Tuesday, January 11, 2011

Kurikulum Standard Sekolah Rendah a.k.a KSSR


Seminggu dah berlalu dan minggu ni Dalea memulakan hari-hari persekolahan on her own. Tahun 2011 ni merupakan perintis kepada sistem Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR. Kalau zaman aku kecik2 dulu, aku lah batch perintis untuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah atau KBSR. Tahun ni giliran anak aku pulak. Hm..so ironi. Memandangkan diorang ni kira perintis, yang untungnya setiap tahun diorang ni akan dapat buku teks yang baru2 je.

Anyway, ramai lagi parents dan even cikgu-cikgu yang agak kabur dengan KSSR ni. Walaupun aku bukan cikgu, tapi dari taklimat yang aku dengar hari tu dan info dari kengkawan, aku mula faham sikit2 KSSR ni. KSSR ni merupakan penambahbaikan kepada sistem KBSR. KSSR ini akan dijalankan secara berperingkat dan dimulakan dengan Tahun 1, 2011. So bebudak yang Darjah 2 tahun ni akan ikut sistem KBSR.

Melalui KSSR ni, jumlah masa yang di peruntukkan untuk pengajaran / pembelajaran ialah 1380 minit seminggu iaitu 30 minit untuk setiap satu waktu. Pada masa yang sama, setiap sekolah perlu memilih untuk melaksanakan pembelajaran Bahasa Asing contohnya Bahasa Arab, Mandarin, Tamil, etc dan sekolah Dalea ajar Bahasa Arab sebagai Modul Elektif mengikut kepakaran sekolah masing2 disamping Modul Teras dan Modul Teras Tema iaitu Muzik, Sains & Teknologi dan Seni Visual. 

Kalau zaman KBSR kita hanya diperkenalkan kepada sistem 3M iaitu membaca, menulis dan mengira tapi melalui KSSR ni ada tambahan 1 M lagi iaitu menaakul. Bukan cangkul ya, menaakul ni macam berfikir secara kritis dan logik.

Mengikut pemahaman aku, (kalau salah..Tolong Ingatkan Aku!..eh, silap tolong betulkan) setiap modul yang diajar kepada bebudak ni akan di terapkan elemen 4 M ni beserta elemen merentas kurikulum (EMK) iaitu keusahawanan, kreativiti dan inovasi dan teknologi maklumat & komunikasi serta aspek kerohanian, sosioemosi dan nilai murni. Secara idealnya, KSSR ni seumpama long life learning, penyediaan asas di peringkat awal (early stage) sebagai persiapan mental untuk menjadi anak bangsa yang sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran dan berani melontarkan idea yang kreatif dan inovatif serta mempunyai jati diri yang unggul sebagai rakyat Malaysia..cewah.. 

Apapun, semoga setiap usaha murni ini akan membuahkan hasil yang menguntungkan kepada semua pihak dan tidak terhenti di tengah jalan.


1 tengah makan stoberri:

tiefazatie said... [Reply to Comments]

salam sis..
so sori..ifa bz jln2..
so wat n3 nie lambat lak..

http://tiefazatie.blogspot.com/2011/01/barangan-avon-yang-best.html

tq sis!

Post a Comment