Pages

Monday, October 28, 2013

Yang Di Rancang Tak Berapa Menjadi


Last week memang minggu yang paling memenatkan. Mana taknya, minggu tu lah semua bebudak kat dalam rumah ni sakit demam. Yang sulung tu dah seminggu lebih demam tak baik2, sampai naik lembik badan bila balik sekolah, itu pun dah ponteng 2, 3 kali dapat mc. Yang no 2 ngan no 3 pun sama sekejap demam sampai menggigil2, sekejap baik. Nasib baik lah yang si kecik tu elok je. Tapi hujung2 dia pun sama demam cuma tak seserius kakaknya.

Yang si kakak sebab dah lama sangat demam, bawak gi kklinik lagi mintak Doktor refer ke hospital. Doktor kat klinik pun memang advise hantar ke hospital sebab demam dah lama sangat. Since waktu tu dah lewat malam, en hubby je lah yang bawak, ai tunggu kat rumah sebab nak tidurkan bebudak bertiga tu. Pukul 11.30 malam hubby cakap Dalea kena tahan sebab lepas buat x-ray, ada macam jangkitan kuman kat paru2, tu yang demam tak baik2 plus batuk tak berhenti2. Ding dong ding dong pukul 1.30 jugak baru masuk wad sebab wad semua penuh. Ramai betul budak2 yang sakit.

So, bermulalah episod bertunggu bertangga kat hospital. Itu pun, hari Jumaat tu aku still kerja sebab ada presentation hari Isnin, so har Jumaat tu kena jugak siapkan slide. Lepas lunch baru aku balik rumah and terus gi hospital. Pendek citernya, hari Sabtu petang jugak baru si Dalea keluar hospital. Esoknya tu birthday anak bujang tu. Kalau by that Sunday Dalea tak keluar, memang kitorang sambut kat hospital je lah jawabnya.

Sebab si Dalea kena duk hospital 3 hari, maka apa yang dah aku rancang earlier tu banyak ler yang tak menjadi. Tapi tu lah, kita kan hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya. Tak kisahlah, janji semua selamat dan sihat seperti sedia kala. Walaupun aku memang penat giler sebab terkejar sana sini, tak cukup tidur segala pastu nak jugak buat birthday si bujang tu sebab dah janji bagai kan, tapi Alhamdulillah, majlis tetap berjalan lancar walaupun kira ala kadar je semua. 





Anak bujang ni semua nak Ben 10, so gigihlah aku mengikut tema. Banner kat belakang tu siap ada gambar dia lagi. Banner tu tempah kat Dida. Sebelum orang datang, kita bergambar dulu. Ni dengan mak dan adik aku yang macam lipas kudung gak kat dapur menyiapkan menu hari tu. Nasib lah ada diorang tolong, kalau harap aku sorang, memang aku dah pengsan kat dapur.

Jemputan adalah anak2 jiran dan kaum kerabat sahaja haha..tapi ok, meriah jugak sebab deret rumah ni memang ramai gak bebudak yang baya2 anak2 aku ni.

Sesi potong kek dengan kakak yang baru semalam keluar hospital.






Ini semua idea en. hubby lah. Nasib ler bebudak ni sporting, ikut je apa orang suruh buat.

Abang ipar ngan anak buah aku.

Dalea dengan anak buah aku yang rajin sangat jaga masa dia kat hospital. Siap tolong mandikan, suapkan makan. Bagus betul buat calon isteri ni.

Ni pun anak buah ngan kakak ipar aku.


Ehehe...mak pun nak gak bergambar potong kek.
Bukan tau duduk diam, nak bergambar pun susah.

 
Ceh, ambik gambar dengan abang2 lah konon.
 
Ni ler rupa kek Ben 10 nya. Jenuh umi melukis kek ni Aliff.
 



Dalamnya Vanilla Green Ombre Cake. Ha, kek pun nak kaler hijau.
 

Ni sesi bukak hadiah, sesi yang paling di tunggu-tunggu lah ni. Banyaklah barang2 Ben 10 yang dia dapat, tapi dalam semua2 tu hadiah dari umi ngan ayah ler yang paling grand yang buat semua orang pun teruja.

Ha, ni lah dia. Tengok tu, bukan birthday boy je yang sakan nak main, mak mertua aku pun sama naik, ai lah Hajah.


Last but not least, ni je lah rupa gambar kami anak beranak. Itu pun dah nak habis majlis. Aku pun dah siap tukar uniform bagai nak mengemas baru teringat nak ambik gambar. Hee....bulehlah dari tak ada.






















0 tengah makan stoberri:

Post a Comment