Thursday, June 16, 2011

Misteri Sangat lah

Ini kira citer minggu lepas tapi tak berkesempatan nak update. Kalau kuah kari ni kira dah habis basi dah lah, mau naik bau satu rumah. Neway, ini adalah kisah empat orang sohabat yang terganggu jiwa dan raganya. Kitorang ni opis mate tapi lain-lain anjung jer, 3 kat selatan, aku sorang jer kat Utara tapi tiap kali lunch taim memang harus get together-gether bagi membincangkan gosip dan isu-isu semasa hee.....

Since lunch time je lah taim untuk melepaskan segala kerengsaan badan, maka haruslah kitorang ni melarikan diri dari tempat kejadian. Huh..kat manalah kitorang ni kerja kan, teruk sangat bunyinya....

Since dalam kawasan ni tempat nak berjimba amatlah terhad malah kawasan sewaktu dengannya pun dah selalu di jadikan istana hinggap, maka makin hari makin kering lah idea memasing ke mana lagi nak bawak kaki ni melangkah. Yang haru of course lah drebar kan, tak tau dah nak pusing stereng ni kemana. Tetiba adalah sorang hamba Allah ni yang dapat lampu suh buat kotak misteri. Kira setiap kali keluar cabut undi lah, baru lah thrill sikit...kononler.

Tiba hari yang dijanjikan, maka si Intan payung a.k.a Intankiut (dia bagi nama sendiri wokeh...) pun keluarkan lah kotak misteri dia ni. Bab2 ini memang kena serah kat budak ni, dia memang cukup suka buat2 kerja kebajikan macam ni.


Ni ler rupa kotak misteri tu. So, sebelum gerak aku yang jadi drebar hari tu di beri penghormatan untuk cabut undi. Ecehceh...

Kalau ikutkan, ini ler tempat yang kitorang patut pergi. Tapi hampeh tul bebudak ni. Tu lah lain kali tak payahlah nak berkotak misteri bagai kalau dalam hati nak gi tempat lain tapi terpaksa sebab dah berundi bagai. Siap suruh cabut undi lagi sekali lak tu. Tapi memang muka JJ lah aku ni sebab second time pun aku dapat JJ gak tapi kat Balakong. Pastu nak salah kan aku, dah sah2 itu je tempat yang di calonkan..aiyo....haru betul. 

Since memasing pun ada agenda lain lepas lunch maka terbantutlah undian kitorang tu. In the end kitorang gi makan kat Bangi...

Kitorang ni memang selalu gi Bangi ni sebab nak makan kat Wang Solo dan sambil menyinggah kedai Bakery Yummie tu. Tapi kitorang tak pernah lagi makan kat sini. So hari ni since tak dapat gi jauh2, kitorang nak cuba makan yang lain sikit..hee...

Ini muka depan kedai. Ala2 macam masuk rumah jugak kedai ni.


Sebelum makan main course kita makan dessert dulu, bukan starter, tapi dessert terus..mengong...Kitorang semua order Red Velvet Cupcake dan aku order air Raspberry ni. Red Velvet cupcake kat sini memang sedap, tak tipu. Tapi tang harga..gulp...cuba teka berapa hengget ni????

Ha..untuk cupcake besau ni yang aku rasa dalam 2.5 atau 3 oz ni harganya RM11 ye anak2. Tu dia, aku jual pun baru RM2 ke RM2.50 sebiji. Hok ni 5 kali ganda..rasa lebih kurang lah macam yang kitorang selalu buat..statement tak beleh blah kan :)

Ini pulak French Macaron perasa Chocolate with Hazelnut filling. Aku rasa yang ini memang guna french meringue sebab shell dia yang keras tapi sangat chewy kat dalam. Ecehceh..mentang2 lah dah pandai wat macaron, pandai lak nak jadi pengkritik. Tapi kritik yang ok sebab macaron ni sedap dan saiz die memang agak besar. Harga RM4 sebijik.

Oh, ini muka geli2 sebab makanan baru sampai..boleh???
Ini aku punya main course - Roast Chicken with Barbecue Sauce. Presentation memang kelas..rasa pun kelas jugak. Harga lebih kurang RM38.00 kau..kelas tak??

Ini si Intankiut punya order. Ayam gak tapi tak hengat namanya.

Ini ZuraJelita punya Rib Eye. Harga lebih kurang RM48 ke RM50 untuk daging cenonet gitew.

Last but not least order of the day, Tina Terbalik punya Lamb. Harga aku tak ingat tapi lebih dari Zura Jelita punya Rib okay...

Ini lah hasilnya bila dah lapar dan makan makanan yang mahal. Memang konpem kena habiskan sampai licin. Intankiut punya pinggan dah takde sebab dia habis dulu..hee...

Eceh..ceh..dah kenyang, baru lah boleh angkat tangan kan. Overall kitang 4 orang makan nak dekat RM300.00 ye. Ko mampu nak? Gila apa makan sampai RM300 ko ingat ko tu CEO???CEO bukan COW ya....hahaha...


Aku mestilah yang paling kurus..hehe..jangan marah a...

I
Ini lak gambar nak buat report polis sebab Tina Terbalik sudah cilok sudu air ni masuk dalam wristlet dia..dengan statement..DAH MAKAN MAHAL2 TAKKAN TAK DE SOUVENIR KUT???? memang dasar pompuan jiwa kacau....

2 tengah makan stoberri:

ajeq said... [Reply to Comments]

Aduihhh, gemokk betolll aku weyyyy...next time pegi tempat yg aku cabut tu empire k

Anna said... [Reply to Comments]

Ya, next time...tapi kena kuar seam awal heee...

Post a Comment