Monday, April 25, 2011

Aku Bukan Orang Minyak


Aku malas sebenarnya nak citer pasal minyak ni sebab menyakitkan hati je bila tengok nombor yang mencanak2 je lajunya ala2 orang main jackpot je kalau isi penuh tank. Kalau dulu full tank baru RM80 bagi tanki kereta Nabira aku tu. Tapi masa tu, aku rasa aku tak ingat pulak ada Ron 95 ke Ron 97 ke yang aku tau Bangla tu akan tanya "Baru ka lama?". Itu kalau kat Shell atau Petronas, tapi kalau Caltex "Biru ka Ungu" Aiyak...lagi kelabu asap aku jadinya...itupun kalau tak silap akulah kaler2 minyak kat Caltex tu.

Tapi akhir2 ni sejak subsidi minyak dikurangkan dan timbul pulak Ron95 lah 97 ni, full tank keta aku kalau pakai Ron97 boleh cecah RM160 kalau betul2 kosong. Tengok tu..gila punya naik, double tu. Tapi kalau aku pakai minyak Ron95 mungkin kurang sikit. Aku pulak memang tak suka pakai Ron95 ni ..bukanlah nak berlagak, tapi kalau pakai Ron95 ni keta aku jadi berat dan slow giler. Tapi kalau pakai Ron97 ni baru berdesup poinye....

Baru2 ni hubby suruh cuba pakai Ron95 yang baru. Aku memula malas nak cuba tapi masa singgah Petronas hari tu, memang ada minyak Ron95 je, so nak tak nak, kena gaklah isi sebab lampu merah dah menyala tak berenti-renti. Silap2 mau aku kena tolak keta balik rumah pulak..itupun kalau selamat sampailah. Anyway, aku nak citer kali ni Ron95 ni tak mengecewakan aku. Apa yang aku jangka meleset sama sekali..cewah. Masa start keta aku dah jangka yang keta aku akan jadi berat dan slow macam biasa bila pakai Ron95, tapi kali ni aku rasa sama macam aku isi Ron97. Tak ada beza...keta aku power ranger macam biasa..cewah..powerlah konon. Main point is, betul lah ada improvement pada minyak Ron95 yang baru ni. Nak baca lebih lanjut, aku dah kopipes berita kat bawah ni.


KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Berhad memperkenalkan petrol terbaharu di pasaran iaitu Primax 95 Xtra bagi menggantikan petrol RON 95 yang menjanjikan pemanduan lebih kilometer dan berkuasa unggul.Produk bahan api terbaharu daripada Petronas itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis meriah yang turut diserikan dengan konsert Twin Towers @ Live 2011 yang diadakan khusus untuk pemegang tiket perlumbaan Formula Satu (F1) di pekarangan Menara Berkembar Petronas di sini malam tadi.Minyak petrol Primax 95 akan menggantikan RON 95 di pasaran mulai hari ini di lebih 955 stesen minyak Petronas di seluruh negara.Antara keistimewaan minyak tersebut ialah ia berupaya memacu kenderaan lebih jauh bagi setiap liter berbanding penggunaan petrol RON 95 yang lama.
Petrol yang berasaskan teknologi perlumbaan kereta F1 itu juga bakal memberi lebih kuasa kepada kenderaan serta membersihkan enjin pada setiap masa.Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Amir Hamzah Azizan berkata, produk itu merupakan hasil kajian dan penyelidikan dua tahun Petronas berdasarkan penglibatan syarikat itu dalam perlumbaan F1 selama ini.

So sekarang baru boleh senyum isi minyak sebab full tank dengan Ron95 baru RM100. Berbaloi? Memang berbaloi.
Nota kaki:-Harga lama – Petrol RON 95 – RM1.85 seliter. Naik 5 sen Berkuatkuasa 4 disember 2010.
Harga lama – Petrol RON 97 – RM2.15 seliter. Naik 15 sen < harga baru RM 2.30 > berkuatkuasa 1 disember 2010.

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment