Tuesday, June 4, 2013

Perginya Seorang Seniman - Pak Sudin

Hari ni adalah hari meeting sedunia, bukan sebab banyak meeting tapi aku meeting dari pukul 10 pagi sampai 4 petang. Aku pun sampai dah tak tau apa pucuk pangkal benda yang dibincangkan sebab dah terlampau banyak dan duk berulang2. Anyway, tak kisahlah labu, janji esok ahkak nak bercuti panjang. So tadi bila dah nak habis meeting tu as usual lah ada round table and tetiba ada pegawai Penerangan ni yang share info kata seniman S. Shamsudin aka Pak Sudin meninggal dunia, so bertafakurlah kami sekejap. Sedih pulak tetiba sebab rasanya semua seniman2 yang seangkatan dengan arwah Tan Sri P. Ramlee dulu memang tiada galang gantinya sampai sekarang. Kalau tengok cerita Bujang Lapok tu walau dah beribu ke berjuta kali ke still boleh gelak guling2. Anyway, semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman, InsyaAllah.



 Gambar Arwah masa muda2 - Ihsan Google

 
Series of Bujang Lapok Movie yang sangat evergreen.


0 tengah makan stoberri:

Post a Comment