Pages

Tuesday, May 31, 2011

Naik Lagi

 

Kadar elektrik naik mulai 1 Jun 2011 yakni esok ya....

Hadoi, sejak dua menjak ni semua benda naik, takde yang turun..hujan pun dah makin jarang turun. Ni tarif elektrik pulak nak naik. Bukannya deme tak tau kat Malaysia ni pantang ada benda yang naik sikit esok lusa semua harga barang nak naik. Habis kita yang kerja makan gaji ni lama2 nak makan apa kalau semua naik, tapi gaji duk kat takuk tu jugak.  


Kadar tarif elektrik ni akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj. Langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus pengguna yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan. - BERNAMA

Aku tak sure lah aku ni terjejas ke tidak tapi kalau dulu masa pakai seketul aircond pun bil bulan2 cecah seratus lebih sebulan, inikan pulak sekarang dengan aku yang makin rancak membakar kek setiap malam dan aircond pun dah tambah lagi satu, bil bulan2 cecah dekat RM300 jugak. Camana lah akak nak kayo gini heee....

Neway, yang naik tu of course lah payah nak turun kan, apa kata kita cuba tips jimat letrik yang aku kutip kat Internet ni buat pengubat luka :(

1. Bersihkan penghawa dingin anda secara berkala dan tentukan saiz penghawa dingin sesuai dengan keluasan ruang tersebut; Ok check.

2. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunakan. Banyakkan menanam pokok-pokok teduhan untuk mengurangkan bahang kepanasan di dalam rumah; Bab ni payah sikit, kalau dah semua lampu tutup mau cik penyamun lak datang bertandang..

3. Jangan penuhkan peti sejuk anda dengan makanan sehingga melebihi kapasiti yang ditetapkan. Jika tidak, udara sejuk sukar untuk mengalir bebas dan menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan;

4. Jika cuaca tidak panas, gunakan kipas sahaja dan elakkan dari menggunakan penghawa dingin; Hui, ni pun sukar tambah ngan cuaca yang panas berdeting sekarang ni...

5. Tutup periuk atau kuali ketika memasak bagi mengurangkan masa memasak. Atau dalam erti kata lain, masa memasak anda lebih cepat;

6. Gunakan pemanas air sewaktu mandi dalam keadaan tertentu sahaja. Lebih baik gunakan shower kerana ia lebih jimat berbanding berendam dalam tab mandi;

7. Cuci pakaian dengan muatan yang sesuai. Keringkan pakaian pada tahap sederhana sahaja sekiranya cuaca panas terik;


8. Penggunaan warna cat dinding yang cerah akan memantulkan banyak cahaya dan ini boleh mengurangkan penggunaan lampu pada waktu siang;


9. Tukar peralatan elektrik yang telah melebihi 10 hingga 15 tahun. Beli barangan elektrik yang mesra alam dan jimat tenaga;


10. Televisyen dan komputer menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi, cabut palamnya daripada soket untuk mengurangkan aliran keluar tenagam jika tidak menggunakan televusyen dan komputer;


11. Matikan semua bekalan elektrik sekiranya anda meninggalkan rumah untuk jangka waktu yang panjang; dan



12. Pastikan sistem pendawaian di rumah anda selamat dan tidak membahayakan. Buat semakan secara berkala bagi mengelakkan berlakunya lintar pintas dan bebanan elektrik.



Thursday, May 26, 2011

Misteri Ni

I receive this today out of the blue. Who could it be????


Surprisingly it come from someone I never expect. Just a simple word but meaningful.


It's from my ex-colleague whom has been transfered recently.
Truly, I didn't expect it from her because of....hmm...a lot of unspeakable moment. Neway, hope she's in a better position now.

Tuesday, May 24, 2011

Jalan-Jalan Cari Pasal

Minggu ni aku ada banyak agenda yang perlu disiapkan. Since esok akan sibuk dengan baking class dan macaron aku mengajak en hubby keluar hari ni. Tapi tu lah bahayanya bila hati dan kaki memang gatai nak keluar tapi takde arah tujuan.

Memula gi sampedek dulu dekat Restoran Homst Chinese Muslim Cuisine dekat rumah aku ni je. Kalau gi sini en hubby mesti nak order Ayam Kong Po , macam dah kena mandrem je. Tapi memang sedap pun masakan kat sini. Kira memang kenalah ngan tekak kitorang ni. Harga pun berpatutan sangat.

Gambar ihsan En. Google sebab tak pernah teringat nak snap gambar kedai ni. Maybe next time aku tukar dengan gambar sendiri. 


Lepas makan dah nak dekat kul 1 lebih so en hubby suruh balik dulu solat kat rumah, senang nanti dah lah tak tau nak ke mana kan. At last dekat kul 3.30 petang baru keluar rumah. So our destinanion Empire Tower yang bersebelahan dengan Subang Parade tu. Aku saje pilih nak kesini sebab tak payah masuk KL, walaupun weekend memang ramai orang tapi still tolerable kat sini dan hari tu aku cuma sempat jejak kaki je kat sini sebab nak gi Fisher Price punya launching pastu terus balik sebab ada agenda lain lak kat rumah. 

