Pages

Tuesday, April 19, 2011

Girls Day Out

Ini kira entry tertangguh. Hari kejadian adalah masa cuti sekolah yang lepas. Time tu aku tengah berhempas pulas di pulas dek Puan X untuk Kursus jangka pendek yang agak panjang tu. Memandangkan kursus tu aku tak boleh cuti maka ayahnya je lah yang cuti bawak budak dua orang tu berjalan. Si tecik Aliff of course kena tinggal sebab ayahnya tak boleh nak handle 3 orang sekaligus.

Since cuti pun tak panjang, so diorang gi Pusat Sains Negara je. Hm..cuti pun kena buat benda yang berilmiah kan bebudak sekarang. Tapi ok lah Pusat Sains ni quite interesting, ala2 Petrosains jugak cuma lebih murah...hehe....
Menarik jugak kalau tengok pemandangan kat sini. Aku pun belum pernah lagi jejak kaki ke situ.





Ni mesti kena paksa berposing dek ayah dia. Si Dalea memang susah di ajak bergambar. Yang si Lissa pulak ikut mood.

Kalau zaman aku sekolah dulu benda2 ni boleh jumpa kat makmal sekolah je lah. Sekarang ada banyak alternatif kalau nak belajar.








Overall, kira happy lah bebudak dua orang ni. Ada lah aktiviti nak report kat sekolah bila cikgu tanya..."Cuti sekolah buat apa?"  Kalau dulu2 mesti jawab.."Balik kampung". Tak pun main masak2 je. Bebudak sekarang yang lebih advance "Saya pergi holiday kat Disneyland". Paling koman bole lah jawab "Pergi Pusat Sains". Hm..kecik2 dah kena compete kan.


0 tengah makan stoberri:

Post a Comment