Tuesday, May 24, 2011

Jalan-Jalan Cari Pasal

Minggu ni aku ada banyak agenda yang perlu disiapkan. Since esok akan sibuk dengan baking class dan macaron aku mengajak en hubby keluar hari ni. Tapi tu lah bahayanya bila hati dan kaki memang gatai nak keluar tapi takde arah tujuan.

Memula gi sampedek dulu dekat Restoran Homst Chinese Muslim Cuisine dekat rumah aku ni je. Kalau gi sini en hubby mesti nak order Ayam Kong Po , macam dah kena mandrem je. Tapi memang sedap pun masakan kat sini. Kira memang kenalah ngan tekak kitorang ni. Harga pun berpatutan sangat.

Gambar ihsan En. Google sebab tak pernah teringat nak snap gambar kedai ni. Maybe next time aku tukar dengan gambar sendiri. 


Lepas makan dah nak dekat kul 1 lebih so en hubby suruh balik dulu solat kat rumah, senang nanti dah lah tak tau nak ke mana kan. At last dekat kul 3.30 petang baru keluar rumah. So our destinanion Empire Tower yang bersebelahan dengan Subang Parade tu. Aku saje pilih nak kesini sebab tak payah masuk KL, walaupun weekend memang ramai orang tapi still tolerable kat sini dan hari tu aku cuma sempat jejak kaki je kat sini sebab nak gi Fisher Price punya launching pastu terus balik sebab ada agenda lain lak kat rumah. 

On overall, susun atur dalam dia agak menarik dan kedai2 kat dalam dia pun not bad jugaklah. Ada higher end, ada middle end jugak. Tapi yang menarik perhatian kitorang is benda nih. Ala2 gelungsur macam kat Sunway Lagoon tu tapi yang ni dalam Shopping Compleks. Tinggi menatang ni, kena naik dari tingkat paling atas dan landing kat ground floor.


Tengok tu dia punya pusingan, mau muntah kedarah kalau aku lah. Sekali naik RM12.00 tapi kalau in group of 4 dia charge RM45.00.Memula aku ingat benda ni buat display je, rupanya memang boleh naik. Dalam diam2 cik Dalea yang teringin  nak cuba. Biar betul budak ni. Tadi ajak main craft beriya2 tak nak, tapi yang orang tak ajak ni beriya2 pulak nak.

 Memang laju giler ok sampai tak sempat aku nak snap gambar si Dalea turun. Tau2 dah sampai bawah je.

Happy lah tu... Siap boleh lompat2 lagi lepas tu :)


Dah penat berjalan kitorang singgah makan kat The Loaf ni. Ni kira kedai roti je tapi roti2 dia memang lain dari yang lain dan sedap2 belaka. Kira rambang mata gak lah nak memilih.

Ok, nama roti memang dah tak ingat tapi semuanya pelbagai rasa.

 Yang ni base dia pastry dan dalam dia caramelised nuts. Yum...

 Aksi dua budak yang tengah lapar. Roti ni siap kena repeat lagi sebab memang lembut dan serius sedap.

Kat Empire ni ada few cafe yang jual macaron. Aku pun gediks gak nak cuba qwalaupun tiap2 minggu duk mengadap macaron tapi tak pernah beli yang kat luar. So kali ni aku cuba beli macs dekat T Forty Two ni.
Harga sebijik macaron kat sini RM3.90. Tu dia, lagi seposen jadi RM4.00 which is sekali ganda dari harga yang aku jual dan besar sikit je dari yang aku punya. Kira besar duit 50sen capur 20sen..heee..boleh gitew???
En Hubby kata tak sedap..anak2 aku pun kata tak sedap. Aku makan pun tak habis....rugi2...kira aku buat lagi sedap ke gitew??? He.....perasan lah kan.

Last but not least, masa turn aku gi solat, sempat lagi menyinggah kat Charles and Keith ni buat kali kedua. Masa memula sampai dah singgah tapi scan je dulu, biasa macam tu. Kali kedua ni kira terus capai je. Nak kata terus capai pun tak jugak sebab macam semua pun cantik2 tapi memandangkan tempoh aku nak ke opis pun tinggal 3 bulan je sebab lepas ni dah nak jadi student balik, so aku beli yang bersesuaian dengan keperluan je..eh..kehendak..hahahah...


Dapat jugak dua bijik. Tu lah jalan-jalan cari pasal namanya, tak pasal2 kena keluar duit, kalau simpan dalam tabung kan bagus. Erk....

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment