Pages

Sunday, July 3, 2011

1Murid 1Sukan

Semalam pepagi semua warga rumah ni dah bangun sebab ada acara Larian Serentak 1Murid 1Sukan kat sekolah Dalea. Walaupun aku of course lah tak lari sebab si tecik Aliff duk mengamuk ler sebab pepagi hari Sabtu dah kena kerah bangun pagi. Tapi terpaksa jugak ku gagahkan sebab lepas acara larian tu ada sesi perjumpaan dengan cikgu (kira macam open day ambik report card lah).

Apa yang aku nak story kat sini mungkin lah boleh jadi panduan pada mak bapak yang ada anak2 yang akan mula sekolah Darjah Satu tahun depan sebab tahun ni adalah tahun pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan batch Dalea ni kira batch perintis. Eh..so cliche..zaman aku sekolah dulu, batch aku pun batch perintis KBSR (kira batch aku lah yang first sekali ambik exam UPSR and batch En. Hubby batch last yang ambik exam Penilaian Darjah 5) and now, it's Dalea's time pulak jadi batch perintis KSSR.

Ok, lepas habis larian semua mak bapak yang anak2 darjah 2 sampai 6 boleh gi jumpa cikgu macam biasa ambik Report Card, tapi mak bapak budak Darjah 1 which is batch perintis KSSR ni semua kumpul kat Dewan and Cikgu Besau dia bagi penerangan pasal PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah. PBS ni kira one of the elemen untuk penambahbaikan UPSR. From my view, kira macam Kerajaan tak nak anak2 zaman akan datang ni di nilai melalui exam semata2 macam sekarang ni lah.

Kalau ikut sistem KBSR, lepas exam pertengahan tahun ngan akhir tahun mak bapak akan dapat Report Card anak memasing kan. Kat dalam tu kira ada lah semua markah periksa, peratus kedatangan, kurikulum and nombor berapa anak2 kita dapat dalam kelas. Kalau pandai, dapatlah nombor sikit, kalau terlebih pandai, dapatlah nombor lagi banyak kan?? Hee..teringat zaman dolu2....aih...Okeh...okay, ikut sistem KSSR sekarang ni semua mak bapak akan di bagi 1 folder macam kat atas ni  (tapi tak leh bawak balik pun, tengok masa kat situ je) Tapi ni ikut sekolah memasing lah, macam sekolah Dalea dia letak dalam Folder cam ni. Dalam Folder ni ada semua particular pasal anak kita dan pencapaian diorang dalam setiap mata pelajaran. Contohnya, memula ada detail pasal anak2, lepas tu ada separator untuk subjek BM. Dalam separator tu ada kertas periksa pertengahan tahun and setiap test yang cikgu dia buat pada setiap akhir setiap sukatan mata pelajaran BM tu. So akan ada 2 jenis laporan iaitu laporan formatif dan sumatif. Laporan Formatif ni kira ujian yang cikgu buat setiap akhir sukatan mata pelajaran dan laporan Sumatif tu pulak kira peperiksaan pertengahan dan akhir tahun anak2 kita. Setiap mata pelajaran ni pulak, anak2 ni akan dinilai berdasarkan band. Band ni ada dari Band 1 - 6 dan berbeza ikut setiap subjek. Contohnya untuk BM, Band 1 - Menguasai ayat ringkas, Band 2 - Menguasai Tatabahasa (ini contoh je sebab aku tak ingat dah penerangan band2 ni. Sebab each subject lain dia punya kriteria). Contoh lagi macam untuk subjek BM ni Dalea dapat Band 2. Setiap Band ni pulak ada evidence tertentu yang setiap murid ni kena capai, baru cikgu boleh luluskan dia untuk sesuatu Band. Contohnya kalau dalam Band 1 ni ada 7 evidence, tapi anak kita dapat kuasai 5 je, dia takkan dapat sebarang band. tapi tak bermaksud dia tak tau apa2, cuma tak cukup syarat untuk dapat band 1. tapi kalau dah ke band 2, maksudnya dia penuhi evidence/syarat untuk dapatkan Band 1 dan 2 tadi.

Ha, nampak macam complicated kan. In the end, takkan ada sebarang peratusan atau nombor pun. So takyah lah mak bapak sibuk nak tayang kat jiran sekampung kata anak dia dapat nombor 1 ke 2 ke 10 ke. Kebaikannya aku rasa tak delah pressure kat bebudak bila akhir tahun kalau tak dapat nombor 1. Sistem ni lah yang dipanggil PBS tu dan PBS ni dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah masing2. PBS ni akan dikumpul sampai anak kita Darjah 6 nanti dan akan dijadikan Carry Mark sebanyak 40%. Macam budak Universiti pulak kan. Lagi 60% tu pulak baru lah diambil dari markah peperiksaan UPSR, ditambah lagi dengan beberapa ujian macam Aptitude Test, Social, Sports dan macam2 lagi. 

As I said before, Dalea punya batch ni kira batch perintis, so kebanyakan cikgu2 dan sekolah2 masih tak jelas lagi pelaksanaan sistem ni. Every now and then, pihak Kementerian akan bagi taklimat pada cikgu2 macamana nak implement sistem ni. Oh ya, lagi satu, semua data anak2 kita thru PBS ni akan di simpan dalam satu pengkalan data yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. So, from there, diorang boleh monitor anak2 kita punya performance dari darjah 1 sampai 6 nanti.

So kepada new parents yang ada anak nak start sekolah tahun depan, just be prepared with the new system. Sistem ni masih baru dan dalam proses pengenalan so masih banyak loophole here and there. But overall, aku rasa this is quite a good system so that anak2 kita tak lagi dinilai berasaskan nombor dan peperiksaan je. banyak aspek lain yang diambil kira untuk menentukan tahap pencapaian diorang. Hopefully anak2 ni tak lagi rasa terbeban untuk puaskan hati mak bapak yang so perfectionist nak anak dapat nombor 1 je padahal kalau tak dapat nombor 1 tak semestinya diorang tu tak pandai. Maybe they have other hidden talent that cannot be expressed thru paper examination. As for me, I have no problem with the new system cuma risau sikit coz we all dah nak ke UK for 1 year, means that data untuk Dalea for next year kira kosong lah sedangkan data tu semua akan dikumpul sampai dia darjah 6 nanti and knowing that this is a  new system....lagi lah poning ahkak...haih....

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment