Friday, June 24, 2011

Thank God It's FRIDAY



Hari ni rehat panjang sikit dan seperti pelesit semuanya hilang dari tempat kejadian seperti biasa cuma hari ni tak pergi jauh, dekat je, ke Istana Hinggap kitorang yang biasalah kan. Since takde apa2 plan untuk melaburkan duit seperti selalu, so kitorang gi makan kat T.G.I Fridays @ Alamanda, Putrajaya. Aku tak ingat sejak bila ada Fridays kat sini tapi ini kira pes taim lah kitorang buat lawatan tapak ke sini dan dengan lain tujuan untuk compare kadar kelembapan servis kat sini compare to kat IOI Mall, Puchong.

As usual, kitorang sampai masa orang lain masih sibuk lagi queue nak naik ram ke parking atau berebut nak kuar dari opis. Neway, awal 5 minit je pun..hee...cover2 sikit...Oh ok, seperti biasa kedatangan kami mestilah disambut bagai nak rak dek waiter2 kat situ kan. Ye lah rezeki yang masuk kena lah kasi tabik hormat sikit. Since perut memasing memang dah mula nyanyi lagu heavy metal, ditambah lak dek kelazatan gambar makanan kat dalam menu, so order pun ikut nafsu gajah lah kan....aku je yang boleh control..hee....
Memula kita minum dulu. Zura order Strawberry Margarita..huiyo..mabuk lah lepas ni...aku nak gak Margarita ni tapi Mangga habis lah pulak. Apalah punya alasan, bukan ke Carrefour kat atas tu je..g ilah beli mangga kat situ...potong betul. Sebelum minum waiter tu siap ajar cara camana nak minum Margarita ni. memula kena rasa gula yang dia tabur kat keliling gelas tu dulu, baru minum. Tak tau lah apa signifikannya buat gitu. Apa kes kena jilat2 gelas dulu. Tak leh ke terus campur gula dalam air tu. Err..tah berapa ramai lah pulak yang dah jilat gelas cam tu ek..sorry puan2 ek. Aku tak buat keje gitu..hee..
Hok ni pulak air Tina Mojito. Kalau dengar nama2 air ni memang lah ala2 ayaq kencin setan yang jual kat bar tu tapi hok ni tak de alcohol tu. Air buah biasa lah tapi ada lah rasa masam2 sikit cuma hak Mojito ni dia ada letak pudina terus rasa macam air sabun Palmolive kaler Hijau. Tak caye, cuba beli sabun tu..ala2 giew lah rasanya....
Aku punya since dah mangga habis nak wat Margarita, aku order air selamat je lah Carrot Orange. Boleh tahan ler rasanya..sedap lagi kalau aku buat sendiri..hee...

Ok, lupa lak nak snap gambar Appetiser. Aku order Chicken Barbecue Salad je sebab aku dah order Parmesan Quasedallas memula tadi. Aku memang serik dah nak makan steak2 kat sini sebab aku tau portion kat sini semua besar2. Kantung aku ni dah lah kecik, rugi lah kalau tak habis kan. Tapi walaupun sayur, lenguh jugaklah rahang aku mengunyah nak bagi habis.....

Ini pulak Zura punya Lamb. Nampak macam kecik tapi mengah siot nak bagi habis ni. Tapi Zura tetap maintain....pinggan sure licin punya...

Last but not least Tina punya Rib. Tulang ni kalau baling kat hanjing memang dia pun tak sanggup nak sambut nih...Mau berlubang kepala hanjeng tu.

On overall, servis kat sini masih lagi suam2 kuku tapi tak selembap servis kat IOI Mall tuh. Itu kira kitorang pegi time takde orang, kitorang je yang memriahkan majlis. Kalau full house, mau Mahgrib baru dapat makan. Ala2 booking untuk bukak puasalah kan....

Oh, sesapa nak memriahkan majlis boleh je singgah Fridays ni kat sebelah GSC Alamanda, Putrajaya. Ni iklan free je...:)

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment