Tuesday, October 26, 2010

Marriage Therapy - My Bali Story Part 2











Okie, hari ni hari kedua di Bali. Our tour guide - Pak Made Suryana bawa kitorang gi tengok Barong & Kris Dance di Desa Budaya Kertalagu. Tarian ni cerita pasal pertarungan antara "Kebajikan" melawan "Kebatilan". Ni kira citer dongeng Dewa2 Hindu ler. Ada 5 Babak dalam citer ni. Babak Pertama dimulakan dengan kisah si Barong (Harimau) ngan Kera. Babak yang ni aku tak tengok sebab masih dalam perjalanan. Aku sampai2 je dah masuk babak kedua, ada dua orang pompuan tengah menari. Masuk babak ketiga aku pun cau cin cau. Ala2 tengok Wayang Cina pun ada. Sebenarnya ada banyak jenis tarian budaya kat Bali ni. Ada tarian Kecak & Api, tarian Legong, tarian Gabor, tarian Kecak Ramayana dam macam2 lagi. Tak larat le kalau nak tengok semua dan mostly semua nya citer pasal Dewa2 Hindu. Tengok satu pun kira cukup le.










Lepas tengok tarian, kitorang gi tengok tempat orang buat batik Bali. Menurut kata Pak Suryana, kat Bali ni tak ada kilang2 buat fabrik. Even bangunan pun tak boleh buat tinggi2 sebab nak preserve environment kat sini supaya kurang pollution.

Kat dalam gambar ni boleh tengok para pekerja tu tengah melukis atas kain. Kebanyakan gambo yang dilukis pun gambo Dewa2 diorang. Kat sini kalau nak request diorang lukis kat baju pun boleh, tapi memula kena beli baju kat sebelah dalam bangunan ni. Tapi yang tak tahan kat sini semua benda jual dalam USD. Mentang2 le ramai tourist omputeh.



Hmm..since takde yang berkenan, kitorang terus gi ke perkampungan barangan silver pulak kat daerah Sanur. Kat sini pun sama macam tadi, tapi specialtynya diorang duk buat kraftangan dari Silver. Memang cantik tapi harganya waduh...bisa bangkrap pak. Semuanya USD, pastu silver je lak tu.

Lepas tu kitorang terus ke Ketut Tuntra...bukan kentut ye. Ketut Tuntra Painter ni ala2 galeri lukisanlah. Kat sini memang ada bermacam2 jenis lukisan. Nak gambar pemandangan ke, buah2an ke, orang2an ke, abstrak ke, apa je lah. Sume ada. Kat sini pun sama macam kat tempat lain, semua dia jual dalam USD tapi boleh tawar menawar sampai 70%.
Posing depan galeri ye.
Ini kira salah sorang pelukis yang melukis secara live kat situ. Galeri ni kira tempat himpunan karya2 pelukis yang dapat pendidikan khas dalam senilukis. Diorang kumpulkan karya diorang kat sini dan owner tempat ni tolong jualkanlah.








Oh ya, kat sini memang banyak le gambo2 separuh bogel ni ye. Memang sungguh artistik orang Bali ni.

Ni semua contoh2 lukisan yang ada kat sini. Ada banyak lagi sebenarnya tapi tak boleh ambik gambo rupanya. Ini kira yang terlepas ler.

Ha..inilah rupa Tour Guide kitorang - Pak Suryana. dia ni orang hindu jugak. Umur dah 61 tahun tapi masih kuat, banyak minum jamu dia kata lah, tapi aku percaya. Kat sini Tourist Guide wajib pakai macam ni, kalau tak, bila Pemerintah (kira orang gomen le) buat sweeping atau sportcheck, diorang ni boleh kena denda. Satu lagi kalau nak gi melawat Pura atau Temple, diorang memang kena pakai cam ni. Ayway, ini dah kira baju kebangsaan deme ni le kut sebab kat sana sini boleh nampak ramai yang berpakaian macam ni. Pak Suryana ni ok, dia pun dah agak berumur jadi kenal ramai orang dan being respected lah jugak so senanglah nak berurusan.















Dah habis shopping lukisan, kitorang terus ke Kintamani. Kintamani ni kawasan gunung berapi. Last dia meletus tahun 1917 dan masih lagi aktif sampai sekarang. Kat situ jugak ada telaga air panas. Kalau nak tengok sunrise kat atas puncak gunung, kena panjat kul 3 pagi and sampai kat puncak kul 6 pagi. Tak dapek le kali ni, kalau nak next round ler. 

Dah penat jalan, lunch la kat atas gunung tu. Kat sini ada restoran muslim dan ada musolla yang jarang sekali dapat jumpa kat Bali ni. Food dia pun so far sangat tak mengecewakan, semua memang kena ngan tekak.


On the way turun ke bawah, kitorang singgah minum kopi kat sini.

 Ini pokok kopi kalau sapa2 tak pernah tengok ler.


Ni apa lak? Ha..kalau nak tau, ini le binatang namanya Luwak. Menatang Luwak ni akan makan biji kopi yang terbaik je. Lepas tu dia akan "membuang" dan bahan buangan menatang ni akan diproses, dibersih dan dimasak untuk jadikan serbuk kopi. Maka jadilah Kopi Luwak. Kopi Luwak ni adalah kopi termahal di dunia ya. Tengok si Luwak tu, kemain nyenyak dia tidur, agaknya dah mabuk makan kopi banyak sangat kut :)

 Ini le rupa bahan buangan si Luwak tu tadi. Tak de le rupa najis pun, rupa biji kopi gak.



Ini le rupa kopi Luwak tu. Kat sini kopi lain boleh minum free tapi Kopi Luwak ngan Kopi Jantan kena bayar. Kopi luwak ni Rp30,000 - kira2 RM9+. Kalau kopi jantan lak Rp10,000 secawan. Aku try le minum kopi  luwak ni, nak jugak rasa sedap sangat ke kopi termahal di dunia ni. Rasa dia of course le rasa kopi cuma teksturnya lebih halus. Walaupun aku ni kategori peminum kopi tegar tapi aku lebih suka rasa kopi biasa lah.



 Ini proses memasak biji kopi sebelum dikisar.

 Ini biji kopi Bali.


Kat sini ada kopi jantan dan kopi betina tau. Aku pun tak tau lah camana diorang nak bezakan kopi yang jantan ngan betina tu.


Ha, yang cawan putih tu semua dapat free. Ada kopi Ginseng, kopi Bali, teh halia, teh serai ngan koko Bali. Aku paling suka koko tu rasa dia memang cukup pekat.

 Posing depan kedai kopi.






Lepas minum kopi, kitorang gi melawat Pura atau Temple again. Kebetulan masa trip kali ni bertembung lak ngan minggu upacara pemujaan / pembersihan desa / kampung kat sini. So kebanyakan Pura akan mengadakan upacara bagi setiap kawasan kat sini.

Ini lah pokok Maja. Kerajaan Majapahit dapat ilham dari pokok ni yang kebetulan buahnya pahit. Maka jadilah kerajaan Majapahit yang diperintah oleh Perdana Menetri Hayam Wuruk yang ada kena mengena ngan kerajaan Sriwijaya yang pernah menakluk negara kita masa zaman dulu2 tu. Sama jugalah macam Melaka yang dapat nama dari pokok Melaka tu.



Ini lah upacara pembersihan. Diorang ni mandi buang dosa macam kaum hindu yang mandi air sungai Gangga kat India tu.





Ini pulak Istana Suharto. Zaman dulu2 tak banyak hotel, villa kat Bali, so kalau tetamu negara datang, depa lepak sini lah.



Ini kolam mandi Suharto satu ketika dulu tapi sekarang dah jadi tempat bela ikan.







Lepas tu kitorang terus rushing ke Tanah Lot sebab nak tengok sunset tapi tak sempat sebab kat sini cepat gelap. Actually masa ni baru kul 6.30 petang tapi dah gelap. Tanah Lot tu maksudnya Tanah Batu. Dulu Tanah Lot ni melekat sekali ngan pulau Bali ni tapi sebab kesan erosion/hakisan air, dia jadi macam terpisah dari pulau tapi dihubungkan oleh jalan kecil tu je. Tapi kat sini pun tak de lah apa sangat, ada temple untuk acara sembahyang diorang je.


Last but not least sebelum balik ke Hotel, kitorang gi ke Orchid Spa for 2 hour spa session lepas penat berjalan. Harga 5 treatment Rp400,000 sorang ye, tapi memang best giler. Malam ni sure nyenyak tido..zz..zz..

See ya in Part 3...



0 tengah makan stoberri:

Post a Comment