Pages

Friday, November 9, 2012

Berhati-hati Masa Keluar Duit

Fooh..fooh...fooh..ui, banyak nya habuk dah bersawang2 kat rumah ni rupanya. Almaklumlah, tuan tanahnya banyak sangat aktiviti sampai tak hengat2 nak mengemas rumah sendiri tapi gi bertandang membaca blog orang kemain suka lagi...:)

Nampaknya, banyak lah entry2 tertangguh yang akan di auto publish lepas ni itupun kalau rajin. Neway, tetiba terasa sangat2 nak menghapdet blog hari ni. Itupun gara-gara insiden yang berlaku depan mata semalam. Bukanlah insiden kena ragut beg ke apa tapi masih ler berkisar dengan duit...tapi bukan duit aku, duit orang lain.

Tengahari semalam aku gi lah beratur kat ATM dalam kedai Shell dekat ngan rumah sebab nak ke Bangi kejap membeli barang2 bakery. Tengah duk beratur tu ada lah sorang kakak ni masuk ngan anak2 dia 2 orang dengan rupa yang keluh kesah macam cacing kepanasan. Aku ingat dia tak sabar nak keluar duit walaupun cuma 2 orang je yang beratur termasuk aku kat situ. Tetiba dia cakap kat budak depan aku yang tengah cucuk duit tu.."Akak dah keluarkan duit tadi kat sini tapi terlupa nak ambik duitnya. Akak nampak lepas akak tadi ada sorang budak lelaki keluar dari sini, nampak tak dia pergi mana?" Lor..ah kak oi, macam mana lah boleh lupa nak ambik duit kak oi. Dia kata dia sibuk duk merati anak2 dia yang bising2 masa tu, mungkin nak mintak belikan jajan lah kut. Terkedu lah kitorang berdua. Budak depan aku tu cakap memang sebelum dia cucuk duit tu ada sorang mamat yang keluar tapi tak tau lah ke mana mamat tu dah pergi samada dengan duit dia atau dengan duit ahkak tu sekali. Aku tak mau lah menuduh tapi kalau jadi mamat tu, memang rezeki dia lah walaupun keji lah sangat kalau dia ambik jugak duit tu sedangkan dia nampak ah kak tu tertinggal duit tu kat mesin tu. Unless dia masuk cucuk duit lepas ahkak tu dah keluar, dan dia tak tau sapa punya duit, tapi boleh je dia bagi kat tokeh kaunter tu, kut2 lah tuannya datang menuntut balik.

Bila macam tu aku teringat satu insiden masa tengah beratur nak beli tiket tube masa kat London hari tu. Ada  lah sorang manusia yang dah terlupa nak ambik balance duit kat mesin tiket tu...ada dalam £10 rasanya. Pastu datang sorang mamat ni nak beli tiket, dia tengok ada duit kat mesin tu. Dia ambik duit tu terus bagi kat kaunter. Dia kata ada orang tertinggal, ni bukan duit dia. So penjaga kaunter tu pun simpankan duit tu asing dari mesin duit dia, siap tag lagi. So, kalau mamat tu boleh pikir secara rasional, or sekurang2nya dia jalankan tugas dia sebagai manusia yang mulia, boleh je dia serahkan duit tu kat kaunter. Pastu terpulanglah kalau ada yang nak menuntut duit tu, at least tugas dia dah selesai tak gitew.

Berbalik pada ah kak tu, memang kesian sangat tengok dia duk ke hulu ke hilir keluar masuk kedai tu ngan anak2 dia sambil mengucap panjang. rasa menyesal sangat macam mana dia boleh lalai macam tu. Ye lah, aku tak tau lah berapa banyak duit yang dia keluarkan, tapi walaupun sepuluh hengget tetap berharga tu wei. Kut lah itu je duit yang dia ada masa tu. Tapi kalau dia keluar ribu riban lagi lah hazab, buatnya itu lah pulak duit nak bayar hutang ke beli barang dapur ke. Kalau aku pun mau keras terus kat situ.

Tambah2 kalau tengah nak terkucil gini, silalah pastikan ko ambik duit ko tu dulu, tak pun ko gi lah buang hajat ko dulu sebelum gi keluar duit nak oi.


Neway, kepada semua, silalah berhati-hati kalau nak keluarkan duit dari mesin ATM tu. Pandang kiri kanan dan jangan duk leka je sampai terlupa nak ambik duit sendiri. Di kala ini terus aku rindu nak duduk London balik sebab kat sana, ko memang tak payah nak bawak cash ke mana2. Semua main swipe je guna Debit Card. So kena ingat sendiri je lah, kalau ada duit baru swipe ye nak. Tapi memang kurang sangat ler risiko kecurian ke kecuaian ke kat mesin ATM sebab jarang sangat gi keluarkan duit dan yang paling bagus, kat ceruk rantau mana pun ko boleh je guna Debit Card tu walaupun setakat nak gi beli ikan. 

0 tengah makan stoberri:

Post a Comment