Pages

Tuesday, July 23, 2013

Tak Sudah Sudah

Ish...malas betul nak citer tapi kalau tak citer rasa berbuku je dalam hati. Nak pulak time bulan2 posa ni, lagi lah menduga tahap kesabaran aku yang lagi nipis dari kulit bawang tu. 

Anyway, ni bukan cerita pasal orang, tapi pasal gajet.  Baru bulan lepas aku beli handphone baru sebab phone Nokia N70 aku tu kira dah obsolete ler kan. Memory pun cukup2 makan je, nak download apps, memanjang tak cukup space. Tapi still boleh guna sampai ke hari ni, dah dekat 3 tahun lebih dah pun umurnya. Sebenarnya phone hunting ni dah lama dah cuma tak jumpa lagi phone yang sesuai. Akhirnya setelah bermacam review aku baca, aku decide nak beli S4. Bila sampai kat kedai, mulalah rambang mata lagi sekali. Kejap nak S4, kejap nak Note II, kejap nak iPhone 5, aku pun dah naik pening. Tetiba nampak lah Sony Xperia Z ni. Huh, memang nampak lebih mantop dan mengancam compared to S4. Comparatively pun tak ler banyak beza sangat features2 deme berdua ni. Last2, aku jatuh hati gak kat Xperia Z ni.

Canggih kan, very slim and physically macam iPhone 5 sikit2. Tapi yang paling aku suka, gambar dia memang terbaek. Sangat2 sharp dan kalis air lagi hihi...

Ni kalau nak bawak mandi pun kira boleh, janji ko tutup semua lubang2 yang patut di tutup. Semua apps pun sangat user friendly. Sekejap je dah boleh master.

So bermulalah episod hidup aku yang baru bila guna smartphone ni. Ha..barulah semua informasi di hujung jari kan. Kalau tak, nak tengok FB ke email ke, gi lah mengadap laptop atau iPad..haha...gila kampung. Tapi rupanya panas tak sampai ke petang. Minggu lepas, phone ni tetiba mampus, diam. Aku dah cuba power on macam instruction dalam manual tapi still tak boleh nak on. Nak pakai balik Nokia lama tu, sim card aku dah kena potong kecik sebab phone2 zaman moden ni semua pakai micro sim. Adus....rasa terhenti dunia maya aku kejap. Itulah penangannya bila hidup duk bergantung kat teknologi. Bila rosak sekejap, habis semua jadi jem.

Anyway, esoknya jugak aku gi hantar repair kat Sony Service Centre, PJ. Dia kata kalau software je rosak ambik masa satu hari. Since aku sampai sana dah kul 4, soheh lah takkan dapat itu jam. Kena lah tinggal. Huhu...lagi lah berat. Nak ke PJ tu pun dah lah satu hal jauh, dengan jemnya. Itupun aku gi naik motor ngan en. hubby. Sempat lagi bershopping karpet ngan baju sebelum balik (tetiba..gila besar punya nafsu) and yet still sempat round Pasar Ramadhan kat rumah. Kalau naik kereta rasanya mau aku buka togok air liur je dalam kereta.

Now, dah hari Rabu. Last aku call tadi diorang kata software and battery ok, so diorang akan tukar motherboard. Tu dia. Apakah kesnya sampai motherboard yang rosak. So aku rasa ni factory defect lah, bukan salah aku sebab aku belum lagi rasanya bawak phone tu gi mandi dalam bilik air walaupun ala2 kalis air kan. Tak pun download apps yang tak senonoh ke, semua yang berilmiah je hihi....Neway, diorang kata by today motherboard sampai, so paling awal hari Khamis baru siap. Huuuu......jeran2. Soheh kena ambik cuti pulok kalau nak gi ambik phone tu. Tapi ok gak, boleh repeat lagi shopping kat Amcorp Mall tu, banyak baju kurung cantik2 and harga pun boleh tahan gak, murah..hihihi.......



0 tengah makan stoberri:

Post a Comment