Tuesday, October 12, 2010

Petua Cik Seri Siantan Part 1 - Bibir Kering

Hmm..cun tak bibir mak? Wakaka...jangan cepat terpedaya. Gambar diatas adalah hiasan semata-mata. Tapi kalau bibir aku cantik macam ni perghh...best ..best. Apa yang best? Hanya aku dan tut je yang tau..wakaka..(gelak lagi).

Actually masalah bibir kering ni aku rasa semua orang pun akan alami. Even anak aku baru umur 6 tahun pun  ada masalah bibir kering ni. Orang pompuan adalah golongan yang lebih banyak terkena penyakit ni dan kalau kita semakin memanjat tangga umur maka macam-macam masalah kekeringan lagi yang akan kita alami.

Bibir kering ni boleh terjadi kalau kita selalu terdedah pada cuaca panas terik, atau selalu duk dalam aircond, suka jilat bibir konon nak bagi basah le tapi tabiat tu le yang lagi buat bibir jadi kering, selalu makan makanan sampah a.k.a junk food (urghh..sounds wierd kalau translate kan?) yang banyak mengandungi garam..garam..garam...A big NO..NO..okay atau kurang minum air.

So, kalau rasa nak bibir meletops macam Angelina Jolie tu :-
Nombor SATU : Minum air banyak-banyak. Air putih jernih macam kat atas ni ye, bukan air kaler-kaler.
Nombor DUA : Kurangkan makan sampah ni ye. Eh..junk food ni ye. Bukan tak boleh makan langsung, aku pun suka gak makan benda ni sebenarnya tapi cuba kurangkan. Less is always BETTER.


Nombor TIGA : Yang ni boleh makan selalu tapi still bukan banyak-banyak. Everything must be MODERATE.


Nombor EMPAT : Senang je nih. Boleh dapatkan dimana-mana Farmasi berdekatan anda. Iklan layanan masyarakat ini ditaja oleh AKU. Pick a good lip balm. Kat atas ni pilihan aku. Aku dah lama pakai Bioglo Cherry Pink Lip ni. Beli je kat mana-mana kedai Cosway ye. Yang aku suka Cherry Pink ni sebab bila pakai kat bibir terus jadi pink. So, kalau aku tak pakai lipstick pun takpe, takkan nampak pucat. Satu lagi Vaselin Lip Therapy perisa Cherry...aku SUKA sebab rasa cherry. Kalau tak nak yang rasa cherry pun tak pe. Beli yang original. Yang ni tak de kaler tapi bibir rasa moist je. Pakai benda ni sebelum pakai lipstick. It will protect your lips all day long..InsyaAllah. Telah terbukti berkesan, dijamin oleh Lever Brothers :)

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment