepada aku untuk bersama-sama melipat gandakan amalan di bulan yang mulia lagi berkah ini.

Ish..tetiba ayat2 syahdu lah pulak. Bukan apa, last year aku sambut Ramdhan dan Aidilfitri di perantauan. Nasib baik dah ada family sendiri, tak lah rasa syahdu sangat. Tapi kalau kena sambut masa zaman2 student dulu, mau melalak jugak lah. Maunya tidak, dah lah tak pandai masak, mesti nangis sebab tak dapat nak makan ketupat dan juadah2 yang sewaktu dengannya.  Tapi tu dulu lah, sekarang dah terrer..buat kenduri pun boleh  hihi...

Anyway, bulan Ramadhan ni sepatutnya menjadi bulan yang produktif pada kita bukan bulan yang mandom lagi malap. Sebab seperasaan aku, bila time bulan puasa je semua benda jadi slow. Tapi kalau time Raya, sampai tak cukup lah sebulan tu, hari2 ada majlis sana sini. So, kepada semua, semoga di bulan yang mulia ini, segala amalan dan pekerjaan yang kita lakukan mendapat keberkatan yang berlipat-lipat ganda. 






 Kepada yang terlupa niat puasa, meh tengok sini..