Saturday, March 12, 2011

Resepi Berkhasiat Cara Bento

This is 48 Hours Sticky Post



Last week aku join geng Advertlets dan mummy bloggers ke Bayan Indah untuk Kids Eat Right with Naturel Bento Workshop. Sungguh kalau aku tak join group ni memang aku tak tau pun akan kewujudan tempat yang sungguh mempersonakan ni ..ha..kan dah keluar ayat sasterawan negara tu. 

Bayan Indah ni terletak di Sungai Penchala, one of the journalist - Intan from NST cakap dekat dah ngan rumah Maya Karin. Tapi memang cantik gilers tempat ni. Di tengah-tengah kesibukan hutan batu kota metropolitan, terselit kawasan yang masih dipenuhi hutan semulajadi yang cantik di pelihara.


Okay, back to the workshop, kedatangan kami disambut oleh kakitangan Naturel, Advertlets, media dan kakitangan Bayan Indah sendiri. Lepas mendaftar, kitorang dengar taklimat ringkas  dari Brand Manager Naturel - Ms. Tania Lee.

Mesti korang semua pernah dengar produk Naturel kan? Naturel ni salah satu produk keluaran Lam Soon yang berasaskan dari sumber yang berkhasiat dan asli seasli namanya..haha..ni macam ayat bodek lah pulak. Tapi kalau sesiapa yang biasa guna minyak masak Naturel ni mesti boleh bezakan dengan produk minyak masak yang lain. Contohnya Naturel Blend Cooking Oil ni adalah campuran dari Canola dan Sunflower Seeds yang tidak mengandungi kolestrol tapi kaya dengan khasiat Vitamin E, Omega 3 & 6 (yang perlu untuk pertumbuhan kanak-kanak) dan sesuai untuk vegetarian. 



Lepas taklimat ringkas tu, kitorang dengar pulak taklimat dari pakar pemakanan Ms Indra Balaratnam . Indra ni dah nearly 40 tau tapi dia nampak macam early 30 je kan. Tu lah untungnya jadi dietition, makan berjaga. Tapi paling aku suka, dia sentiasa tersenyum dan ceria, aku rasa itu lah salah satu petua awet muda dia. 
Ms. Indra ni memang aktif dalam bidang ni dan memang selalu bekerjasama ngan media untuk promote Healthy Lifestyle among Malaysian ni. Dia pernah terbitkan buku nutrisi bertajuk Healthy Eating: Recipes for the Asian Palate” (Publishers Times International – Marshall Cavendish). Basically macam-maca info lah yang aku dapat dari sesi taklimat yang pendek ni sebab sesi ni agak interaktif. Overall, different kids have different nutrition needs. 
Cerita pasal info ni, meh sini nak kongsi sikit pasal portion size yang sesuai untuk anak-anak ni. Aku pun baru tau..I mean not exactly baru tau..tapi menjadi lebih faham..ha..that should be the right word.

Okay, as usual penyediaan saiz makanan untuk anak-anak ni adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak samada dari factor umur, jantina, berat badan mahupun ketinggian. Walaubagaimanapun, setiap kanak-kanak perlu makan salah satu atau 2 jenis kategori makanan macam kat pyramid makanan kat atas ni untuk setiap kali waktu makan untuk memastikan diorang tu membesar dengan sihat. Bagi anak-anak yang tak suka makan sayur atau memilih macam anak aku yang suka makan timun dan carrot sahaja kalau dari kategori sayur lah kan, Ms. Indra kata, “it’s ok, sebab timun pun masih dalam kategori sayur. Biar diorang makan sedikit dari tak makan langsung”. Ok, ada kelegaan kat situ, so lepas ni tak perlu gaduh kat meja makan sebab nak suruh makan banyak sayur ye.


Ini pulak Puan Rohani Jelani tuan punya Bayan Indah Culinary Retreat ni. Puan Rohani ni graduate dari  London Cordon Bleu Cookery School in the mid-eighties ya. Aku baca pasal Cordon Bleu ni masa baca buku Sophie Kinsella je the “Undomestic Goddest”, tapi yang ini memang real life punya graduate . 

Puan Rohani also conduct classes kat sini. So kepada sesiapa yang berminat nak belajar pelbagai jenis masakan yang berkhasiat, boleh check schedule kat website Bayan Indah ni. Paling menarik, Puan Rohani told us yang anak2 dia tak pernah sekali pun beli makanan kat kantin sekolah dan biasanya bento yang dia bekalkan untuk anak2 dia jadi tumpuan pulak kat sekolah. Wah, aku pun so far belum pernah lagi biar Dalea beli makanan kat kantin sekolah tu, tapi nak buatkan bekal seawal 5.30 pagi tu yang tak larat tu. 



After the briefing session, kitorang proceed to the kitchen and dining area. This place memang well kept and arrange. Kalau hari-hari macam ni, makanan tak sedap punn sure jadi sedap punyalah.




Okay, this is the kitchen - a healthy open concept kitchen. Kalau rumah aku sebesar ni, mau aku buat kitchen ala2 macam ni. Kat sini lah kitorang semua akan main masak-masak.
 





Semua peralatan dah disediakan, tinggal nak masak je. Hui, kalau lah kat rumah ada orang sediakan macam ni tiap2 hari, confirm aku masak.



Semua bahan masakan di sediakan dalam bekas-bekas yang comel dan praktikal ni.


Kat sini, aku dalam Group 2 dan berpasangan dengan Kumara. Kumara ni journalist from Kosmo Newspaper dan memang kecoh lah kitorang hari tu sebab mamat ni tak pernah ler pegang sudip ke, kuali ke melainkan pegang pen je..ye lah dah nama pun wartawan..apa hal lah pulak nak pegang senduk? Tapi baguih budak ni, sangat lah rajin sampai tak payah disuruh-suruh ler. Nasib baik semua benda yang di masak tu selamat untuk dimakan..ha.ha..ha.






Aku tengah menggoreng chicken burger pattie guna minyak Naturel. Tak perlu guna banyak, sikit pun dah mencukupi.



Ini pulak rupa Rainbow Cake aku dan the best part is the colour of the rainbow portion tu buat dari bahan masakan semulajadi dan bukan pewarna biasa. Memang best dan sangat berkhasiat. memang boleh aku praktikkan nanti.






Ha, ni lah antara rupa Bento yang telah berjaya disiapkan hari tu dan semuanya di sediakan menggunakan bahan semulajadi dan off course guna produk “Naturel”. Ada macam-macam rupa, semuanya ikut kreativiti memasing lah kan.


Deliciously done pasta and chicken patties all using Naturel product.


Chocolate doughnut ni serius senang giler nak buat. Tak payah lah uli jadi dough, just guna acuan je.




Ok, semua orang kena pandang kiri sebab ikut giliran photographer yang duk start dari kiri. Masa ni dah naik cram dah kaki aku kena melutut sebab nak bagi semua orang peluang duk dalam gambor lah katakan.


Ha yang ni sebab staff Naturel tu tolong ambik kan gambar guna phone aku, jadi aku sorang je lah yang pandang...apakah???



 Macam-macam pose ada, ke kiri lah, ke kanan lah, depanlah, sengetlah..macam-macam stail. Tak pelah nyah, janji glam.



Ini hadiah dari Naturel. Dapat minyak masak dan pelbagai jenis cutter untuk buat Bento. Suka..suka..suka.. Paling suka Naturel Olive Oil tu, memang sangat berkhasiat dan best. Thank you Naturel.



Ini pulak buku resepi yang memuatkan semua jenis resepi sihat dan berkhasiat yang kitorang belajar dan makan hari tu. Semua resepi ni di cipta khusus oleh Rohani dan memang sangat mudah especially untuk mother like us yang always on the go.





Ini pulak goodie bags dari Rubbermaid. Macam-macam ada ya, tak payah lah nak beli bekas plastic lagi sebab bekas Rubbermaid ni lebih berkualiti dan yang penting ada gaya.




Tada..ini pulak adalah hasil dari sesi main masak-masak hari tu, tapi aku ubah suai ikut barang yang ada kat rumah. Ini lah beef meatball buatan Malaysia ya. Sungguh mudah, berkhasiat, sungguh Naturel dan sedap dimakan..ceh..promote sikit.

Thank you Advertlet for the invitation, thank you Naturel for the freebies, thank you Rohani Jelani, Ms. Indra, blogger friends and Rubbermaid. Hope to see you guys again.




1 tengah makan stoberri:

ardinihumaira said... [Reply to Comments]

fullamak bestnye :D

Post a Comment