Pages

Thursday, January 6, 2011

iPad Pelbagai Guna

Kegilaan kepada gajet baru macam tablet komputer keluaran Apple telah membuatkan aku pun terpanggil dengan gedix dan tak sabar2 nak juga benda ni walaupun baru sahaja merembat laptop beberapa bulan yang lepas.

iPad ni ada beberapa jenis, yang aku beli ni jenis yang guna WiFi dan 3G with 32GB. iPad ni dah ada built in WiFi, so boleh guna internet di mana jua tempat yang ada WiFi. Tapi tambahan 3G tu ala2 broadband ler, so kat tempat yang tak de WiFi, kita still boleh access internet with 3G. So for the data provider, I choose Maxis Package.



Aku pilih plan yang paling murah, RM70 sebulan for 3.5GB. Tapi kalau sesapa yang ada iPhone, boleh switch to plan yang bawah tu which is you just have to pay RM60 for 3.5GB dan boleh pakai untuk both iPad dan iPhone. Menarik kan? Hmm..tu yang bercita-cita nak beli iPhone pulak tu.

Memang sungguh lah menjadi kegilaan iPad ni bukan saja pada mak bapak, tapi kat anak2 aku ni. Tak padan yang halus2 ni, bangun pagi capai iPad dulu. Tengok tu, kusyuk kan...

Ha..kalau tetiba rasa nak cuba resepi baru, boleh terus bawa iPad tu ke dapur dan start le menggodek macam aku ni ha...

Benda ni memang user friendly. Tak caya tengok budak tecik ni, baru 3 tahun, tapi sambil hisap botol pun boleh main game kat iPad ni dan boleh le keep diorang ni occupied sikit dalam kereta.

Overall, aku memang pueh hati le beli iPad ni. Untuk aku pulak, bila2 masa boleh window shopping kat blog2 yang aku suka. Kalau pergi meeting pun, aku boleh terus buat report dan send kat email. Cuma, software untuk iPad ni lebih kepada Apple Technology dan tak compatible ngan Microsoft (Obviously lah sah2 rival kan). But still, ada banyak application yang boleh di download dari Apple Store / iTune kalau nak buat light2 note sebab kegunaan utamanya bukan lah macam PC biasa, dia more tu audio visual application.

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment