Monday, March 21, 2011

Cuak Aku Nak Kena Gunting

Budak dua beradik ni memang berbeza dari segi fizikal mahupun mental. Si kakak berambut lurus, si adik pulak rambut kerinting. Si kakak ni lembut sikit hatinya, yang adik pulak kasar dan keras hati. tapi dua-dua ni memang species pemalu cuma adiknya lebih extreme dari kakak.

Trip ke salun ni bukanlah perkara yang mudah buat si adik. Kalau tanya si kakak memang tergediks-gediks lah nak membega rambut..mentang2 rambut cantik..so memang perasan lebih lah kan. Yang si adik ni memang seksa sikit. Pernah dulu dah siap duduk kan atas kerusi, dia punya melalak haiyo..malu omak bapak kau tau. Tapi kali ni dia yang offer diri nak gunting rambut...so bapaknya pun usaha jugalah cari salun yang bukak hari ahad semalam. Hish, rupanya banyak kedai yang tutup dari bukak. Last2 jumpa salun amoi ni, nasib baik orang pun tak ramai, dapat lah gunting sekali berdua.

Anyway, since rambut si kakak lurus, amoi tu buat potongan bob. Si adik pulak sebab nak bagi rambut ikal mayang tu panjang mengurai..baru lah nampak macam barbie doll sikit, maka gunting depan je. Itupun muka dah cuak habis...


 Si Kakak Dalea memang cukup suka bila cakap nak gunting rambut. Asyik tersengih je bila amoi tu belek2 rambut dia.

he.he.. si kecik Lissa yang cuak tunggu turn gunting rambut.

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment