Pages

Wednesday, June 5, 2013

Apa ada pada nama



Actually ini sambungan cerita Medela minggu lepas. Sejak Medela tu menunjukkan simptom2 penyakit kronik dan confirm kena masuk wad, aku pun secepat kilat lah call anak buah aku minta Avent Breast pump aku tu balik. Hee...macam buruk siku pulak tapi memang dia nak pinjam je pun dulu, pastu bila dia nak pulangkan balik hari tu aku cakap takpe sebab aku dah ada Medela..(wah..berlagak sangatkan...sekarang padan muka).

Anyway, dia cuma boleh pulangkan hari Sabtu, tapi hari ni baru Khamis, hari Jumaat nak perah susu pakai apa, takkan nak pakai tangan, mau tak keluar susu aku..(sebab dah pernah cuba..buat sakit tek je). So aku pun gi lah Tesco cari pump susu yang biasa2 untuk sementara. Memula nak beli Medela Base, tapi malas lak nak ke Manjaku Bangi tu, itupun tak tau ada ke tidak. Lepas tu adalah pump Anakku yang manual dan bateri, Tollyjoy, Pigeon dan Baby OK. Range harga Anakku tu dalam RM60 ke RM70 jugak. Pigeon and Tollyjoy murah sikit dan yang paling murah Baby OK ni cuma RM19.90. Kalau tengok dari segi rupa aku memang dah boleh agak ler berapa titik je lah susu yang aku boleh pump tapi nak beli Anakku yang pakai bateri rasa macam sayang pulak sebab nak pakai sekejap je, hari Sabtu dah dapat pump Avent. Last2, aku beli je pump Baby OK ni. Tapi betullah kata orang putih, "don't judge a book by its cover". Walaupun agak lenguh dan hampir naiklah muscle kat tangan aku ni tapi production memnag tak menghampakan. Sekali perah dapat hampir penuh botol 5 oz ni. 

Hari Sabtunya aku pun try lah pakai pump Avent aku tu tapi sedutannya macam malu2 kucing je aku rasa, tak macam Medela dan tak macam Baby OK ni. Susu yang keluar pun tak kencang, sendu je. Aku pun tak tau ler, aku yang salah teknik ke apa tapi memang dulu masa Aliff pun aku pakai pump Avent ni dan hasilnya memang tak seberapa berbanding pakai Medela FS ni, memang meriah lah sampai dapatlah susukan si Hana Marissa ni exclusively.

Last2, aku pakai je pump Baby OK ni sementara menunggu Medela tu di rawat. Wakaka..apalah ada pada nama kan. Kalau tau macam ni performancenya, tak yah lah aku membazir beli Medela tu.
    

*Motif sangat letak gambar Alfalfa tu kan, tapi sejak makan Alfalfa tu Alhamdulillah, stok susu memang tersangat meriah.


1 tengah makan stoberri:

Cik Iman said... [Reply to Comments]

Tengah usha review breast pump, baru-baru saya terjumpa breast pump OKBB, tak berani nak beli sebab belum ada orang review, terjumpa lak page nie :D Memang betul pun, don't judge a book by its cover. Leh pertimbangkan jenama nie ya. Berapa dah guna breast pump tu ya?

Post a Comment