Pages

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan Al Mubarrak




Salam Ramadhan,

Alhamdulillah, tahun ni Ramadhan bertandang lagi dan syukur pada Allah kerana memberi kesempatan kepada aku untuk bersama-sama melipat gandakan amalan di bulan yang mulia lagi berkah ini.

Ish..tetiba ayat2 syahdu lah pulak. Bukan apa, last year aku sambut Ramdhan dan Aidilfitri di perantauan. Nasib baik dah ada family sendiri, tak lah rasa syahdu sangat. Tapi kalau kena sambut masa zaman2 student dulu, mau melalak jugak lah. Maunya tidak, dah lah tak pandai masak, mesti nangis sebab tak dapat nak makan ketupat dan juadah2 yang sewaktu dengannya.  Tapi tu dulu lah, sekarang dah terrer..buat kenduri pun boleh  hihi...

Anyway, bulan Ramadhan ni sepatutnya menjadi bulan yang produktif pada kita bukan bulan yang mandom lagi malap. Sebab seperasaan aku, bila time bulan puasa je semua benda jadi slow. Tapi kalau time Raya, sampai tak cukup lah sebulan tu, hari2 ada majlis sana sini. So, kepada semua, semoga di bulan yang mulia ini, segala amalan dan pekerjaan yang kita lakukan mendapat keberkatan yang berlipat-lipat ganda. 






 Kepada yang terlupa niat puasa, meh tengok sini..




0 tengah makan stoberri:

Post a Comment