Friday, November 5, 2010

Marriage Therapy Part 4 - My Bali Story

Hari keempat kitorang check out dan menuju ke destinasi yang lain pulak. Sebelum balik, sempat gak meninjau spa yang ada kat hotel ni. Hmm..not bad gak servis dia dan quite cheap.





Sebelum check in, gi makan dulu kat Discovery Mall yang betul2 menhadap pantai Kuta ni. Discovery Mall ni antara shopping complex yang terbesar kat sini dan memang jadi tumpuan pelancong.


Masa tengah pusing2 tu tetiba diorang pasang lagu Jai Ho dan tak semena-mena semua staff kat dalam Sogo ni joget2 ikut rentak lagu tu. Memang unik dan happening lah jugak.




Jalan2 di sepanjang pantai Kuta




Ok, dah boleh masuk bilik. yay, ini lah tempat persinggahan kitorang untuk 2 hari lagi kat sini. Resort ni terletak kat tengah2 kawasan sawah padi sebenarnya. memang best giler duk kat sini.

Tempat makan kat luar bilik.






Cakap je lah nak mandi kat mana, nak mandi berbumbungkan langit, bawah pancuran, dalam tab, dalam kolam, semua ada.













Ini ler part yang paling best, our private pool. Pergh..rasa cam orang kaya kejap, maklumlah Jutawan Rupiah lah katakan :)















Since bilik ni begitu canggih dan best, kitorang tak gi mana2 :) sampai checkout the next day.




Sebelum balik, Pak Suryana bawa ronda sekali lagi kat Kuta dan gi melawat Tugu Peringatan orang yang mati kena bom dulu tu.





Lepas tu sempat singgah lagi kat Monumen Perjuangan Rakyat Bali. Ini ala2 muzium tapi lebih kepada sejarah perjuangan rakyat bali menentang penjajahan Belanda.






Ini lah Ngurah Rai, pejuang rakyat Bali. Lapangan terbanga kat sini pun bersempena nama pejuang Bali ni.






Ini pemandangan dari atas tower (ala2 macam naik KL Tower lah jugak)







Sebelum balik, kitorang sempat lagi pergi spa untuk 3 jam sebelum bertolak balik ke Malaysia. Selamat tinggal Bali, semoga aku tak serik nak datang lagi. Eh..memang tak serik, seronok sebenarnya tapi bak kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,..tapi aku tak nak kena hempap hujan batu, sakit..salji ok lah  hi..hi..

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment