Friday, January 28, 2011

Kalaulah Aku Ada Empat Mata

Aku bukanlah dibesarkan dalam keluarga yang suka membaca. Bahan bacaan paling koman pun kat rumah masa kecik2 dulu hanya lah surat khabar, paling tidak pun majalah Keluarga ke Famili ke untuk mak aku tengok resepi kat dalam tu.

Bahan bacaan aku pulak hanya lah buku teks sekolah. Itu pun sebab kena baca untuk buat homework. Perpustakaan pulak bukanlah tempat kelaziman malah dah macam tempat yang sungguh alien bagi aku. Percaya atau tidak..aku sendiri pun macam tak percaya...seingat aku cuma 2 kali je aku jejakkan kaki ke library sekolah masa aku Form 5 ..padahal nak SPM tahun tu. Dah lah library tu paling hujung dan kat tingkat paling tinggi sekali....(alasan baek punya). First time pergi aku sampai sesat..sesat dalam sekolah sendiri..boleh gitew???

Tapi sekarang, sejak usia semakin dewasa..cewah..aku mula berusaha dengan gigih..eh..ok..untuk rajin membaca. Tapi sebab aku ni kira late bloomers kan..ye lah..orang dah lama suka membaca, aku baru nak start enjin...aku masih dok tercari-cari bahan bacaan apa yang aku nak baca. Kalau ikut pepatah..Membaca Jambatan Ilmu..mesti lah aku kena baca buku2 ilmiah kan? Tapi bab nak membaca buku2 ilmiah ni yang den lomah ni. Kalau baca buku cerita Fiksyen pulak, adakah ia akan menambahkan ilmu di dada atau buat aku jadi orang yang lagi kuat berangan ????

Tapi setelah aku duk perati orang-orang dan kengkawan di sekeliling aku yang memang suka membaca ni, aku dah buat satu kesimpulan, tak kisah lah apa jenis pun bahan bacaan yang kita baca, kalau tak banyak, sikit mesti akan menambah ilmu tertentu. Kalau suka baca buku fiksyen, mungkin bukan lah ilmu alam semesta yang bertambah, tapi boleh memperbaiki kita punya tatabahasa, gaya penulisan, daya imaginasi dan macam2 lagi lah. Benda ni aku cuba praktikkan untuk anak2 aku jugak.

Okeh, ini adalah bahan bacaan terbaru dan ada yang dah suam-suam kuku dalam list bacaan aku. Buku Malaysian Maverick tu aku masih gigih membacanya..walaupun kengkadang dah baca page yang sama 2 kali pun aku rasa macam belum baca lagi..camno tu? Buku purple tu buku persediaan untuk aku buat Master tahun ni. Dah lama aku beli tapi aku belum usik lagi. Pada masa yang sama aku teringin sangat nak baca buku Dr. Jekyll & Mr. Hyde tu, tapi tu lah orang tamak kan. Asal nampak semua nak beli, pastu terbiar lah buku tu macam anak terbuang. Pastu ada hati lak beli buku The Undomestic Goddess tu...hai..boleh ke aku nak baca semua ni???

Aku rasa ulat dalam buku pun tak tamak macam aku lah. Apapun, moral cerita yang aku nak sampaikan ialah marilah kita memupuk sikap suka membaca ke dalam diri sejak dari kecil lagi. Supaya sikap tu akan menjadi satu cara hidup bila dewasa. Bila dah jadi cara hidup, tak de lah jadi orang tamak macam aku yang rasa sangat ketinggalan. Jadi asal nampak, semua aku nak tapi sebenarnya aku ada masa yang cukup terhad, dan hanya sepasang mata untuk membaca dan memperhati kan benda2 lain yang di buat oleh anak-anak aku pada masa yang sama. Korang dapat ke message ni???


 

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment