Sunday, March 6, 2011

Tak Sangka Aku Masuk paper

Semalam pepagi aku dah bangunkan semua askar dan Komandernya sekali nak gi beli barang nak buat bunga untuk Engagement Cupcake minggu depan.

 Sampai sana Komander nak gi menyinggah ke Digital Mall pulak. Ok lah boleh gak aku usha cover iPad aku tu. jalan punya jalan, tak de gak yang berkenan. Kalau ada pun, harga mak aih, mahal nak mam. Tak pe, itu bukan keperluan pun masa ni, hanyalah nafsu semata-mata.

Habis sopping kat situ..(hmm..sempat lagi merembat beberapa gadget lain), baru lah dapat aku teruskan hajat nak beli barang kat ICSA tu. Hish, kat sini pun mahal nak mam jugak.baru sebelah tangan dah makan RM200. Sebelah tangan pun yang tak rebeh lagi lak tu. Takpe, tunggu lah aku gi UK nanti, memang akan ku borong semua bawak balik Malaysia..Ya Allah, ampun, ok tujuan utama of course nak belajar ngan jayanya..yang itu acara sampingan je.

On the way balik kakak ipar aku tepon ucap tahniah sebab muka masuk paper hari ni. Uiks..terkejut chimpanzie lagi aku. Terus ku google Kosmo online. Oh..rupanya ni kerja si Kumara lah ni. Aku tak war-war kan lagi kat sini sebab post aku tu masih di edit. Itu lah pes time dapat sponsored post dari Advertlets. Aku dapat invitation untuk join Workshop Kids Eat Right anjuran Naturel dan Bayan indah Culinary Retreat hari tu. So masa tu aku pair ngan Kumara ni, journalist paper Kosmo. So untung sabut timbul kan, maka timbul lah muka aku ngan si Kumara ni dalam paper Kosmo hari ni.


 Duk paling depan sebab saiz badan super kiut kan. Duk belakang nanti tenggelam pulak. Duk depan macam aku pulak chef utama wakaka..
Ni lah budak Kumara tu yang sama-sama kena paksa jadi tukang masak. Last2 dia yang posing lebih ni apa kes??? Suka hati ko lah nak, paper ko kan :)

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment