Monday, May 16, 2011

Musim Kawin

Nampaknya sekarang orang kawin dah tak tunggu musim cuti sekolah. Hujung minggu pun jadik..berderet2 jemputan. Minggu ni je 2 hari kena ke Putrajaya sebab kenduri kawin. Dah lah tiap hari pun gi ke sana sebab kerja, Sabtu Ahad pun ke sana jugak...ngee...

Anyway, hari ni gi kenduri kawin anak Kak Siti Aisyah kat Presint 8. Gambar pengantin memang tak ambik sebab tergezut dek jumlah manusia yang ramai giler. Dah macam orang tunggu bas kat Puduraya je rupanya. Memang meriah habis lah kenduri akak ni. Siap masuk dewan terus nampak orang beratur tunggu giliran nak ambik makanan. Tapi bukan nak kata sebab aku kelaparan tapi memang sedap lauk-pauk dia. En. Hubby siap suruh ambik nombor tepon caterer tu lagi.

Dah lah lama nak dapat makan, tup2 hari ni lah pulak cik Lissa nak makan bersungguh sampai tak cukup lah pulak nasi sepinggan. Dah lah aku pulak kena gi beratur. Sampai giliran, pinggan pulak habis..aih...at last dapat gak tambah nasik. Elok nak rancak makan....tetiba.....Cik Lissa ni...nak wat projek pulak....terus terbantut selera. Hish....potong tul Lissa ni.


Aksi anak-beranak yang dah kekenyangan. Sebab tu boleh senyum.


Aliff garu2 kepala sebab dah mengantuk :)

2 tengah makan stoberri:

Ardini Humaira said... [Reply to Comments]

4 june ni banyak tol jemputan dni dapat. habisla perut hehe

Anna said... [Reply to Comments]

Dini bila pulak? He.he..

Post a Comment