Tuesday, April 26, 2011

2 Kangaroo

Semalam En. Hubby cuti, so turn dia lah ambik the girls from nursery dan aku straight ambik Aliff. Dalam perjalanan tu kepala otak duk berkira-kira nak wat apa untuk potluck farewell Intan esok. Sampai rumah MIL tetiba dapat lampu nak buat Red Velvet Whoppie Pie tapi tetiba teringat shortening tengah duk mengeras dalam fridge. Tu kalau lambat keluarkan, alamatnya memang esok pagi lah baru boleh buat whoppie pie. 

Since En. Hubby dah ada kat rumah so aku text dia:

Aku : Tolong keluarkan shortening dari dalam fridge tu. Bungkusan dalam plastik ada tulis shortening kat depan bungkusan tu..(explaination kena bagi full, karang benda lain yang keluar..)

Hubby : Ok. (Ok je...macam tu lah kan ...)

Tetiba....

Hubby : Ada 2 Kangaroo.

?????? Kangaroo?? Apakah? Adakah sesapa nak hantar barang misteri kat aku, sekali dua pulak tu..(sebab kan ada kurier servis jenama Kangaroo...so aku tak lah ingat benda lain..kan mak suka nau belanja online ni..tapi aku tak ingat pulak aku ada beli apa2)

Aku : Apa tu?

Hubby : Hahaha..ada 2 kan?

Aku: Ya, keluarkan 1 je (pastu message tak go thru sebab line Celcom bengong tak bagi aku top up...urgh..jiwa kacau terus)

Balik rumah aku tanya dia apa yang 2 kanggaroo?

Hubby: Hehe..I nak taip 2 kan? Tapi BB ni terus automatik eja kanggaro and I pun terus send kat you.

Aku : Ler....

Itulah masalah nya guna tepon pintar yang tak berapa nak pintar ni. Asal kita baru nak taip je, dia pulak sibuk2 nak eja kan untuk kita. Ingat kita tak tau eja ke? Kan dah mengkonpius kan aku kejap. Musnah harapan ingat dapat hadiah free ke tadi..cis..potong betul.

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment