Sunday, April 3, 2011

Berbaloi Juga Akhirnya

Fuh, minggu ni kira non stop lah aktiviti dah macam marathon pun ya jugak. Anyway, hari ni pepagi jugak dah kena bangun sebab nak menyiapkan si Lissa yang ada Hari Sukan. Sambil duk menyiapkan dia tu, dalam hati duk teringat2 peel dia yang tak nak bercakap ngan orang tu. Ni karang buat penat je lah aku kejutkan pagi2, last2 kena balik awal. Tapi tak pe lah sebab ayah dia yang hantar, aku gerak lambat sikit sebab tunggu si tecik Aliff yang tengah sedap tido.

Tengah bersiap tetiba ayahnya telefon..rupanya nak bagi direction je. Cik Lissa dah beratur kat padang katanya. Ok..lega..maknanya dia nak lah buat aktiviti tu. Aku pun terus gerak. Sampai je kat padang, diorang dah start nak joget-joget. Tetiba aku dengar budak nangis, DJ tu pun cakap budak tu  nangis cari mak bapaknya sebab tak nak joget kat depan. Cuak aku kejap ...nasib baik bukan si Lissa.

 Bila tengok dia beratur ramai-ramai kat tengah padang tu walaupun dengan muka yang berkerekot nak senyum tak senyum..nak nangis tak nangis..lega hati aku. At least ada lah jugak improvement.





 Muka mengantuk pun ya jugak.



 Masuk dua acara. Pouring water and bouncing ball, tapi bab pouring water je ok, tang bouncing ball tu ball tak bounce, dia duk keras je. Tapi ok lah.


 Tengah beratur sebelum kena joget2. Muka memang cuak habis.






Ada lah jugak movement daripada berdiri keras macam kayu kan.



Ok, bukti yang dia sudah mau makan.


Tunggu giliran nak berlumba. Tengok budak yang tengah tu dah melalak. Si Lissa tengok dia melalak, dia pun dah buat muka ketat.

 Ni gambar selingan hero tecik.





Akhirnya...jeng..jeng..jeng...berbaloi jugak. Boleh senyum sepanjang hari. Omak dia yang terus demam sebab berjemur tengah panas. Adoyai...nasib badan...

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment