Pages

Monday, August 29, 2011

Last Update

Sayu...hati ini makin sayu..rindu terkenangkan desa permai....wajah ayah bonda jelas terbayang di mata...Isk.isk..isk..sedih lak bila dengar lagu Cik Siti pepagi last Ramadhan ni. Ye lah, esok kita semua akan menyambut ketibaan fajar Aidilfitri dan Aidilfitri kali ini aku sambut serba sederhana kerana banyak lagi persiapan untuk berangkat ke London perlu dibereskan. Tahun depan pulak, pertama kali aku akan menyambut Aidilfitri di perantauan..waa....makin sedey...

Minggu ni kira minggu terakhir aku sekeluarga kat Malaysia. Minggu depan, aku akan memulakan profession baru sebagai pelajar dan juga suri rumah tangga sepenuh masa. Seronok memang seronok, tapi sedih pun ada jugak. Perasaan tu bercampur baur. Sedih nak tinggalkan tanahair ku yang terchenta ini, sanak saudara, rakan taulan yang akan di rindui dan macam-macam lagi. Tapi pada masa yang sama tak sabar nak rasa menjadi pengembara di bumi yang cukup asing bagi aku, menjadi pelajar di tempat yang baru (selama ni aku cuma kenal Uitm je..hee..) dan boleh melepak di rumah dengan jayanya sebab dah tak kerja lagi.

Hari ini aku masih lagi menjejakkan kaki ke pejabat. Satu sebab aku memang dah tak de cuti so kenalah gi opis kan. Kedua, waktu orang dah tak de ni baru rasa sayu nak tinggalkan opis ni. Tahun ni merupakan tahun keenam aku dalam service dan selama 6 tahun tu lah aku dah menyumbang baktiku yang tak seberapa ni di Kementerian Kewangan. Aku dah mengenali ramai insan-insan yang hebat selama aku berada di sini dan aku harap aku akan dapat jadi seperti mereka malah lebih baik lagi. Di sini jugak aku berjumpa sahabat-sahabat yang sangat senada dan seirama yang pasti akan buat aku gelak sorang2 kalau teringat benda pelik2 yang kitorang dah lalui selama ni.

Neway, lagi lama aku celoteh, makin kabur lak pandangan mata aku ni. Sebelum air jernih laju mengalir, baik aku stop dulu. Next week aku akan hapdet pengalaman aku kat negara atas angin pulak..hee....

 Ni ler rupa kawan sedana seirma ku itew. Will miss u guys and our great times together...

 Iftar terakhir sebelum semua bercuti raya. Kat mana lagi kalau bukan feberet spot -TGIF.





 Makan biasalah mana pernah nak kalah walaupun posa. Biar senak perut janji senang hati..hee..

Muka control sebab nak posing sakan. Ini kira feberet spot di feberet spot. Meja separa bulat sebelah patung Marilyn Monroe. Tapi tak de lak dalam ini gambar.
Ini pulak Iftar cum Farewell opis En. Hubby @ Grand Dorset.


 Ini pulak rupa bos ngan anak-anak buah yang bakal ditinggalkan. Hee..lepas dah seksa korang ngan seksa aku sekali..wakaka...Sedey gak, baguih sebenornyer bebudak ni, tambah baguih dapat bos cam aku..boleh?





Hee..ingat gak diorang ni kat aku. Tq lah uolls....


 Opis yang akan ku tinggalkan...yehaa...

 Kerja dah clear ya, tengok outray yang menggunung tu.


 Oh ya, lastly..specially dedicated to En. Hubby, Happy 8th Anniversary - 29/8/2011.