Wednesday, July 24, 2013

Resepi Simple Buka Puasa

Huh..pejam celik pejam celik, pejam lagi tup tup dah masuk 15 hari rupanya kita puasa kan. Rasanya tahun ni memang masa makin cepat berlalu. Selalunya aku sempat lagi nak menghitung hari, kali ni tau2 je dah setengah bulan puasa. 

Anyway, bulan2 puasa ni teringat masa puasa kat London last year. 1st time puasa selama 17 jam. Berbuka dekat pukul 9 malam, sahur pulak dalam pukul 2 ke 3 pagi. Walaupun macam tu, suasana puasa kat sana still meriah, walaupun takdelah Bazar Ramadhan atau jualan baju2 raya ke apa, tapi majlis buka puasa tetap ada. Kengkadang tu dah macam kenduri pun ya. Again, masa tu aku kira full time house wife, so every time nak berbuka macam2 lah masakan yang aku nak masak. Maklumlah, waktu puasa panjang sangat, sampai ke malam, maka banyak lah makanan yang boleh di masak. Tapi yang peliknya, masa kat sana, hari2 nak masak masakan Malaysia, tapi bila dah duduk Malaysia ni, hari2 nak masak omputeh je sebab mudah dan ringkas. Macam-macam lah kan.

By the way, bila masuk bulan puasa ni, ramai lah umat manusia yang berduyun-duyun balik time yang sama, maka semakin sesaklah jalan nak balik ke rumah. Kalau aku keluar office pukul 5 tepat, dalam pukul 6.50 petang baru sampai rumah. Hazabnya lah menempuh jem bulan2 puasa ni. So for the 1st 1 week memang makan lauk Param je lah (Pasar Ramadhan). Tapi lepas pihak PLUS buka laluan kontra setiap petang ni, barulah bernafas sikit. So, kalau keluar office pukul 5, paling cepat aku boleh sampai rumah pukul 5.50 petang. Lepas ambik bebudak kat nursery, mandi dan siap itu ini bagai, boleh lah start masak pukul 6.30 petang. Disebabkan cuma ada kurang dari sejam je nak masak, maka lauk yang paling cepat mestilah lauk2 omputeh ni kan. Lagipun, ah kak bukannya ada maid nak tolong pesiapkan segala rencah bagai, semua nak kena buat sendiri, maka kita makan ala kadar je lah. Nasib jugak bulan2 puasa ni en. hubby memang tak mau makan nasi..diet katanya and anak2 of courselah memang jenis kurang sangat bab2 makan ni, so, senanglah sikit nak mencarakan menunya. Diorang ni kalau dapat minum air satu jag pun dah ok.

Hokay, kat sini kita selitlah sikit menu2 ringkas yang boleh di cuba kalau berminat.


Fried Seafood Fettuccini

Ni kalau ikut resepi asalnya guna spaghetti, tapi sebab stock fettuccini je yang ada, belasah je lah. Kalau nak pakai pasta jenis lain pun boleh je.

Fried Seafood Fettuccini (Nama Asal: Spaghetti Semarak Cinta.....boleh gitew..awww)
Sumber : Buku Makan Malam Romantis (Haha..tajuk buku tak hengat) 

Bahan-Bahan:-

Sedikit minyak zaitun (minyak biasa pun boleh tp kurang kick)
4 ulas bawang putih di cincang
1 labu bawang holand di hiris
5 kuntum cendawan butang (yang dlam tin)
1 sudu teh herba thyme (boleh je ganti dengan apa yang ada ie. oregano, basil, etc)
3 biji cili merah dicincang (ai buang bijinya)
1 sedu teh serbuk pati ayam
1 tun tuna mayonis
1/2 paket spaghetti direbus (ikut kadar keramaian rakyat jelata dlm rumah masing2)
1/2 biji lemon
1 pokok daun saderi atau daun sup di hiris

Cara :

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
2. Masukkan cendawan butang, herba thyme dan cili merah, kacau rata.
3. Masukkan serbuk pati ayam, kacau hingga cendawan layu. Padamkan api dan ketepikan.
4. Gaulkan tuna mayonis dengan spaghetti dalam mangkuk berasingan hingga sebati. Kemudian, masukkan bahan tumisan tadi, kacau rata.
5. Perahkan lemon dan hias dengan daun saderi.

Ok, dah siap untuk di makan. Kalau nak tambah udang ke sotong pun boleh je. Macam aku masak ni letak segala udang ngan sotong. Cara sama je, tumis udang ngan sotong dulu, baru masak cendawan.

Hokay, esok2 kita share resepi lain pulak ek. Ai nak masuk tido dulu, kejap lagi nak bangun pulak bersahur.


0 tengah makan stoberri:

Post a Comment