On overall, susun atur dalam dia agak menarik dan kedai2 kat dalam dia pun not bad jugaklah. Ada higher end, ada middle end jugak. Tapi yang menarik perhatian kitorang is benda nih. Ala2 gelungsur macam kat Sunway Lagoon tu tapi yang ni dalam Shopping Compleks. Tinggi menatang ni, kena naik dari tingkat paling atas dan landing kat ground floor.


Tengok tu dia punya pusingan, mau muntah kedarah kalau aku lah. Sekali naik RM12.00 tapi kalau in group of 4 dia charge RM45.00.Memula aku ingat benda ni buat display je, rupanya memang boleh naik. Dalam diam2 cik Dalea yang teringin  nak cuba. Biar betul budak ni. Tadi ajak main craft beriya2 tak nak, tapi yang orang tak ajak ni beriya2 pulak nak.

 Memang laju giler ok sampai tak sempat aku nak snap gambar si Dalea turun. Tau2 dah sampai bawah je.

Happy lah tu... Siap boleh lompat2 lagi lepas tu :)


Dah penat berjalan kitorang singgah makan kat The Loaf ni. Ni kira kedai roti je tapi roti2 dia memang lain dari yang lain dan sedap2 belaka. Kira rambang mata gak lah nak memilih.

Ok, nama roti memang dah tak ingat tapi semuanya pelbagai rasa.

 Yang ni base dia pastry dan dalam dia caramelised nuts. Yum...

 Aksi dua budak yang tengah lapar. Roti ni siap kena repeat lagi sebab memang lembut dan serius sedap.

Kat Empire ni ada few cafe yang jual macaron. Aku pun gediks gak nak cuba qwalaupun tiap2 minggu duk mengadap macaron tapi tak pernah beli yang kat luar. So kali ni aku cuba beli macs dekat T Forty Two ni.
Harga sebijik macaron kat sini RM3.90. Tu dia, lagi seposen jadi RM4.00 which is sekali ganda dari harga yang aku jual dan besar sikit je dari yang aku punya. Kira besar duit 50sen capur 20sen..heee..boleh gitew???
En Hubby kata tak sedap..anak2 aku pun kata tak sedap. Aku makan pun tak habis....rugi2...kira aku buat lagi sedap ke gitew??? He.....perasan lah kan.

Last but not least, masa turn aku gi solat, sempat lagi menyinggah kat Charles and Keith ni buat kali kedua. Masa memula sampai dah singgah tapi scan je dulu, biasa macam tu. Kali kedua ni kira terus capai je. Nak kata terus capai pun tak jugak sebab macam semua pun cantik2 tapi memandangkan tempoh aku nak ke opis pun tinggal 3 bulan je sebab lepas ni dah nak jadi student balik, so aku beli yang bersesuaian dengan keperluan je..eh..kehendak..hahahah...


Dapat jugak dua bijik. Tu lah jalan-jalan cari pasal namanya, tak pasal2 kena keluar duit, kalau simpan dalam tabung kan bagus. Erk....

Wednesday, May 18, 2011

Jalan-Jalan Makan Durian

Semalam pergi menghantar kakak iparku balik Jakarta. On the way balik abang ipar ajak makan durian pulak. Dalam perjalanan hujan dah turun mencurah-curah macam nak runtuh je rupa langit tu ku tengok. Dalam hati rasa macam takde harapan je lah ni, silap2 orang jual deroyan pun tutup kedai. Tuup2 elok nak sampai tempat dituju, langit pun clear walaupun agak mendung. Memang dah rezeki orang yang jual deroyan lah tu.

Aku pun tak pernah sampai kat tempat ni dan tak taupun ada tempat yang boleh berenti beli dan makan macam ni. Nama tempat aku tak sempat nak tanya tapi on the way tu ada sign board Sungai Buah ni. Gerai tepi jalan je tapi best sebab boleh terus beli dan makan sampai kenyang.


 Tengok muka seronot dapat makan deroyan.


 Budak berdua ni pun nak posing gak. Tapi nyamuk mak aih punya lah banyak. Kaki si Lissa habis kena ketip dek nyamuk.

Kat sini semua deroyan dia rupa macam ni. Pergh..memang puas hati, sedap hingga menjilat jari. Lagi sedap dari makan kat KFC kat Airport tadi hee..

Monday, May 16, 2011

Musim Kawin

Nampaknya sekarang orang kawin dah tak tunggu musim cuti sekolah. Hujung minggu pun jadik..berderet2 jemputan. Minggu ni je 2 hari kena ke Putrajaya sebab kenduri kawin. Dah lah tiap hari pun gi ke sana sebab kerja, Sabtu Ahad pun ke sana jugak...ngee...

Anyway, hari ni gi kenduri kawin anak Kak Siti Aisyah kat Presint 8. Gambar pengantin memang tak ambik sebab tergezut dek jumlah manusia yang ramai giler. Dah macam orang tunggu bas kat Puduraya je rupanya. Memang meriah habis lah kenduri akak ni. Siap masuk dewan terus nampak orang beratur tunggu giliran nak ambik makanan. Tapi bukan nak kata sebab aku kelaparan tapi memang sedap lauk-pauk dia. En. Hubby siap suruh ambik nombor tepon caterer tu lagi.

Dah lah lama nak dapat makan, tup2 hari ni lah pulak cik Lissa nak makan bersungguh sampai tak cukup lah pulak nasi sepinggan. Dah lah aku pulak kena gi beratur. Sampai giliran, pinggan pulak habis..aih...at last dapat gak tambah nasik. Elok nak rancak makan....tetiba.....Cik Lissa ni...nak wat projek pulak....terus terbantut selera. Hish....potong tul Lissa ni.


Aksi anak-beranak yang dah kekenyangan. Sebab tu boleh senyum.


Aliff garu2 kepala sebab dah mengantuk :)

Saturday, May 14, 2011

Lissa oh Lissa

Hari ni pepagi dah jadi driver menghantar Dalea ke kelas tenis kat Putrajaya dengan coach Diana (coach aku jugak tu hehe..2 dalam 1). Btw, sekarang Dalea dah up satu gred. Masa start dulu dia masuk kelas mini tenis tapi sebab dia dah boleh pukul bola macam ala2 semi pro lah kan, so coach suruh tukar gi kelas standard pulak. So sekarang ni baru 2 kali je sempat gi kelas standard ni sebab baru je habis sekolah ganti.

Aku dulu masa sekolah2, teringin gak nak main tenis ni tapi tak kesampaian, dah veteran ni baru merasa. So kalau boleh biarlah si Dalea atau Lissa ni kecik2 dah didedahkan dengan macam2 jenis sukan ni. So far si Dalea memang look forward nak gi kelas tenis ni cuma cik Lissa tu je fail sikit. Hari tu dah siap bershopping segala kasut ngan baju bagai sebab nak join kelas tenis ni, tup2 sampai je kat Court..as usual..drama..drama..drama..haih..habis investment aku ..kwang..kwang..kwang.




Anyway hari ni cik Lissa pun dah bangun pepagi so kenalah aku angkut sekali ke court. Since hari ni ramai bebudak takde so barulah cik Lissa tu nak bergerak sikit. 

Dapat tolong kutip bola tenis pun kira ok lah kan  Lissa..hai lah Lissa...:)


Wednesday, May 11, 2011

Wordless Wednesday #5






Friday, May 6, 2011

The Many Faces of My Lil Rainbow

Hari ni harijadi my lil Rainbow Khalissa Khayrin. Why Rainbow?? Sebab rainbow tu ada banyak kaler dan selalu buat kita tersenyum sebab dia keluar lepas hujan. Macam tu jugaklah si tecik Lissa yang karakternya memang macam kaler-kaler pelangi, penuh warna-warni but in the end akan buat kita tersenyum walaupun selepas mengharungi ribut taufan..hahah..get it???

In this entry, I upload a few faces of lil Khalissa from baby until dah jadi anak dara tecik :)


She was born 5 days late from the actual due date - 5 May 2007




 Ni kira angin baik sikit lah, kalau tak mesti bercekau punya.

Dia jugak adalah ratu air mata. Hati yang cukup fragile senipis kulit bawang kut :)
 Bila dah besau ni suka sangat posing buat mulut gitew??


Dengan umi yang muka dah loheh sebab sedari pagi duk bersilat.

 Ni ler rupa kek untuk anak manja Umi - Lissa


Tuesday, May 3, 2011

Erti Kekeluargaan

Lissa : Umi, kenapa mak dia tak datang tengok anak dia?

Aku : Kejap lagi mak dia datanglah.

Lissa : Sian anak dia duduk sorang-sorang. Hujan, nanti dia sejuk.

Aku : Kejap lagi mak dia datang. (Jawapan standard lagi).

Lissa : Ayah dia mana? Lissa tak pernah tengok ayah dia.

Aku : Umi pun tak tau.

Lissa : Kenapa ayah dia tak datang tengok anak dia. Mak dia je ada. Ayah dia mana?

Aku : Hmm.....pause..takde jawapan.

Lissa : Atuk dia dengan nenek dia pun tak datang ke? Mana atuk dengan nenek dia???

Aku : Ada ke atuk ngan nenek dia????

See...sometimes when I talk to Lissa, she always makes me wonder  - how far her imagination goes and what she understand about family and relationship becoz in this conversation we are talking while looking at this:

he..he..my rainbow.