Friday, June 3, 2011

Aku Yang Huru Hara

Hari ni aku ada gerak gempur 5S. Ha..tu dia...siapa yang nak di gempur pun aku tak tau. Sebabnya?? Opis aku nak renew Sijil 5S untuk tahun ni. Tapi yang stressnya aku. Mana lah aku tak stress, hidup aku ni dah tentulah huru hara dengan staff yang lepas sorang..sorang kena tukar lah, tamat kontraklah, kena tukar unit lah..dengan aku yang nak gi sambung belajar lah..kerja makin hari macam tak pernah nak surut..tapi ada masa lagi nak update blog tu..hee..aku draft siap2 2, 3 entry pastu auto publish...ayat2 disclaimer ok...macamlah ada orang nak heran...

Dalam pada huru hara gitew pun nama aku naik gak and in charge on workstation. Workstation??? Hilang akal kut, udah nama pun huru hara, workstation sendiri pun haru biru, camanalah aku nak menguruskan workstation orang lain?

Next week orang dah nak datang audit, aku sepatah haram tak buat apa. Ish..aku yang sungguh stress di kala ini. Maka wajib keluar gi shopping awal sikit hari ni...hmm...boleh gitew????

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment