Thursday, June 30, 2011

Bertuah Jugak Aku Rupanya

Last week dapat surat misteri lagi aku ni selain dari surat saman keta aku tu, terselit lak surat surprise ni. Memang surprise habis sebab tetiba je kata aku menang hadiah bernilai RM100.00. Seingat aku lah, kalau lucky draw pun payah aku nak sangkut melainkan lucky draw yang dah kira fix semua orang konpem dapat hadiah, barulah aku dapat. 

Aku pun dah tak ingat bila tahun pulak aku ada masuk contest ni. Bila belek2 balik surat tu..ha tu dia, contest bulan 12 tahun lepas, tahun ni baru nak umum pemenang. Patutlah aku tak hengat. Ni mesti kes aku masuk peraduan lepas baca pasal sorang minah yang kerja dia masuk contest je pastu menang macam2. Aku biasalah, kan senang terpengaruh. tu yang habis semua contest dalam majalah semua aku masuk, tak sangka lak tersangkut jugak walaupun dah setengah tahun.


Neway, time kasih pada Women's Weekly sebab mencabut borang aku ya. Aku pun tak ingat apa nama peraduan tu dan apa hadiahnya pong. So dengan sepantas kilat gak meng"assign" en hubby *as usual-mangsa keadaan* untuk tolong collect hadiah.

Ini ler rupa hadiahnya, set barangan Vichy bernilai RM100.00. Aku pun tak pernah guna brand ni, apatah lagi mendengar namanya..boleh???



Dengan tidak semena2 rasa macam nak beli magazine lagi. Hmm..contest apa lagi yang menarik ea???? Hee..hee..

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment