Monday, October 7, 2013

Our Instant Holiday

Khamis lepas aku ada kerja kat Melaka sampai Sabtu. So, kebetulan mak aku ada kat rumah, so aku pun mengangkut lah mak aku dan si kecik Hana Marissa ikut sekali. Memang kalau aku gi outstation lebih dari sehari, aku akan angkut si kecik tu dengan mak atau adik aku untuk jaga sebab si kecik tu still duk bergayut lagi especially malam.

As usual, dah nama pun kerja, so jadual agak pact dari pagi sampai ke malam. Hari Khamis tu aku gerak dari Kajang pukul 3.30 petang, sampai kat Hotel Equatorial ni pukul 5.45 petang. Nasib baik hotel ni betul2 tengah bandar, so tak lah boring mak aku terperap dalam bilik. At least boleh lah dia bawak si kecik tu jalan2 sekitar kawasan hotel ni. Aku punya program start pukul 8.30 sampai pukul 10.30 malam. So malam tu, diorang melepak dalam bilik je sebab lepas check in, aku terus bawak diorang gi makan kat Dataran Pahlawan sebelah hotel tu je.

Pagi esoknya, lepas breakfast, aku terus gi aku punya Bengkel tu sampai lah petang. Tetiba en. hubby call kata petang tu dia sampai bawak anak aku yang lagi 3 orang tu dengan mak mertua aku sekali. Tu dia, nasib baiklah bilik aku tu agak besar, so boleh ler kita tidur berjemaah malam ni. Actually, hari Sabtu, anak aku yang no. 2 - Khalissa tu ada konsert akhir tahun plus graduation. So dia dan yang no. 3, Aliff (depa sekolah sama tempat), take part lah untuk persembahan hari tu dan kena ada kat Uniten by 10 am.  Alamatnya, pepagi tu diorang dah kena balik ke Kajang and aku pulak kena sambung kerja dan balik lepas habis first session to be in time for the concert pulak.

Anyway, pendek citer, petang tu sampai lah bebudak tu. Sampai2 je, terus tukar uniform, gi berendam kat swimming pool. Nasib baik aku punya program habis takat petang tu je sebab urusetia dah atur program nak gi makan seafood kat Umbai, so dapat lah aku melayan diorang jalan2 malam tu.


Malam tu en hubby ajak naik bot. Aku ikut kan aje, aku pun tak pernah naik bot kat sini lagi rasanya. Kitorang park dekat jeti ni (apa nama pun aku tak ingat dah). Pastu sign board tu kata, tunggu kat jeti dan lambai kalau nak naik. So everytime bot lalu, kitorang pun lambai ler, orang yang dalam bot pun lambai kat kitorang balik tapi harem nak berenti. Rupanya kena gi beli tiket and naik kat tempat lain, jeti yang kitorang tunggu tu dah tak guna lagi. Cis, mengong tul, kalau macam tu sampai esok pagi pun tak dapat naik bot, asyik duk melambai je lah.




Yang laki aku kerjanya suruh bergambar. Bukan dia tak tau perangai anak2 dia tu, bukannya senang nak di ajak bergambar. Macam2 posing, macam2 peel ada. Last2 aku yang penat renyih kat kamera.


Akhirnya kitorang pun jalan ler ramai2 gi ke tempat beli tiket. Asal tanya orang semua kata jalan terus ke depan. Dah lah dengan bawak bebudak yang tak reti seminit nak diam tu, dengan budak debap tu lagi, jenuh jugak lah nak berjalan. Mana nak berenti ambik gambo lagi...huwaa.....haru biru jugaklah.



Hard Rock Cafe Melaka...dasat...sesuwailah dengan status negeri maju kut.


Penat dah berjalan, last2 nampak beca merelip merelap ni. Tanya kat pok cik beca ni, semua kata kena jalan lagi. Nak senang naik je lah beca ni, RM10 satu beca.


Memandangkan hamba rakyat yang ada ni pun tak pernah naik beca dan kalau nak berjalan, agak jenuh jugak aku nak jadi pengawas, kita naik je lah beca walaupun, dah tak sampai sejengkal kalau nak berjalan.


Kena naik 2 beca. Ha..kemain lagi pok cik beca tu siap peace lagi.

Ha, sampai dah. Ni baru lah tempat yang betul. Ok, tiket dewasa RM10.00 dan bebudak 2-12 tahun setengah harga. Ini harga warganegara Malaysia saje, kalau tourist luar, dewasa RM15.00.


Nasib baik ada mak aku tolong kendong si debab ni. Masa ni si Hana ni dah lali nak tido ni, tapi tahan lagi. Kejap lagi masa naik bot dia dah start berzikir dah...aku pun jadi kalut.



Rupa dalam bot. Most of the time memang penuh je lah bot ni. Ni masa baru naik, masa nak jalan, dah penuh dah semua seat ni.


Pemandangan sekitar sungai. Semua bangunan2 tu dah di cat mural berdasarkan sejarah Melaka. Ada gambo Hang Tuah dan macam2 lagi lah. Ok jugak lah, kreatif.


Ni, Eye on Melaka lah kiranya.


Ni monorel lah kut rasanya.




Budak ni kalau ambik gambar memang macam2 gaya dia buat.



Kampung Molten yang di bina semua.




Huhu...basically agak menarik lah especially untuk pelancong luar. Ala2 macam naik gondola kat Cambridge, London tu lah. Lama jugak naik bot ni dalam 40 minit jugak dia buat pusingan. Tapi masa nak balik, kitorang mintak stop kat jeti yang memula kitorang naik tu, sebab nanti jauh lak nak berjalan balik.

Balik2 tu memasing dah kelaparan so kitorang singgah makan nasi lauk asam pedas power. tempat ni sempoi je, tapi sedap jugak lah asam pedas dia.

Ni gambar pepagi sebelum balik. Mak mertua aku dengan si debab.


Time ni aku kena gak hantar depa kat lobby sebab si Aliff tetiba melalak2, sebab dia tengok aku tak balik lagi tapi dia dah kena balik. Budak ni memang gitew, manja terlebih. So, terpaksa lah aku turun gi ngantor sampai dia naik kereta.

Ha, tu lah dia our short holiday kat Melaka. Dalam pada duk kerja, sempat lah jugak berholiday.


1 tengah makan stoberri:

Amsyahril Syahril said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Post a Comment