Saturday, October 30, 2010

Marriage Therapy - My Bali Story Part 3

Ini hari ketiga kitorang kat Bali. Hari ni actually Free n Easy for us means kalau nak keluar kira sendiri2, tak pakai Tour Guide. But since Tour Guide pun takde program, so kitorang arrange ngan dia je lah. Since tak masuk dalam pakej, kena ler  bayo kat  Pak Suryana tu ngan sewa keta sekali. All in dia charge Rp750,000 for the whole day.

Memula, kitorang gi Tanjung Benoa. Pantai kat sini special untuk water sport je. Means kalau nak main Banana Boat, Jet Ski , nak Island Hopping ke semua ada kat sini. Sedia ongkos je ye. Kat Tanjung Benoa ni memang lagi ramai mat saleh duk. Tempat ni kira exclusive sikit dan tak sebising Kuta. Hotel2  kat sini mostly 4 ke 5 bintang jer.
Ini  Bali Tropic Resort & Spa. Hotel ni menang anugerah hotel tercantik. Senibinanya memang pure Bali concept. Penuh ukiran batu dan kayu dan ada taman2 yang nyaman. Harga semalam kat sini USD150 (publish rate).
 Kitorang tumpang ambik gambo je lah.







Ini rupa pintu depan setiap villa kat sini. Memang penuh ukiran. Kat dalam tak tau le, mungkin lagi banyak ukiran dan patung2 kut.









Kat sini private beach nyer memang cantik giler dan memang mat saleh je kat sini. Owner hotel ni orang Bali tapi dia sub kan management hotel ni kat mat saleh. Tiap2 tahun collect untung Trillion..Trillion.



Lepas tu kitorang terus ke Pura di Uluwatu. Maksudnya kuil atas Bukit. Ini kira tempat suci masyarakat Bali gak ler. Tapi pemandangan kat sini memang cantik giler.


Beruk ni pun pandai mandi kolam.


















Ini kat Dreamland pulak. Ini pun tempat mat saleh berjemur dan surfing bagi yang dah pro ye. Kalau amatur gi kat Kuta je. Kat sini pun ombak dia memang kuat giler.














Senyum sikit sebab tengah hangat giler. Matahari duk atas kepala ni.



Next destination, jalan-jalan kat Pantai Kuta. Pantai Kuta ni kira2 macam PD ler sebab ramai orang, orang luar dan local semua berkumpul kat sini.

Kitorang tak stay lama sebab takde apa sangat kat sini. Tapi kalau sesapa nak surf memang bolehlah kat sini.

Since hari pun dah nak malam, kitorang gi dinner kat Jimbaran. Makan kat depan beach. Kat Jimbaran ni memang terkenal dengan seafood. Sepanjang pantai ni penuh gan restoran2 seafood nih tapi kena pandai2 pilih lah. Restoran yang kitorang makan ni masak pakai bumbu bali dan halal.













 
Kitorang makan ala-carte set untuk 2 orang. Ada ikan, lobster, satay sotong, udang dan clams. Memang sedap giler.



Okies, that's  the end of our 3rd day. Dah kenyang, kitorang balik hotel and tido sebab esok nak checkout and tukar hotel lain pulak. Stay tune.