Pages

Wednesday, February 29, 2012

Everything Under One Pound Here


Wah, dah lama betul nak menulis kat sini. Sibuk sangat rasanya nak membahagikan masa memandangkan banyak sangat aktiviti yang dibuat dan asyik duk menghapdet resipi masakan je sampai terlupa nak update pasal aktiviti sosial yang lain.

Neway, coretan kat sini akan jadi nostalgia bila aku balik Malaysia nanti. Ni lah sebahagian dari cebisan kenangan2 yang manis masa duduk kat kota London yang sememamngnya banyak dugaan ni. Kalau nak ikutkan, memang banyak cerita suka duka sejak menjejak kaki kat sini tapi kita simpan je lah cerita duka tu jauh2 dan ingat yang best2 je.

Kalau dah namanya merantau, memang takkan lepas dari macam2 pengalaman pahit manis macam tu kan. Ok, for this time I just want to share my favourite shopping place/shop kat London ni. Kedai pertama yang nak di kongsi hari ni kedai murah je - 99p Shop. 99p shop ni kalau one to one kira macam kedai 99 sen lah tapi kalau convert kira jadi kedai RM4.50 (lebih kurang).


Kat sini lah kedai yang wajib masuk every month untuk beli barang2 keperluan dapur macam segala jenis syampu, sabun basuh, sabun cuci pingggan, ubat gigi, tissu dan macam2 benda lagi. Semua benda2 ni adalah benda2 yang boleh je di beli kat Tesco atau mana2 supermarket lain tapi harganya lebih mahal. Contohnya kalau beli sabun cuci kat sini 99p, kat Tesco untuk jenama yang sama mungkin jadi £2 atau £3.



Yang bestnya, bukan setakat barang keperluan dapur je boleh beli kat sini, permainan budak, buku2 (Hardcover lagi tu), CD, stationeries, sweaters, craft materials, kitchen and baking material pun banyak. Ha ..part tu memang I sangat suka sebab masa mula2 nak start mem baking dulu memang kat sini ler tempat mencari barang2 asas tu.


Kitorang kalau sejkali beli memang simpan stok untuk sebulan terus. Lagi pun semuanya 99p je, so ambik barang macam tak ingat dunia je hihi..




Budak2 pun heaven pergi sini sebab kat sini boleh jumpa macam2 jenis chocolate yang mahal2 tapi cuma 99p je kalau beli kat sini. Nasib baik lah jenis barang2 yang ada quite limited, kalau tidak memang kitorang tak pandang dah Tesco or Sainsbury semua tu.

The good thing is, semua barang2 tu sama je kualitinya dengan barang yang di jual kat supermarket tu cuma mungkin ada satu dua barang je lah yang tak berapa ok tapi on overall, memang sangat puas hati lah berbelanja kat sini.

Ok, that's about it. Badan pun masih tak berapa sihat lagi, so mood nak menulis ni sangatlah kureng tapi sebab dah lama sangat tingalkan rumah ni, rindu pulak hihi..Next time kita share kedai yang lain pulak.

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment