Monday, July 11, 2011

1 Kerusi Pelbagai Guna

Sponsored Post

Menjaga anak2 yang ligat nak membesar ni memang banyak sangat cabaran kan. Before this aku dah ada 2 orang anak perempuan. Seligat2 budak pompuan ni kalau nak compare ngan budak lelaki sorang ni memang tak terkejar lah jugak. neway, Aliff is moving from infant to toddler this year. Sekejap je rasanya masa berlalu. Macam baru je tengok dia lahir, meniarap, merangkak, bertatih, sekarang dah boleh berlari..tu yang lagi tak terkejar tu..hehe..

Baru2 ni aku dapat Aliff's new gadjet sponsored by Fisher Price / GO Communications. Actually benda ni memang dah ada dalam senarai Wish List aku masa mengandungkan Aliff hari tu tapi sebab banyak sangat benda nak beli, terus tak terbeli yang ni.

Ini lah Fisher price Newborn To Toddler Rocker. Memang dah lama aku usha nak beli because it's very functional. Ini kira ala2 Kerusi Malas lah tapi boleh vibrate sendiri sebab pakai bateri. So kalau baby nak tidur ke nak kasi dia relax2 ke, letak je dalam kerusi ni and on kan vibrator tu, dia akan gerak2 sendiri and at the same time kalau nak goyang kan dia pun boleh jugak.

menurut Fisher Price ni, 3 tahun pertama adalah masa yang paling vital bagi otak bayi ni nak berkembang. Waktu2 macam ni biasanya baby akan banyak tidur sebab dia nak mengembangkan akal dia supaya bertambah cerdik. Tapi pada masa yang sama waktu bermain pun antara penyumbang kepada perkembangan otak bayi ni. That's why semua product keluaran FP ni biasanya ada fungsi play and relax.

Kalau baby, boleh lah letakkan mainan gantung2 ni so that dia akan leka tengok benda tu bergoyang2. Semua produk FP ni ni memang direka khas untuk membantu perkembangan anak2. So kajian yang terperinci dah dibuat sebelum sesuatu produk tu dikeluarkan. Toybar yang didatangkan khas ni boleh membantu perkembangan otak bayi melalui 3 cara :-

1. Koordinasi Tangan dan Mata - Alat mainan yang bergantungan tu ada fungsi yang berlainan dan ini akan membantu bayi kita menggunakan mental skill dan kebolehan visual dia setiap kali dia tengok pergerakan mainan tu.

2. Stimulasi Visual - Mainan yang bergantungan tu pun didatangkan dalam pelbagai bentuk dan warna supaya bayi kita dapat membezakan bentuk, warna dan pergerakan.

3. Stimulasi Pendengaran - As parents, kita boleh membantu kemahiran mendengar bayi kita bila kita sama-sama bermain dengan dia sambil menggerak-gerakkan mainan tu yang ada bunyi2 tertentu supaya bayi kita dapat menajamkan lagi kemahiran mendengar dia.

Tapi kalau baby dah besar sikit macam Aliff ni, tak payah letak pun takpe, boleh tanggalkan je, senang je pun nak bukaknya dan barangan FP ni biasanya very user friendly.
Kalau baby macam ni ler rupa dia tidur kat dalam kerusi ni. 

Tapi kalau dah besau sikit, macam nilah rupa dia pulak. Kaki pun dah panjang, sampai terkeluar dari kerusi tapi still nyenyak tidur.

Ini pulak antara fungsi keselamatan produk ni. Bagi baby yang kecil lagi, bolehlah ikatkan seat belt ni supaya kalau dia pusing2 masa tidur pun, masih intact lagi kat dalam kerusi tu..heehee...Ini jugak boleh memudahkan masa nak bagi baby makan supaya dia tak banyak bergerak.




Ini lah pulak antara kelebihan Newborn To Toddler Rocker ni. Bukan saja baby, malah kakak2 dan abang2 baby pun boleh join sama. Jangan risau, memang kukuh kerusi ni. Lissa is already 4 and Dalea is already 7 but still diorang tu yang lebih berebut nak duduk kat kerusi tu. The seat can be adjusted accordingly. Kalau untuk baby tidur, boleh turunkan dia punya bed frame tu untuk keselesaan baby nak tidur. Tapi kalau nak jadikan kerusi, boleh tinggikan pulak tempat duduk tu jadi macam kerusi. So far, this is one of the best product and di jamin boleh tahan lama dan boleh turun temurun dari generasi ke generasi. Memang tak rugi kalau beli. 

Kalau nak bawa ke mana2 pun mudah sebab dia agak ringan dan portable. Cuma lipat and you are ready to go.

Kepada yang berminat nak beli, harga di pasaran dalam RM349.90. Tapi kalau nak FREE pun boleh jugak. Just wait for my next Contest dan hadiahnya akan ditaja oleh FP dan GO Comm. Tunggu.....

3 tengah makan stoberri:

Izan Arshad & Abu Talib said... [Reply to Comments]

ni beli kt mana yea..? berapa harga..?

munira mohd ali said... [Reply to Comments]

ni beli kt mana yea..? berapa harga..?

munira mohd ali said... [Reply to Comments]

ni beli kt mana yea..? berapa harga..?

Post a Comment