Wednesday, October 9, 2013

Tengok Konsert

Haha..tajuk macam gi tengok konsert K-Pop padahal konsert akhir tahun anak aku je. Actually Sabtu lepas tu si Khalissa punya graduation ceremony plus year end concert. Sekolah belum habis lagi tapi dah buat konsert akhir tahun haha..tak pelah, sekolah tadika je kan. Macam zaman aku dulu Tadika Kemas je. So, konsert akhir tahun tu memang betul2 akhir tahun, sebab lepas tu tak sekolah dah. Konsert pun buat kat Dewan Orang Ramai je sebab Tadika pun kan kat situ jugak. Tapi aku rasa macam lagi meriah zaman aku dulu, siap ada pertunjukan fesyen, lakonan, tarian tradisional, yang menyanyi bagai. Aku pulak??  Haha...aku siap jadi pengantin tu, kena arak bagai, bercucuk sanggul. Jenuh mak aku gi cari cucuk sanggul lintang kat Jalan TAR nak bagi aku jadi pengantin. Aku punya slot kira acara penutup masa tu, memang meriah dengan kompang bagai. Ala2 macam satu sketsa lah cikgu2 aku buat. Kreatif cikgu2 Kemas dulu ni. Tapi sekarang ni makin canggih, sesuailah dengan peredaran zaman kan. Bebudak pun makin bijak, so lagi macam2 lah cara dan ragamnya, konsert pun siap kena booked dewan bagai. Nasib baik lah buat kat Auditorium Uniten je. Pagi tu lepas habis Bengkel kat Melaka terus shoot balik Kajang. Aku gerak dalam pukul 12.15 dari Ayer Keroh lepas sampedek asam pedas kat Medan Selera situ, sampai Kajang cun2 pukul 1.45 ptg. Sempatlah, letak beg, salin2 kan si kecik tu, solat terus ke Uniten. Sampai dalam pukul 2.25 ptg, diorang pun sedang elok je nak opening act.





Ni diorang letak kat depan pintu, so, bolehlah kalau anak2 and mak pak bergambar kenang-kenangan.

Ini first act. Pertunjukan aikido. Comel je bebudak ni, terror tu melompat bagai. Ada sorang je budak pompuan yang masuk aikido ni. Memula dulu ingat nak daftarkan Aliff kelas Aikido ni tapi ayah dia nak semua belajar swimming. Tapi elok jugak, kalau tidak asyik bersilat je lah pulak nanti kat rumah. Ni yang tak gi kelas aikido pun aku dah pening.








Ni pulak persembahan bebudak yang nak grad hari tu. Diorang nyanyi nasyid. Tapi memang macam2 gaya ada. Cer tengok budak debab yang hujung tu, dia memang buat hal sendiri je. Nyanyi pun kumat kamit sesikit. Memang kelakar. Anak aku si Khalissa tu pemalu ya amat. Aku rasa dia jadi gabra bila tengok ramai orang kat depan. So berdiri pun menyeget je ke kiri. Aku panggil2 pun buat muka berkerut..sabor je lah.


Kitorang jadi back benchers sebab kat depan semua dah penuh, sebab tu ambik gambo pun macam semut je. Tapi bila time diorang punya performance, anak buah aku tolong ambikkan video kat depan.




Melayan si debab ni sebelum dia mengamuk nak tido. Time ni dah start tak keruan gak ni.

Aliff dah habis performance. Dia masuk monkey dance tapi time nak habis performance, orang pandang depan, dia sibuk tengok gambar monkey kat belakang. Hai Aliff.

Kakak Dalea pun tumpang seronok. Sebab time dia dulu, sorang2 dia je, sebab adik2 tak sekolah lagi. Time Lissa ni, Aliff pun dah sekolah sama.





Kelaparan lepas performance. Si debab tu pulak pantang tengok orang makan, mulut dia yang cup cap dulu.





Ni tengah beratur nak ambik scroll. Serius je muka. Senyum pun tak nak.























Last, acara baling topi, ala2 anak omputeh grad lah, semua main campak topi kununnya.



Time ni laki aku sibuk suruh naik atas pentas bergambar bagai. Bukan dia tak tau payahnya nak coordinate bebudak ni bergambar dengan orang ramai2 tu. Layan je lah.


Posing last sebelum balik.





Ingat dah habis kena paksa posing, ada lagi rupanya. Layan ...

Dah habis acara, semua kelaparan, tak de lak acara makan minum kat situ. So, nak makan area Bangi macam tak de tempat yang spesifik so kitorang shoot ke Cyberjaya gi makan kat Serai. Ni ala2 graduation Dinner lah kunun sebab dah nak dekat pukul 6 pun masa tu.


Memang bagus gi makan kat Cyberjaya weekend2 ni sebab sunyi sepi je. Boleh lah makan dengan aman dan tak lah malu sangat kat orang kan sebab bebudak ni hazab lah jugak nak mengawal sorang2 punya perangai. memula ingat tutup Serai ni, tapi lepas intai2 rupanya ada orang tapi staff je lah.


Bos kecik duduk kat kepala meja jadi Chairman.




Oreo Shake. Order sampai 3 tapi harem..satu je habis. Membazir betul dah lah samapi RM11 segelas ni.

Ni air mak aku, air apa ntah. Air limau dengan serai kut. Masam ni.


Cappucino laki aku. Nasib baik tak de misai, kalau tak sure lekat buih kat misai.

Ni serai platter, kira ada ayam, daging, sotong kut dalam tu.

Ni faveret aku kat sini, nasi kerabu. Memang sedap.

Ni pulak nasi ulam ayam bakar kalau tak silap.

Ni spagetti carbonara. Tersangat pekat. Ni bebudak punya meal. Yang lagi dua orang makan fish n chip je. Pun membazir order sampai dua sebab tak habis. Kalau order satu berebut macam tak pernah makan. Mana lah aku selalu tak naik angin.

Baik layan budak debab ni. Apa orang makan, semua dia bedal.

Habis makan, semua balik rumah keletihan tapi aku punya acara tak habis lagi malam tu ada baca Yaasin pulak kat rumah jiran sebelah. Makan lagi...hui....penat pagi tadi tak hilang lagi. Habis je baca yasin, makan dessert sikit2 aku cau cin cau balik tido.
 

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment