Wednesday, March 2, 2011

Sibuk Ngalahkan PM

Wa...aku sungguh sibuk sekarang sampai nak hapdet blog pun tak sempat. Mana taknya, tiap2 hari aku bangun kul 5.15 pagi sebab nak buatkan bekal sekolah si Dalea ngan Lissa. Lepas tu siapkan diri aku pulak. Pukul 6.15 kena kejutkan budak berdua tu dan siapkan diorang pulak gi sekolah. Pukul 6.30 aku kena keluar rumah sebab kena masuk kelas sebelum pukul 8.15. Jalan ke INTAN tu tau je lah, nak menempuh Federal Highway adalah satu azab di pagi hari ke petang hari ke atau mana-mana hari pun.

Dalam kelas memang kerja duk memerah otak je lah dengan lecture, discussion, presentation, kuiz, exam, makan..eh..whatever lah. habis kelas, kalau nasib tak baik kena sambung discussion lagi. Sampai rumah tetiba teringat susu anak dah habis, kenalah menyinggah ke Giant barang 1/2 jam atau lebih....  By the time sampai rumah, tengok baju sekolah si Dalea yang kotor macam di buat kain lap meja je tiap2 hari..dah lah kena lah di basuh, pastu kena siapkan barang2 untuk bekal pagi esok...sediakan baju untuk gi nursery, tengok buku sekolah dia..nak sambung study and buat assignment...nak layan Aliff lagi..tau2 jam dah pukul 10, mata aku dah tak larat nak bukak sebab esok nak kena bangun pepagi hari lagi.

Wa... macam mana nak habiskan kursus ni, aku buat kronologi ni pun dah penat. Ini macam kalu sementara nak sampai bulan 4 ni mau aku tidur sambil berjalan. Tolong..macam mana nak study kat obersea ni??? Kat sini pun dah tak larat.

Hm..udah-udah lah tu cik Ana oi..gi lah tido.

2 tengah makan stoberri:

klynnismail said... [Reply to Comments]

sounds familiar.. cuma part belajar tu belum lagi.
insyaAllah, niat yang baik, dipermudahkan.

Anna said... [Reply to Comments]

Hehe, tq KLynn, tapi memang penat ya amat.

Post a Comment